Personal

Orang Kita

1:02 PM,5 Comments

"Orang Kita"

Bukan semua

Tapi

Bila polis pasang kamera perangkap had laju
Bila polis buat spead trap
Bila polis buat operasi
Bila polis saman

"Orang Kita" akan

Marah
Hina
Maki
Caci
Benci
Boikot

Paling win "Orang Kita" akan cakap

= "Polis Cari Duit Raya Lebih"
= "Polis Makan Duit Orang"
= "Polis Jahat"

Tapi

Kalau polis tak buat

Agak-agak....

Ada tak?

Ada tak "Orang Kita" nak ikut had laju?
Ada tak "Orang Kita" nak memandu ikut peraturan?
Ada tak "Orang Kita" hati-hati memandu?

Tapi

Bila ramai orang jadi mangsa
Bila banyak kemalangan
Bila ramai orang cedera
Bila ramai orang mati

Tahu pula menyesal
Tahu pun sedih...

Kecuaian "Orang Kita" 

Salah sendiri

Memandu macam palesit

Salah sendiri

Memandu macam nak race

Salah sendiri

Memandu tak ikut peraturan

Salah sendiri

Memandu macam bapak kau punya jalan

..........


"Orang Kita"

Bukan semua

Bukan Semua

Tapi "Orang Kita"

Biasanya macam tulah

Typical "Orang Kita"

Oh "Orang Kita"



**pandu dan tungganglah dengan berhemah dan mengikut peraturan jalan raya :)




5 SLE Supporters :):

Nostalgia

Teringat Pula

12:43 PM,0 Comments

Nak dekat raya ni mulalah teringat nostalgia dulu-dulu... biskut raya.


Biskut raya mesti wajib ada di rumah setiap kali hari raya kan

Dan setiap daripada kita mesti ada biskut kegemaran kan... Entah macam mana tiba-tiba deno teringat dengan biskut raya kegemaran deno zaman deno kecik-kecik dulu..

BISKUT NESTUM NESTLE

Dulu-dulu semua biskut raya my mom buat sendiri, siap dapat tolong lagi.. Biskut Nestum my favourite! Nestum sememangnya favourite deno, apatah lagi bila jadik biskut raya.. Jangan cakaplah, apa yang melibatkan nestum memang akan menjadi favourite deno.

Deno masih ingat jelas rupa biskut nestum di dalam paper cup, fuhhh terbayang dah ni!

Boleh dikatakan biskut nestum tu banyak dihabiskan oleh deno sahaja. Tak ramai tetamu yang datang beraya dapat rasa.. Deno yang banyak makan..

Even belum raya pun dah masuk mulut.. How la nak cukup untuk tetamu.. haha! Memang serius sedap!

Sekarang ma dah tak buat biskut raya.. Sebabnya sekarang bila anak-anak dah besar, anak-anak pula tempah biskut raya.. Tapi  yang ada di kedai2 pun tak pernah sama.. Banyak ciptaan biskut2 nestum dah tak sama macam dulu..

Jujur cakap, rindu biskut nestum ma yang dulu.. :')


#Love And Hugs


0 SLE Supporters :):

Personal

Pejam Celik

11:48 AM,0 Comments

It's been awhile I update my baby blog  :')


Pejam celik pejam celik kita dan sampai ke 25 Ramadan untuk tahun ini.. Tak lama lagi kita akan menyambut Hari raya Aidilfitri pula kan? Cepat sungguh masa berlalu, rasa macam baru sahaja semalam kita mula berpuasa...

Minggu depan inshaa Allah kita menyambut Hari Raya.. Macam mana dengan persiapan raya korang? Dayang Deno biasa-biasa sahaja, baju raya baru pun sehelai sahaja tahun ini, tapi dah syukur sangat. Baju-baju raya tahun lepas masih baru dan boleh dipakai, jimat lagi kan :)

Ada jugalah discuss dengan my mom nanti open house nak masak apa, nak buat apa, but for sure macam tahun-tahun yang lalu ramai saudara mara datang rumah...

Macam raya-raya yang lalu juga.. Kakak mesti bawa balik kuih raya sedap-sedap!  Tak sabar juga nak rasa kuih raya yang kakak tempah^^

Aduhaii... Tak sabar nak jumpa kakak-kakak balik minggu depan :D


#LoveAndHugs


0 SLE Supporters :):

Family

Hadiah

12:03 PM,6 Comments

Yay hadiah!!


So sweet. suprise present from my nephew ( 8  y.o ) on my birthday last week^^

Tiga ketul pemadam di dalam kotak comel :) Tahu sahaja aunt dia ni suka melukis, dia hadiahkan pemadam.. Tak perlu lagi deno beli pemadam sampai tahun depan..

Thank you Adam Khaleef, cikcu smurfly love youuu 


#LoveAndHugs


6 SLE Supporters :):

Personal

Dua Puluh Tujuh

11:29 AM,5 Comments



Ops.. tahun ini terlewat pula update.. quite busy actually huhu...

Alkisahnya last week ialah hari lahir lahir Dayang Deno yang ke dua puluh tujuh tahun.. Yes, dua puluh tujuh, please jangan tanya lagi ya.. 

Alhamdulillah syukur.. terima kasih Allah.. terima kasih family, kawan2, doctr, nurses dan semua yang sentiasa support dan mendoakan dayang deno :')


#Love And Hugs

5 SLE Supporters :):

Personal

Selamat Berpuasa

10:26 AM,1 Comments


5 Ramadan sudah..

Di kesempatan ini, Dayang Deno ingin mengucapkan selamat berpuasa^^ Belum terlambat lagi kan? Ehehe... Best pula dan terliur deno lihat rakan2 blogger review tempat berbuka..

Dayang Deno seperti biasa, bersama mama dan abah.. Alhamdulillah, diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa.. Cuma penatnya berganda memandangkan deno dialisis setiap hari kan.. But so far okey sahaja ^^

Puasa, jangan tak puasa :)


#LoveAndHugs 

1 SLE Supporters :):