LUPUS fighter

Tenanglah Di Sana

October 26, 2016,3 Comments




Baru dapat berita kak ira meninggal dunia semalam..

..........

Kak ira

Dia insan istimewa yang deno kenal sejak zaman kanak-kanak lagi.. Kak ira, kawan sekampung, kawan mengaji kat rumah tokki kang selepas balik sekolah. Deno dan sepupu2 kenal rapat dengan Kak Ira. She never skipped mengaji, dia boleh membaca quran dengan lancar sekali walaupun dia istimewa. Kadang2 tak terasa pun dia berbeza dengan deno dan sepupu2 deno.. Sebab sifatnya yang sangat menyenangkan kami semua.. Setahun lepas deno baru dapat tahu Kak ira didignose dengan SLE/ Lupus. Sakit yang sama dengan deno... Dengar khabarnya, Kak Ira sedang elok2 sihat sahaja, dia demam sehari, admitted sekejap sahaja, Kak Ira sudah tiada... Allah.. tak pernah sangka Kak Ira akan pergi secepat ini.. Terbayang wajah Kak Ira yang bersih itu, dia insan istimewa yang pernah menceriakan deno satu masa dulu, insan yang menjadi inspirasi... Al-fatihah buat Kak Ira, tenanglah Kak Ira di sana... 









3 SLE Supporters :):

UiTM

TakkanLupa

October 26, 2016,5 Comments

Sehari dua ini.. Wall facebook dayangdeno penuh dengan gambar kawan-kawan di majlis konvokesyen. Teringat pula zaman belajar di UiTM, banyak sungguh dugaan :')

Dayangdeno konvo pada tahun 2013

Takkan pernah deno lupa

Hoenstky, dayangdeno tak pernah sangka akan habis juga belajar. Bila terkenang betapa banyak dugaan untuk habis belajar tu, rasa terharu dan syukur sangat

Kawan-kawan blogger yang dah lama kenal dan follow baby blog dayangdeno tahulah life dayangdeno macam mana. Blog ialah tempat deno meluahkan rasa memandangkan deno tidaklah ramai kawan seperti orang lain. SLE flare setiap masa, waktu belajar adalah waktu SLE/ Lupus kerap flare. Keluar masuk hospital tu perkara biasa, masuk icu di saat nak amik final exam. Itulah susah kita nak expect apa-apa pun. Empat semester extend belajar sebab sakit ini, siapa tak sedih. Satu-satunya student accounting yanb lambat habis sebab sakit. Tapi manalah orang faham, mana ada orang nak percaya sebab bila deno pergi ke kelas, orang akan nampak diri ini normal macam orang lain dengan pipi tembam kesan steroid. Orang susah nak percaya, orang hanya tahu bercakap, tapi tak pernah orang nampak dayangdeno ini di hospital macam mana, struggle nak lawan sakit dan struggle nak belajar. Kawan-kawan satu batch pun semua dah lama tamat. Dayang? Allah... Tuhan sahaja tahu rasa hati ini.

Takkan lupa jadi lone ranger. Sesorang study di library, sesorang jumpa lecturer, sesorang makan kat cafe, sesorang duduk buat kerja. Kalau student lain bergembira, bersama kawan-kawan, deno pula sesorang. Dah biasa seorang diri. Ada juga kawan dari junior tapi boleh dibilang dengan jari yang jadi kawan. Dayang tahu, dengan senior yang lambat habis ni selalu dicop bodoh. Takpelah.. Belajar jadi lone ranger, tak apa tiada kawan. Sedih memang sedih rindu kawan baik dulu-dulu, tapi selalu ingat pesan kakak. Kita kan nak belajar, kawan taknak kawan kita tak apa, focus belajar. Abah, ma, kakak selalu support.

Takkan lupa, paling teruk deno rasa bila SLE attack jantung. Hampir 2 bulan di hospital buat diri ni rasa upset, hopeless sangat. Treatment di hospital dengan jarum kiri kanan tangan dan ubat yang menyakitkan, bila ubat masuk sahaja mesti deno gosok sahaja lengan sampai habis ubat yang tergantung tu. Ubatnya memang sakot sangat, pedih. Plus dengan urat-urat deno yang halus ni, memang sakit. Setiap haru ubat kena masuk dalam badan ni, setiap 6 jam ubat di masukkan tru drip. Dah berpuluh kali jarum kena tukar kat tangan sebab urat membengkak sepanjang treatment. Kedua-dua tangan dah macam hancur dengan lebam dan bengkak sampai demam2, terlalu sakit. Wayar-wayar dari mesin pula 24/7 kat badan. Orang lain admitted rehat-rehat tapi deno dengan buku law, finance, account sebab nak amik final exam kat hospital. In the end, tiba-tiba masuk ICU. Extend belajar lagi, sedih..

