Doodle Art

Bertabah

May 22, 2016,5 Comments

Masih bertabah ~

Bertabah dengan client punya artwork.. Artwork kali ini A4 size, perlu siapkan empat A4 paper, detail artwork. Boleh tahan juling mata bila mengadap lama2, lenguh tangan, gitulah.. Nanti siap yang ini, ada artwork lain pula yang kena siapkan. 

Macam ni la bila dah jadi full time doodler/ artist, kena focus dengan artwork.


Kadang-kadang jadi penat sebab deno juga perlu dialysis treatment setiap hari, kadang2 tak sihat, tapi alhamdulillah mostly client faham dengan keadaan deno..

Buat art ni kena banyak sabar, mesti kena ada niat nak buat yang terbaik untuk client kita. Jangan buat cincai2 sebab orang dah bagi fully trust pada kita, dengan harapan pada kita kan...

Alhamdulillah Allah bagi pada Dayang Deno passion pada art.. dengan bakat pinjaman Allah ini juga dapat deno cari rezeki sikit2 memandangkan deno tak dapat bekerja seperti orang lain sebab masalah kesihatan.

Deno cuba nak bahagikan masa antara art dan blog, honestly rasa rindu nak update blog hari2 dan blogwalking macam dulu.. sekarang komitmen more to art..

Tapi in shaa Allah, akan dicuba sebaik mungkin, doakan Dayang Deno sihat selalu eh :)


5 SLE Supporters :):

Doodle Art

Lenovo Contest

May 22, 2016,3 Comments

Alkisahnya pada minggu yang lalu ~


Last minute hantar penyertaan.. 

Sebenarnya deno tak tahu ada contest dari Lenovo, then.. tiba-tiba dapat tag from blogger Bro Framestone pada satu post tentang doodle contest, beberapa hari sebelum contest tamat. Deno pula tak baca betul2, ingat lambat lagi tamat pastu lupa terus.. 

Sehari sebelum tamat contest, ternampak pula Rizal_Paperbaghead post pasal contest ni..

Masa tu dah lewat malam.. Dalam pukul 2 pagi baru deno mula doodle, tak fikir apa dah just ambil pen, ambil A4 paper terus doodle. Spontan sahaja sebab dah lewat! Deno submit pun lewat.. In shaa Allah,.. cuba nasib ehehe.. 

Pada semua peserta #lenovo doodle contest, all the best! :)

#LenovoVibe
#VibeS1
#doodleart
#dayangdenoart


3 SLE Supporters :):

Ayu Candy

Sahabatku

May 22, 2016,0 Comments


 Baru berkesempatan update hari lahir awak, sahabatku... Saya sentiasa doakan yang terbaik buat awak, Ayu Nurhaslina :')

13 years friendship.. rindunya jangan cakaplah, Allah sahaja yang tahu... Selepas SPM, terpisah.. 10 tahun tak jumpa, but our friendship getting strong. Believe it or not, kami tak pernah bergaduh. She is my truly friend, my very bestfriend!  Walaupun jauh, dia sentiasa ada tak kira masa bila diperlukan, dia sentiasa ada untuk berikan semangat waktu diri ini terasa begitu hopeless, dia kawan yang buat mata ini menangis bila rindukan dia, dia sahabat yang sentiasa ada di dalam doaku, dia sahabat dunia akhiratku.. 

Semoga suatu hari nanti Allah beri rezeki untuk kita bertemu lagi... Sahabat sampai bila-bila.. Lillahi Ta'ala...

*sebelum ini ayucandy ialah seorang blogger, tetapi di atas tertentu blog tersebut ditutup.. sejujurnya dayangdeno sangat rindukan gulagulaberacun by ayucandy :')

0 SLE Supporters :):

Alhamdulillah Selamat Bergelar Isteri

May 22, 2016,3 Comments

"Alhamdulillah sudah selamat bergelar isteri..." - Fariza Rasli 

Ehemm tajukk entri, macam kite pula yang kahwin.. ekeke:p

Alkisahnya my kakak, Fariza Rasli telah selamat menjadi isteri kepada Encik Siddiq pada 14 Mei 2016 yang lalu di Merlimau, Melaka ^^

Sebenarnya Dayang Deno tak pernah travel ke kenduri kawan-kawan yang tinggal jauh dari Terengganu coz dengan condition kesihatan deno yang tak mengizinkan... tetapi alhamdulillah waktu majlis... deno sihat dan kebetulan tarikh 14 Mei deno berada di Kuala Lumpur, jadi dekat sahaja kan.. Abah pula dah beri greenlight dan kakhanna free.. Apa lagi, jommm!^^

Awal pagi dah bertolak ke Melaka


Sebenarnya dah agak lama deno tak ke Melaka, tak silap kali terakhir ke Melaka 5 tahun yang lalu.. so agak excited bila dapat ke Melaka.. Dua minggu sebelum majlis deno dah plan siap2, ehehe...

Sebenarnya tak susah untuk ke rumah pengantin, terima kasih kepada GPS!! ^_^

Okeh kita pendekkan cerita.. nah belanja gambar seketul dua.. **scroll gambar di bawah:)













Alhamdulillah.. Sudah selamat bergelar isteri kakak deno ni, dah naik pangkat Puan Fariza! Hihihii.. Sama padan, sorang cantik, sorang comel^^ Pada Encik Siddiq aka Oli, sila jaga Fariza baik2 tau.. kalau saya dapat aduan Oli buli, dushh haha! :p

Anyway..

