Personal

Kenapa

November 30, 2016,10 Comments


Emm....

Deno perhatikan sahaja kawan-kawan di laman sosial seperti facebook dan twitter. Sekarang "orang kita" seperti dah tak ada adab langsung dalam berbahasa.Kadang-kadang mengucap panjang bila terbaca.. Bukankah bahasa melambangkan siapa kita, hati kita.. Saya faham, semua acc laman sosial adalah milik peribadi. Tetapi kenapa perlu mencarut, memaki hamun.. Kadang-kadang bila terbaca tu, cepat2 deno hide.

Apa yang biasa deno nampak "orang kita" ni, update dan status pasal agama mengalahkan ustaz ustazah.. Menegur orang dah macam orang alim agama lagaknya. Tapi bila dia marah, dia tak puas hati sesuatu perkara... ya tuhan.. ditulisnya macam2 habis keluar semua bahasa "cantik" tu. Ooo mencarut memaki orang tu, tak apa eh?

Bagi deno, how la orang non-muslim nak respect agama kita jika kita sendiri sebagai orang islam, tak jaga langsung bab ni. Nampak remeh kan, nampak biasa sahaja bab ni.... tapi yang nampak remeh macam ni la yang buat agama kita dipandang buruk. Deno perasan, makin menjadi- jadi pula. Tak salah nak kritik, nak komen, nak beri pandangan, nak menegur.... tapi kan ada cara dia.. Emm itulah, melihatkan cara "orang kita" ni, buat deno speechless. 

**ingatan buat diri sendiri juga



10 SLE Supporters :):

Doodle Malaysia

Doodle Meet Up

November 30, 2016,3 Comments

Doodle meet up!!
Guess who?! Alex and sis Allie Hill!!^^ Alhamdulillah rezeki deno kali ini.. Sebenarnya dah lama deno ingin bertemu dengan sis Allie, tetapi masa sahaja yang tak mengizinkan.. Pada tahun lepas deno pernah bertemu Alex @ The Curve, dan pada tahun ini rezeki deno bertemu kedua-duanya sekali  Alex dan sis Allie :)

Tak sangka dapat bertemu dalam masa terdekat ni.. coz plan pun sekejap sahaja. Banyak juga kami bualkan, seronok! Deno dapat lihat sis Allie doodle secara live! Bukan senang dapat peluang macam ni tau.. Tapi tak aci tak dapat lihat Alex doodle! Next time nak lihat Alex doodle live depan mata juga ehehe^^ Deno pun dapat lihat artwork sis Allie dan Alex! Eeee comel!

Tak puas rasanya coz happy sangat2.. So sorry sis Allie, doodle untuk sis tak sempat siap... Biasalah Dayang Deno bila doodle di depan otai doodle, mula la tangan ni tiba-tiba jadi seram sejuk, plus nervous, terus tak jadi.. Tulah problem deno adoii.. Next time deno bawa drawing yang dah siap ehehe..

Thank you so much Alex and sis Allie^^ Thank you for spending time with me.. Hopefully kita akan dapat bertemu lagi dan doodle sama-sama lagi.. Inshaa Allah :)



3 SLE Supporters :):

BOTK

BOTK Meet Up

November 29, 2016,3 Comments

Tak pernah deno sangka akan dapat bertemu dua orang blogger yang selama ini hanya kenal dan berhubung melalui laman sosial. Blogger dan pada masa yang sama mereka adalah rakan2 pelukis yang awesome di dalam Buasir Otak The Komik!! :)

Guess who??

Cakkk!

Blogger/pelukis Putra Nubhan dan Budoxe Lee!!!^^ Kalau sebelum ini deno hanya dapat baca penulisan mereka, alhamdulillah pada weekend baru-baru ini rezeki jumpa kawan-kawan deno yang awesome ni!

Alkisahnya... Deno nak ambil buku Buasir Otak The Komik (BOTK) daripada Nubhan^^ To be honest, jika diikutkan memang segan dan nervous oii nak jumpa, tapi.. belasah sahajalah ehehehe.. Oh ya untuk pengetahuan semua, Nubhan ialah founder dan juga editor kepada buku BOTK, bos BOTK tau. Seperti entry sebelum ini, deno pernah kongsikan tentang buku BOTK 1, 2 dan 3.. dan sekarang our 4th edition BOTK iaitu BOTK Awakening telah diterbitkan. Alhamdulillah:) We met @ Paparich Cafe, D'pulze, Cyberjaya. Tak sangka pula deno, blogger Lee dengan trademark "perghhh" pun ada sama! Happy but nervous.. Aduh nervous ok, nervous. Itulah si dayang deno, tak tahu kenapa sejak azali nervous dia bila bertemu orang, aduii even dah jumpa depan-depan my hand dah sejuk semacam. Tapi bila dah mula berbual barulah kurang nervous dia...