Takkan lupa waktu semua student busy belajar, deno jatuh sakit lagi. Demam panas sampai hampir kejang. Kepala ni hampir dipotong. Semuanya sebab SLE juga, deno dapat infection di dalam darah. Teruk sampai kepala ini pun bengkak. Allah sahaja yang tahu perasaan ni bila doctor cakap nak buat operation. Hilang selera makan sebab terlalu risau. Sebulan lebih di hospital, akhirnya deno makin pulih. Syukur doctor tak jadi nak buat, alhamdulillah deno lega sangat.

Takkan lupa waktu last semester. Ingatkan dah ok, tak adalah sakit atau admit hospital. Tiba-tiba SLE flare lagi. Memang SLE ni jeles dengan deno, suka buat deno sakit. Result ESR tinggi, 120. Means SLE terlalu aktif. Bila hampir sahaja final exam, admitted lagi. Sakit... badan sakit. Kepala sakit. Tapi paksa diri study, buat latihan perlahan-lahan. Rasa nak give up sebab terlalu sakit, sampai satu tahap tak dapat baca apa pun sebab terlalu sakit. Nangis je.. Ma gosok pujuk sahaja sambil kesat air mata anak ma ni. Deno nangis sebab rasa upset tak dapat study, nangis sebab tak nak extend belajar lagi. Plus rasa sakit.. bila fikir nanti kena extend bertambah sedih, dah penat extend belajar. Tak nak dah... Kesian ma, setiap hari ma tolong tolak wheelchair pergi dialisis, nak jalan memang tak larat langsung. Sampaikan dialisis ma tolong buatkan. Kesan ubat pula satu hal, ubat yang sangat kuat. Kesan dia buat deno tak ada upaya nak pegang apa-apa pun. Sampai semua ma abah yang uruskan, makan disuap, pakaian perlu dipakaikan, rambut pun abah tolong sikat, sampaikan deno tak dapat bercakap dengan betul, deno jadi pelat. Deno nak menulis pun susah. Rasa takut, risau jadi kekal macam tu. Tapi, alhamdulillah semkain lama semakin pulih. Dah boleh pegang pen, dah dapat tekan kalkukator walaupun tak betul2 okey..  Deno dapat juga ambil final exam di hospital. Menulis dengan jarum di tangan dan keadaan yang sakit, rasa upset sangat2, plus kesan ubat yang buat deno berfikir jadi macam... "slow", menulis pun jadi lambat. Serius sedih... tapi redha sahaja. Terpaksa exteend lagi..

Takkan lupa waktu nak check result final exam untuk sem ke 10 (deno amik exam di hospital juga last sem). Gigil tangan nak klik untuk result, takut sangat. Allah, bila tahu semua lulus dengan pga dan cgpa yang baik, berair mata sebab terharu. Perkataan pertama keluar hanyalah..

Alhamdulillah, syukur!

.....................


Kalau nak tulis kat sini semua kenangan tu, rasanya seminggu pun belum tentu habis. Terlalu banyak kisah suka duka dengan SLE waktu belajar. Jika ikut hati dan perasaan ini, dah lama rasa nak give up tapi sebab selalu ingatkan diri belajar ini sebab nak ilmu, bukan sebab nak kerja. Yang penting ilmu. Allah dah rancang yang terbaik untuk Dayang Deno ini. Sekarang siapa sangka deno full time doodler, tak pernah deno fikir pun sekarang deno akan melukis. Deno dapat kenal ramai kawan-kawan yang luar biasa dalam dunia art dan dunia blog. Kawan-kawan yang baik menjadi kawan Dayang Deno. Walaupun selalu juga tak sihat dan sakit, deno rasa sekarang lebih baik. Syukur deno punya abah, ma, family dan kawan2 yang supportive.. Alhamdulillah... :')




5 SLE Supporters :):

Personal

Inshaa Allah

October 08, 2016,5 Comments

Semuanya akan baik2 sahaja... 

Inshaa Allah.

5 SLE Supporters :):

Personal

Emm

October 08, 2016,0 Comments


Emm tiba2 malam ni saya rindu awak sangat2, ayu. Saya sedih, sedih sangat2.. Dah lama tak rasa sedih macam ni...  Rindu nak bercakap, nak chat dengan awk... Lama dah kita tak chat kan, tapi saya faham awk busy. Nantilah free2, kita chat panjang2...

I miss u candy girl.

0 SLE Supporters :):

Personal

Malas?

October 04, 2016,7 Comments


Kadang-kadang, terasa malas.. Malas semuanya, malas makan ubat, malas dialisis, malas pegi hospital. Aduhh malasss semuanya!

Tapi mana boleh, nanti diri sendiri yang sengsara.. 'Terasa' sahaja malas, tapi tak pernah tinggal semua rutin dayangdeno dengan semua tu.. Tadi cakap pada ma, tak tau kenapa rasa malas.. Hari ni pun sampai migraine tak tau kenapa.. Alhamdulillah, migraine dah hilang malam ni, telan panadol dua bijik petang tadi.. Hmm biasalah kadang2 ada hari kita rasa something yang tak best bila terlalu banyak sangat berfikir. But most of all, i'm okey... Mungkin sebab, penat.

Itu sahaja.



7 SLE Supporters :):