Tenanglah Di Sana - Dayang Deno

26.10.16

Tenanglah Di Sana




Baru dapat berita kak ira meninggal dunia semalam..

..........

Kak ira

Dia insan istimewa yang deno kenal sejak zaman kanak-kanak lagi.. Kak ira, kawan sekampung, kawan mengaji kat rumah tokki kang selepas balik sekolah. Deno dan sepupu2 kenal rapat dengan Kak Ira. She never skipped mengaji, dia boleh membaca quran dengan lancar sekali walaupun dia istimewa. Kadang2 tak terasa pun dia berbeza dengan deno dan sepupu2 deno.. Sebab sifatnya yang sangat menyenangkan kami semua.. Setahun lepas deno baru dapat tahu Kak ira didignose dengan SLE/ Lupus. Sakit yang sama dengan deno... Dengar khabarnya, Kak Ira sedang elok2 sihat sahaja, dia demam sehari, admitted sekejap sahaja, Kak Ira sudah tiada... Allah.. tak pernah sangka Kak Ira akan pergi secepat ini.. Terbayang wajah Kak Ira yang bersih itu, dia insan istimewa yang pernah menceriakan deno satu masa dulu, insan yang menjadi inspirasi... Al-fatihah buat Kak Ira, tenanglah Kak Ira di sana... 









3 comments:

  1. Innalillahi wainnailaihi rajiuun.
    Ajal memang rahsia Allah. Kita tahu waktu tiba waktunya sahaja.

    ReplyDelete
  2. Al fatihah..

    Smoga dirahmati ALLAH swt..

    ReplyDelete