Hati-Hati - Dayang Deno

7.8.16

Hati-Hati

Ops, kisah di hospital lagi, waktu admitted juga. Followers facebook Dayang Deno tentu tahu saya ada admitted selepas balik dari umrah beberapa bulan yang lalu....


Berbeza kisah sebelum ni, ini kisah seorang doktor pelatih yang cuai.. Masa tu saya masih lemah, dengan demam panas dan batuk yang teruk. 

Awal pagi ada seorang doktor pelatih datang ke katil saya, katanya nak buat blood test. Saya hairan jugalah sebab seingat sayalah, blood test dah dibuat semasa nak masuk wad. Banyak pula tu.. Saya beritahu doktor lain dah buat blood test saya. Tetapi doktor ni cakap, ini untuk blood test lain. Nak check sekali lagi... Okey, so saya fahamlah. Kadang-kadang ada juga blood test dibuat dua kali untuk test yang lain, kali ni doktor pelatih tu ajak saya ke bilik rawatan sebab special punya blood test taknak kena infection apa2. Okey, saya ikutkan sahaja walaupun sebenarnya badan agak lemah..Macam biasalah redha jelah dengan jarum kan. Saya kena cucuk dua kali tapi darah masih tak dapat, saya sabar sahaja sebab dah biasa.. Plus dengan urat2 saya ni kecik... Sakit pun sakitlah, tahan. Kemudian, doktor tu masuk ke dalam bilik satu lagi, ambil jarum baru agaknya.. Kemudian datang seotang lagi doktor, kawan doktor tadi mungkin.. Saya dengar mereka berdua berbual, perlahan sahaja cakapnya....

Tiba-tiba... Doktor pelatih tadi datang kat saya beritahu.. 

"Maaf dayang. Saya tersilap, blood test awak dah tak perlu, dah buat.. Maaf ya"

Dan kemudian dia berlalu... Aduhhh dalam hati geramnya saya, kan saya dah cakap tak perlu buat blood test sebab dah buat. Tadi doktor ini kata blood test lain. Kan dah tersilap! Saya geram tapi saya sabar sahaja, dengan tak sihat malas nak bising.. Masa tu dapat sakit jelah, cucuk yang sia2, darah pun tak dapat...

Buat doktor di luar sana, hati-hati.. sila check betul2 pesakit mana yang perlukan rawatan yang betul... Kalau tersilap ubat? Kan susah... aduyaiii


5 comments:

  1. Hai deno. Lama Hana xtanya khabar deno.. Moga deno tabah ok..

    ReplyDelete
  2. moga cepat sembuh deno. PG pernah kena ambik darah macam deno. dan rasa sakit amat. Ya Allah. tak boleh bayangkan kesakitan deno macam mana. PG doa semoga deno cepat sembuh dan kesakitan deno berkurangan. Amin.

    ReplyDelete
  3. kesiannyaaa,tak suka betul kena cucuk banyak2 kali ni,,
    semoga cepat sembuh!

    ReplyDelete
  4. Grrrrr... ni yang nak marah ni... boleh pulak doktor ni main2. kut ye pun tanyalah doktor senior dulu kalau pesakit kata dah buat blood test sama ada kena buat blood test sekali lagi ke tidak.

    eiii... saya pulak yang marah.

    ReplyDelete