KLIK gambar untuk lebih jelas

Happy dapat buku plus happy dapat jumpa kawan-kawan yang awesome! Rare tau dapat jumpa Nubhan dan Lee :) Terima kasih Nubhan dan juga Lee sudi jumpa deno, sudi conteng-conteng di dalam sketch book deno dan terima kasih for BOTK! Hopefully suatu hari nanti kita dapat bertemu lagi.. Inshaa Allah :)


xxxxzx


**Jom dapatkan buku Buasir Otak : The Komik - Awakening  sekarang dengan menghubungi :

Hantarkan email anda kepada:
princeofnoob@gmail.com

atau PM di facebook Prince Of Noob

atau PM di Fanpage Buasir Otak : The Komik



3 SLE Supporters :):

Buasir Otak The Komik

Buasir Otak : The Komik - Awakening

November 23, 2016,4 Comments

Berita baik untuk semua! Sukacita dimaklumkan buku indie kami yang ke-4 telah pun diterbitkan iaitu Buasir Otak: The Komik (AWAKENING).

Buku kali ini amat berbeza dengan buku yang sebelumnya, di mana ia mengandungi 56 cerita yang lebih berat, menyentuh emosi, mengandungi kisah motivasi dan pengajaran serta kesedaran tentang realiti kehidupan, hasil kolaborasi 56 orang pengkarya. 


Antara cerita yang dimuatkan adalah beberapa naskah yang pernah viral dan dikongsikan ramai netizen di FB yang telah diolah semula untuk dibukukan iaitu Kehidupan Suatu PerlumbaanUjian TuhanKu Jaga Dia UntukmuKasihnya IbuMaafkan Saya AbahTerima Kasih Aku dan lain-lain lagi, ditambah lagi dengan pelbagai naskah lain yang menarik. Turut sama, penampilan istimewa komik spin-off Origami Biru oleh Lanun Ranggi.

Selain daripada pengkarya dari buku Buasir Otak: The Komik yang asal, ia turut membariskan ramai pengkarya yang bukan calang-calang iaitu Al-Hafiz (Pemenang Cabaran Komik Online Malaysia 2015), pengkarya dari Aretis United Sucomi iaitu Anhaz, Amna Shark, Irfan Hilal, Kein Thunderboyz, N.A.N, Syafy dan Siti Manan, doodler berbakat Dayang Deno dan Rizal Paperbag Head, serta pengkarya yang tidak asing lagi dalam dunia komik FB iaitu Ben Osman, Sketchbook AmirulFaiz Kott, Tangan Kanan, Imanimex dan lain-lain lagi.

Berikut adalah barisan penuh pengkarya serta tajuk karya masing-masing:




Maklumat Buku:

Harga buku: 
Hanya RM25 seunit tidak termasuk kos penghantaran

Caj penghantaran PosLaju:
RM8 (Semenanjung) | RM12 (Sabah dan Sarawak)

COD (Cash On Delivery):
 Hanya sekitar CyberjayaPutrajaya dan Puchong sahaja.

Jumlah mukasurat:  
296 mukasurat (Ya komik ini memang tebal)


Cara-cara Pembelian

Hantarkan emel anda kepada:
princeofnoob[at]gmail[dot]com

Atau PM di Facebook Prince of Noob di:

Atau PM di Page Facebook Buasir Otak: The Komik di:

Atau Whatsapp/SMS agen kami seperti berikut:
Sang Kancil: 013-9313541


Jangan tunggu lama-lama, hadiahkan senaskah buku untuk diri anda sendiri atau sebagai hadiah kepada orang lain.


Credit : Blog Buasir Otak


4 SLE Supporters :):

Doodict

Doodle Camp!

November 20, 2016,6 Comments





Doodle camp! Yeah!! *lompat bintang!!! ^_^

Jom jom jom! Team doodle nak ajak korang semua makcik pakcik adik abang kakak semua join doodle camp yang akan diadakan tak lama lagi! :)

Untuk pengetahuan semua.... Sungai Merab Guest House ( https://m.facebook.com/sgmerabecoresort ) telah berkolaborasi bersama persatuan pencinta doodle iaitu : Doodict ( https://m.facebook.com/doodict/ ) untuk menganjurkan Kem Doodle yang julung2 kalinya yang diadakan di Malaysia!!^_^ Pelbagai aktiviti berkonsepkan Doodle yang menarik dan menyeronokkan akan diadakan selama 2 hari 1 malam di sini^^ Penyertaan ini terhad kepada 80 penyertaan sahaja tau, jadi cepat2 jangan lepaskan peluang yang ada ini! Seronoknya!! Berbaloi-baloi hanya rm 199 sahaja :)


