Doodle

Doodle Art Cergas Bersama Antabax

September 29, 2016,8 Comments

Pada bulan Ogos yang lalu, Dayang Deno ada menyertai satu contest dari Antabax. Doodle Art Contest Cergas Bersama Antabax. Contest tersebut tamat pada 30 September 2016 iaitu esok... 

Semalam doodle art yang telah deno submit pada bulan Ogos yang lalu baru diupload oleh pihak Antabax ke dalam folder Antabax. Inilah doodle art Dayang Deno! :)


Di sini, Dayang Deno ingin minta jasa baik kawan-kawan semua untuk tolong deno LIKE doodle art Antabax deno ini.. Hehehe.. Cuma perlu LIKE :)

Korang klik link ini >>>>  https://goo.gl/YZQ0VK

Kemudian, LIKE gambar tersebut... Ok dah. Mudah kan? :D


Terima kasih ya.. Nah tangkap flying kiss sorang satu! :*

..........................


Instagram : @dayangdeno
Fb Art Page : Dayang Deno Art
Fb Blog Page : dayangdeno.com

8 SLE Supporters :):

Doodle

Simple

September 13, 2016,8 Comments


Simple art

Sometimes simple is much more.. kan

:)




8 SLE Supporters :):

Rendang

Rendang Ayam

September 13, 2016,0 Comments

Alkisahnya rendang ayam... Beberapa hari sebelum raya aidil adha, my mom buatkan rendang ayam! :D


Sebenarnya tak tahu pun ma nak buat rendang, hari tu selepas balik dari farmasi ma beritahu nak buat rendang. Apa lagi melompat jugaklah anak ma ni, happy sangat2^^ Waktu ma buat kerisik, Ya Allah baunyaa... tahu sahajalah kan bau kerisik yang home made ni kan.. hehe..

Jadi malam tu dapatlah makan rendang, bersama ketupat nasi. Dah rasa macam raya puasa pula. Malam tu hanya makan rendang for dinner.. Alhamdulillah... Terima kasih ma!^^

0 SLE Supporters :):

Birthday

Birthday Abah

September 13, 2016,3 Comments

12hb September


Semalam hari raya aidil adha, semalam juga hari lahir abah. Alhamdulillah 71 tahun abah, syukur abah masih  bersama anak-anak abah. Alhamdulillah semalam juga berkumpul ramai-ramai makan sama2, semua ada.. Kami sediakan suprise cake untuk abah, kak obi, abangfik dan abangngah bakar satey. Satey yang kakak saya buat sendiri, sedap!^^ 

Buat abah, doa adik sama seperti tahun-tahun yang lalu agar Allah panjangkan usia abah, abah sentiasa dimurahkan rezeki, abah dilindungi Allah dan abah sentiasa sihat... Tiada apa yang dapat adik hadiahkan pada abah yang banyak berkorban untuk anak-anak abah, selain doa pada abah..

Adik sayang abah :')



3 SLE Supporters :):

Hari Raya Aidil Adha

Salam Aidil Adha 2016

September 12, 2016,2 Comments



Selamat hari raya^^ Alhamdulillah kita semua dapat bersama lagi di hari raya aidil adha ini:)

Raya aidil adha ini seperti tahun-tahun yang lalu, mesti semua ada. Happy dapat bersama-sama satu family. Alhamdulillah... Plus dengan anak buah saya tiga ketul tu, baru tiga tapi riuhnya macam 10 orang hihi^^ Sebenarnya setiap kali balik kampung pun memang riuh budak bertiga tu, sepupu rapat :) Juadah untuk hari raya ini pula my mom buatkan nasi tomato.. Special sikit sebab hari special kan..


Nasi tomato dengan lauk ayam masak merah, daging kurma, dan acar timun.. Ada juga juadah sampingan sikit... Saya pun baru je makan second round tadi, selera pula hari ini.. biasa nak makan pun susah hehe.. Terima kasih ma abah sayangg :')

Emm dengar tadi... kak obi and abang fik nak bakar sate malam ni.. yumm!





2 SLE Supporters :):

Spec Patah

Aduhaii

September 07, 2016,4 Comments

Aduhaii boleh pulak dia patah hari ni...


Tengok dulu ingatkan skru ke tercabut.. tengok juga kat besi tapi skru ada je dua2.. tapi rupa-rupanya memang patah. Adehh la masa ni jugak dia nak patah, rasanya tak dapat lagi nak ganti spec dalam masa terdekat ni...

Terpaksa pakai tape pelekat dulu la nampaknya, kalau tak pakai spec mana nampak buat kerja kan... 

Dugaan betul....




4 SLE Supporters :):

Ayu Candy

It'a A Promise

September 04, 2016,4 Comments

Bestfriend. It's not a label, but a promise :')


Rindu jangan cakaplah, tuhan sahaja tahu. Kali terakhir berjumpa pada tahun 2006. Biasanya orang cakap bestfriend ni biasa gaduh, cakap kasar2.. Tapi kami tak, tak pernah cakap kasar, gaduh tak pernah sekali pun. Hampir 10 tahun tak jumpa, persahabatan makin kuat walaupun tak  berhubungan setiap hari. Masing2 akan ada bila saat memerlukan... alhamdulillah.

