Jangan Menyerah - Dayang Deno

4.11.16

Jangan Menyerah


Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kekuasaaNya
Bagi hambaNyabyang sabar
Dan tak kenal putus asa...

..........................


Sangat terkesan dengan lagu ini.. Setiap kali rasa sedih, dengar lagu ni memang nangis sebab macam dekat sangat dengan diri deno.

Hari ni rasa agak sedih selepas balik dari hospital Tadi jumpa doktor pakar, macam biasalah jumpa doktor. Tadi, doktor ada bercakap tentang CAPD treatment yang deno dah buat selama 16 tahun, doktor sebut pula pasal fistula, pasal dialisis darah. Doktor tanya sahaja sebenarnya, sebab dah lama sangat deno dengan CAPD. Tapi, doktor sebut sahaja pun deno jadi sebak. Dah lama deno takde fikir asal tu and bila doktor sebut deno rasa sedih. Tapi tahan sahajalah, senyum. Deno cuma cakap selagi boleh pakai tiub tenchkoff ni, pakai. Bila ingat2 kembali dulu, rasa sebak sangat. Fobia, mungkin. Balik dari hospital tadi rasa sedih juga, sebab fikirkan diri sendiri. Deno ada SLE, lain dengan kidney patient yang lain. Tipulah kalau tak terasa, terfikir juga macam mana masa akan datang kan,, How nak survive nanti, mampu tak bertahan dengan CAPD.. Tulis ni pun dah rasa sebak sangat, Serius risau. Allah sahajalah tahu dalam hati ni rasa macam mana.. That's dayang deno, she loves to smile even dalam keadaan paling awkward dan sedih sekali pun. Itulah dia kalau orang nak kenal, dia yang suka tersenyum.. Cuba untuk tabah, cuba jadi normal even life takdelah  macam orang lain dengan CAPD 4 times daily yang meletihkan, deno cuba yang termampu..

Namun pada masa yang sama, deno tetap juga syukur.. Deno tahu Allah dah tentukan yang terbaik untuk deno. Normal lah kadang-kadang datang "rasa" tak best tu, especially bila over thinking.  Memang akan datang rasa sedih.. Tapi hidup perlu diteruskan kan? Sentiasa ingatkan diri.. perlu sabar, lebihkan sabar. 

Inshaa Allah, semuanya akan baik-baik sahaja nanti. Amin.





5 comments:

  1. deno bnykkan doa ye. inshaAllah smuanya akan okay. busyra doakan deno sntiasa sihat. deno kuat!

    ReplyDelete
  2. Hi,saya singgah sini n follow.. :)

    ReplyDelete
  3. Salam deno..
    Semoga terus tabah.
    Akak pun pesakit SLE juga. Akak fhm perasaan tu. Kadang kita fobia dgn kesakitan yang berulang.
    Bnykkn berdoa,smg Allah bantu kt menghdpi sgl dugaan dan ujian yang diberiNya.Allah syg kpd hambaNya,jd dia uji kt lebih sikit..

    ReplyDelete