Tahniah buat Fariza dan Oli, Dayang doakan Fariza dan Oli kekal bahagia buat selama-lamanya... Lillahi Ta'ala.. Amin!:)


**Selamat pengantin baru!!^_^


3 SLE Supporters :):

Doodle Malaysia

Starbucks Doodle It

May 22, 2016,0 Comments

Pada bulan lepas, Starbucks Malaysia collab bersama beberapa orang doodler untuk doodle di Starbuck^^

Setiap doodler telah diberikan tarikh dan tempat untuk mereka doodle seperti Starbucks The Curve, Starbucks Paradigm Mall dan ada beberapa lokasi Starbucks yang terpilih...



Ada beberapa orang kawan doodler deno yang terpilih antaranya Adel, Sanuri, Marts, Debbie, Sylvia Chan collab bersama Starbucks.

Deno juga ada bertemu rakan-rakan di Starbucks yang berdekatan Damansara.... :)

Dayang Deno bertemu doodler Fariza dan Debbie


Dayang Deno bertemu doodler Ah Via

Seronok dapat lihat kawan-kawan doodle secara live^^

Sebenarnya Dayang Deno juga telah mendapat invitation dari Starbucks Malaysia untuk join project ni... Tapi dengan condition kesihatan deno, dan deno yang perlu dialisis setiap hari, deno terpaksa tolak.. Bukan rezeki, tak mengapa la kan^^

Boleh pula air mata ni bergenang sewaktu berbual-bual bersama Debbie, her kind words and positive thought .... amazing :')


Jom follow ig doodler Malaysia :
@dayangdeno
@binomia.by.fr
@martywoodskk
@sanuri_z
@adelshatideas
@debsterity


0 SLE Supporters :):

Doodle Art

A Forgotten Hand

May 05, 2016,4 Comments

Ia bukanlah sekadar tangan....


Tangan itu.... Tangan yang penuh dengan harapan... Harapan insan untuk dibantu, harapan untuk dibela nasibnya...Tetapi harapan tidak dipedulikan, harapan hanya tinggal harapan... 

Dan tinggalah ia mereput sendiri dan dilupakan... 

Kesepian ......


**Ilham yang tiba-tiba datang dari kisah2 yang orang tertindas, teraniaya...

x x x x x x

Instagram : @dayangdeno
FB Page : Dayang Deno Art


4 SLE Supporters :):

Sending Smile

Sending Smile

May 04, 2016,1 Comments


Sending Smiles tee :) 


Let's support our cause of helping us help terminally ill children. 


Check out FB page : Stick It To Me



 **Please pm Kopi Soh for details 






1 SLE Supporters :):

Doodle Art

Belasah Je

May 04, 2016,1 Comments

Belasah je la...

Artwork yang terhasil secara  spontan... Sebenarnya artwork ini terhasil sewaktu deno menunggu anak buah buat homework.. Waktu ini kami minum di Starbucks, The Curve.

Kami ada "aunt and niece time". Deno dan anak buah spend time sama-sama... dan anak buah bawa homework dia.. 

Sementara dia siapkan kerja, deno bukak sketch book, ambil pen dan terus doodle.


Simple sahaja.. Tak terlalu detail.

Kadang-kadang macam tulah... Tak perlu terlalu serius bila bab doodle. Ambil pen dan conteng je. Trust me, hasil dia pun mesti buat korang sendiri senyum...

To be honest, deno sebenarnya takde pandai sangat melukis or doodle.. Tapi sebab minat, deno teruskan dengan minat deno.. Setiap hari doodle, doodle jelah apa-apa pun..

Alhamdulillah selain melukis menjadi satu terapi bila stress, dapat juga menjadi sumber rezeki.. :')

Dan sekarang Dayang Deno ialah seorang full time doodler^^

x x x x x x

Instagram : @dayangdeno
Art page : Dayang Deno Art


1 SLE Supporters :):

Doodle Malaysia

Lama Tak Jumpa

May 04, 2016,0 Comments

Lama tak jumpa ini budak lengchaii hihii.. Haziq.

Haziq kawn dodoler juga actually, pernah deno update tentang Haziq. Sekarang Haziq continue belajar di Cheras. Sementara deno di KL sekarang, dapatlah jumpa Haziq.. Awal-awla plan nak jumpa^^

Ini ialah kali ketiga kami berjumpa :)

.

Kali terakhir jumpa pada tahun lepas...  .

Plannya nak doodle sama-sama... Tapi mungkin sebab lama kami tak jumpa, masa yang ada banyak kami habiskan dengan berbual-bual sahaja.

Memang banyaklah kami berbual, rasanya kalau bagi masa satu hari belum tentu cukup haha..Sempat juga kami lunch di Ikea bersama-sama.... . 

Haziq actually dah deno anggap seperti adik deno sendiri. Baik budaknya, very friendly.. 

Thanks Haziq datang juga ke Damansara untuk jumpa saya.

Till we meet again Haziq :)



0 SLE Supporters :):

Lupus

What Is Lupus?

May 01, 2016,0 Comments


What is LUPUS? Lupus is an autoimmune disease where the body's immune system becomes hyperactive and attacks normal and healthy tissue. This results in symptoms such as imflammations, swelling and damage to joints, skin, kidneys, blood, the heart and lungs. Under normal function, the immune system makes proteins called antibodies in order to protect and fight against antigen such as viruses and bacteria. Lupus makes the immune system unable to differentiate between antigen and healthy tissue. This leads the immune system to direct antibodies against the healthy tissue - not just antigens causing - swelling,pain and tissue damage. Help us spread the word and Lupus awareness.

#lupus
#curelupus
#lupusawareness



0 SLE Supporters :):

Lupus

Lupus Awareness Month

May 01, 2016,0 Comments



Help us spread the word 
and Lupus awareness


0 SLE Supporters :):