Believe it or not, mata ni akan berair bila ingat pada kamu wahai sahabat. Semoga satu hari nanti Allah temukan kita lagi... Amin...

4 SLE Supporters :):

Personal

Nanti

September 04, 2016,1 Comments



Beberapa minggu yang agak stress, risau actually.

Doa, usaha dan tawakkal... Kadang-kadang bukan semua dapat kita berkongsi, bukan semua kita bercerita, ada had juga... In shaa Allah, semuanya akan baik-baik sahaja nanti.. kan :')




1 SLE Supporters :):

Faham

September 03, 2016,0 Comments


Yanga mana faham.. faham
Tak faham , sudah...

Hehe 




0 SLE Supporters :):

Personal

Ada Sebab

September 03, 2016,3 Comments

Hati, kalau dah terhiris susah nak sembuh. Bukan seperti luka di tangan, letak ubat beberapa hari kemudian akan sembuh. 

Saya sendiri telah disakiti oleh beberapa orang kawan sendiri, yang boleh dikatakan baik dengan saya. Mungkin saya bodoh, mudah baik dengan orang dan percaya orang. Orang pun mudah ambil kesempatan.. But, this is me. Sekali berkawan, bukan nak berkawan saja2 macam tu.. berkawaan kerana Allah. Berkawanlah dengan jujur, tidak ada hasad, bersangka baik dalam persahabatan. Apa yang berlaku pada saya... bukanlah tidak memaafkan, tapi ia tak mudah dilupakan. Sekali terkena buat saya lebih berhati-hati. Tapi syukur , bila berlaku perkara tersebut, pada masa yang sama Allah tunjukkan pada saya the real her.

Sometimes Allah wreck friendship before they wreck you.. Alhamdulillah.

Syukur juga saya,  punya ramai kawan2 yang supportive... Setiap perkara yang berlaku ada sebab... kan 



3 SLE Supporters :):

Lupus

Bukan

September 01, 2016,8 Comments


Bukan..

Bukan saya nak menunjuk-nunjuk, jauh la nak minta simpati.. Pernah orang persoal kenapa ada sahaja story saya tentang Systemic Lupus Erythematosus atau Lupus. Lupus, chronic disease yang bagi saya sekarang pun masih rare, tak ramai tahu.. Sampai sekarang ada sahaja kawan yang akan tanya.. "Apa tu?"

Lupus, ia tidaklah sepopular seperti penyakit cancer, leukimia, diabetis dan lain2 penyakit.. Lupus awareness masih kurang.. saya, kawan2 Lupus dan doctor2 masih berusaha for awareness. Cukup sekadar orang kenal, atau tahu what Lupus is. Kawan2 saya dah ramai pergi sebab this mysterious disease. Rasanya, tak salah saya berkongsi for awareness... kan.


**Jika kawan-kawan ada kelapangan, apa kata korang update mengenai Lupus? Dapat bantu awareness juga :)



8 SLE Supporters :):

Hospital

Hospital Lagi

September 01, 2016,2 Comments

Alkisahnya di hospital.. baru dapat share kat my baby blog :)

Kisahnya hari tu lepak kat hospital.. mana lagi kan dayang kalau tak hospital.. rumah kedua saya.



Kalau korang lepak dengan kawan-kawan, saya lepak dengan nurse.. Haaa rare kan, siap dapat baring lagi. Korang ada tak lepak baring kat katil? Hihi :p

Macam biasa my dialysis tenckhoff tube mesti ditukar setiap 6 bulan, so sampai masa mestilah kena tukar kan. Nurse di Unit CAPD Hospital Sultanah Nur Zahirah semuanya baik2, dah macam kakak saya sendiri. Waktu buat treatment apa2 pun rasa okey je sebab dah biasa kan, ditambah dengan nurse yang baik dan mesra semuanya :)


Kadang-kadang waktu buat ni, saya sembang la dengan nurse.. nak bagi hilang mengantuk pun sama. Dah biasa, sebab saya mula dialisis di usia 12 tahun. Mula2 dulu rasa nervous juga, lama-lama dah biasa :)


Selepas siap tukar tube, kena 'derma' darah pula. Walaupun dah hampir 18 tahun dengan hospital, to be honest sometimes nervous tu ada bila blood test sebab my vein yang halusss semuanya. Biasanya nurse akan guna butterfly needle. Selalu kena cucuk dua tiga kali.. Kalau kena cucuk banyak kali still tak dapat, nurse akan minta rest dulu.. So far okey, boleh tahan lagi kena cucuk ni, but nangis juga kalau sampai 7 - 8 kali still tak dapat. Sakitt, lebam tangan.. Pernah kena dulu, berair juga mata..

Biasalah kalau dah hospital rumah kedua, apa2 kenalah terima kan.. :)


2 SLE Supporters :):

Selamat Hari Kebangsaan 2016

September 01, 2016,1 Comments


Alhamdulillah..

Sudah 59 tahun negara kita merdeka.. Syukur dilahirkan di bumi bertuah ini :)

Sama2 kita doakan negara Malaysia yang kita cintai dan sayangi ini, sentiasa aman, sejahtera dan dilindungi Allah SWT... Selamat Hari Kebangsaan^^ Malaysia, tanah tumpahnya darahku :)



1 SLE Supporters :):