Kenapa - Dayang Deno

30.11.16

Kenapa


Emm....

Deno perhatikan sahaja kawan-kawan di laman sosial seperti facebook dan twitter. Sekarang "orang kita" seperti dah tak ada adab langsung dalam berbahasa.Kadang-kadang mengucap panjang bila terbaca.. Bukankah bahasa melambangkan siapa kita, hati kita.. Saya faham, semua acc laman sosial adalah milik peribadi. Tetapi kenapa perlu mencarut, memaki hamun.. Kadang-kadang bila terbaca tu, cepat2 deno hide.

Apa yang biasa deno nampak "orang kita" ni, update dan status pasal agama mengalahkan ustaz ustazah.. Menegur orang dah macam orang alim agama lagaknya. Tapi bila dia marah, dia tak puas hati sesuatu perkara... ya tuhan.. ditulisnya macam2 habis keluar semua bahasa "cantik" tu. Ooo mencarut memaki orang tu, tak apa eh?

Bagi deno, how la orang non-muslim nak respect agama kita jika kita sendiri sebagai orang islam, tak jaga langsung bab ni. Nampak remeh kan, nampak biasa sahaja bab ni.... tapi yang nampak remeh macam ni la yang buat agama kita dipandang buruk. Deno perasan, makin menjadi- jadi pula. Tak salah nak kritik, nak komen, nak beri pandangan, nak menegur.... tapi kan ada cara dia.. Emm itulah, melihatkan cara "orang kita" ni, buat deno speechless. 

**ingatan buat diri sendiri juga



10 comments:

  1. agreed ! Manusia zaman sekarang dah hilang tamadun.. Sama2 muhasabah diri ..

    ReplyDelete
  2. Maaf jika ada terkasar bahasa, terlajak berbicara

    ReplyDelete
  3. Itulah. Kadang terkejut juga bila ada yang menyokong orang yang menggunakan bahasa yang tak elok. Sehinggakan orang yang menegur pun dimarahi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahasa jiwa bangsa... sejak dulu lagi pramlee pun dah pernah nasihat kita dalam menggunakan bahasa

      Delete
  4. bahasa melambangkan diri dan dalaman hati.. smoga kita semua terhindar dari berbahasa "indah" ini.. :)

    ReplyDelete
  5. kak no bika terbaca status yg scary memaki hamun skip dan abaikan. x layan. tapi kita lihat diri balik adakah kita pernah memaki bercakap kasar di laman sosial kita. slide slide tgk status.. hehehe

    zikir setiap hari serta selawat mampu memulihkan rohani kita

    ReplyDelete
  6. Sama sama kita muhasabah... :)

    ReplyDelete