Berbaloi-baloi... Bukan semua orang akan dapat peluang ini tau... Ruginya kalau tak join. Terbuka, sesiapa sahaja boleh join, bukan kaki doodle pun boleh join, pendek kata join jeee :D

- Pengangkutan awam dari stesen komuter UKM
- Penginapan untuk 2 hari 1 malam
- Sajian makanan dan minuman selama 2 hari 1 malam
- Cenderahati Doodle Camp *tshirt, stickers, rantai kunci dll
- Peralatan melukis seperti pen, marker, fabric marker, tshirt kosong (untuk doodle)
- Pengalaman, pengetahuan, kemahiran baru
- Doodle2 bersama-sama team doodle
- Kawan-kawan baru
- Siji penghargaan

Tempat : Sungai Merab Guest House
Tarikh : 3 dan 4 Disember 2016


Apa tunggu lagi, jom daftar sekarang! ^_^

Hubungi :
Cikpun Lela : 0192081474
Puan Azizah : 0173037160
Encik Zami : 0126690286


6 SLE Supporters :):

Personal

Dua Minggu

November 20, 2016,2 Comments


Hampir dua minggu...

Dua minggu ni tak  sihat, mungkin sebab cuaca sekarang di Terengganu yang dah tiba musim hujan... Biasalah kan hujung2 tahun macam ni. Alhamdulillah, sekarang dah okey... Terima kasih kawan2 yang mendoakan dayang deno :')

Love and hugs!




2 SLE Supporters :):

Islam

Heart

November 04, 2016,2 Comments


:')

2 SLE Supporters :):

Lupus

Jangan Menyerah

November 04, 2016,5 Comments


Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kekuasaaNya
Bagi hambaNyabyang sabar
Dan tak kenal putus asa...

..........................


Sangat terkesan dengan lagu ini.. Setiap kali rasa sedih, dengar lagu ni memang nangis sebab macam dekat sangat dengan diri deno... 

Hari ni rasa agak sedih selepas balik dari hospital.. Tadi jumpa doktor pakar, macam biasalah jumpa doktor... Tadi, doktor ada cakap2 tentang CAPD treatment yang deno dah buat selama 16 tahun, doktor sebut pula pasal fistula, pasal dialisis darah.. Doktor tanya sahaja sebenarnya, sebab dah lama sangat deno dengan CAPD. Tapi, doktor sebut sahaja pun deno jadi sebak.. Dah lama deno takde fikir2 pasal tu and bila doktor sebut deno rasa sedih. Tapi tahan sahajalah, senyum.. Deno cuma cakap selagi boleh pakai tiub tenchkoff ni, pakai. Deno taknak buat dialisis darah tu, sebab deno tahu perit treatment tu, deno dah pernah rasa sakitnya treatment tu.. Bila ingat2 balik dulu, rasa sebak sangat. Fobia, mungkin. Balik dari hospital tadi rasa sedih juga, sebab fikirkan diri sendiri. Deno ada SLE, lain dengan kidney patient yang lain. Tipulah kalau tak terasa, terfikir how condition diri di masa depan, how nak survive nanti, mampu tak bertahan dengan CAPD ni sebab kalau diizin Allah deno taknak langsung cuci darah tu... sakit :'( Tulis ni pun dah rasa sebak sangat, even kita tak tahu umur kita ni panjang ke tidak, masa depan macam mana but that "thing" macam tiba-tiba sahaja datang buat deno terfikir-fikir. Honestly, deno rasa penat... penat sangat. Mungkin orang nampak deno yang selalu senyum, ceria sahaja orangnya.. tapi dalam hati ni tak pernah sunyi dari rasa risau apa akan jadi pada deno dengan SLE ni. Serius risau.. Allah sahajalah tahu dalam hati ni rasa macam mana.. Tapi itulah dayangdeno, she loves to smile even dalam keadaan paling awkward dan sedih sekali pun... itulah dia kalau orang nak kenal, dia yang suka senyum. Cuba untuk tabah, jadi normal even life takdelah hundred percent sama macam orang lain dengan CAPD 4 times daily yang meletihkan, cuma deno taknak layan sangat rasa letih coz dah tahu nanti tak dapat buat apa2 kerja pun. Cuba untuk jadi orang paling positif even jauh di sudut hati ini risau dengan condition diri sendiri.. Cuba untuk kuat even realitinya deno tidaklah kuat seperti biasa orang lihat.... 

Tapi.. itulah, hanya orang senasib sahaja mungkin faham. Hmm, takpelah.. deno cuba untuk buat yang terbaik dan yang termampu, untuk survive.. Ingatkan diri setiap perkara berlaku pada diri ni ada sebab, ada hikmah Allah bagi.. In Shaa Allah, semuanya akan baik-baik sahaja nanti..... 





5 SLE Supporters :):