Personal

Rindu Lagi

August 28, 2016,3 Comments



Terasa

Terasa rindu, teringin untuk bertemu kawan-kawan di sana. Diriku tersenyum pabila melihat kawan-kawan.. Hanya gambar menjadi ubat kerinduan. Alhamdulillah kugembira lihat kawan-kawan gembira :)

Aku di sini, bersama blog kesayangan.. bersama pena dan kertas, menjadi teman buatku meluahkan hati dan melakarkan rasa..

Allah jaga kawan-kawan buatku..


#monologpagi



3 SLE Supporters :):

Doodle Art

Tempahan Kad Kahwin

August 28, 2016,1 Comments


Rakan SLE, Azizi akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. Azizi membuat tempahan daripada dayangdeno untuk kad kahwin dan Azizi inginkan doodle.

Design ini siap dua minggu yang lalu, saya baru sahaja berkesempatan untuk update di blog tempahan daripada Azizi. Sebenarnya agak lama saya tak update tempahan artwork di blog kan.

Terima kasih Azizi percayakan dayang, semoga segala urusan perkahwinan Azizi dipermudahkan nanti ya... Amin :)


Contact :

FB blog page : dayangdeno.com
FB art page : Dayang Deno Art
Instagram : @dayangdeno


1 SLE Supporters :):

Domain

Tahun Ketiga

August 28, 2016,2 Comments


Alhamdulillah..

Done renew domain www.dayangdeno.com buat tahun ini.. Tahun ini tahun ke tiga dayangdeno menggunakan domain dari NetKL :) Setakat ini semuanya baik, trafik blog juga meningkat.

Inshaa Allah nak cuba rajin update blog macam sebelum ini.. Kesian my baby blog ni .. Buat readers, terima kasih kerana selalu support dayang deno..  dayang sayang kamu *flying kiss sorang satu :)

2 SLE Supporters :):

Prisma

Prisma

August 14, 2016,4 Comments


Cuba sahaja. 

Lately saya selalu sahaja nampak update kawan2 dengan gambar2 yang sangat menarik daripada apps Prisma. 

Saya cuba jugaklah :)

4 SLE Supporters :):

Mekah

Di Sana

August 14, 2016,1 Comments


Memori di sana kembali..

Sudah 5 bulan meninggalkan tanah suci Mekah, masih terbayang suasana di sana.. Di sana, gembira, tenang. Tak perlu nak fikir apa2 masalah pun, takde nak risau apa2, sungguh... 

Ia tenang... dan sungguh, saya rindukan itu..



1 SLE Supporters :):

Personal

Wonder

August 14, 2016,1 Comments


... and I wonder ...


1 SLE Supporters :):

Quotes

Ingatkan Diri

August 13, 2016,1 Comments


Ingatkan diri, jika rasa sakit, ada orang lebih sakit daripada kita.. Jika rasa susah, ingatkan diri ada orang lebih susah daripada kita.. Lihat orang di bawah kita.Sesusah-susah kita, kita masih mampu makan nasi, kita masih ada tempat tinggal, masih ada orang yang sayangkan kita, masih berada di dalam negara yang jauh dari peperangan.. Syukur seadanya.

Saya percaya kita semua pernah rasa susah, atau sekarang sedang menghadapi kesusahan.. Hanya Allah tahu.. Cuba hadapinya dengan tabah dan sabar, usaha dan doa, inshaa Allah semuanya akan baik2 sahaja..

Inshaa Allah...

*ingatan untuk diri sendiri 

1 SLE Supporters :):

Hospital

Hati-Hati

August 07, 2016,5 Comments

Ops, kisah di hospital lagi, waktu admitted juga. Followers facebook Dayang Deno tentu tahu saya ada admitted selepas balik dari umrah beberapa bulan yang lalu....


Berbeza kisah sebelum ni, ini kisah seorang doktor pelatih yang cuai.. Masa tu saya masih lemah, dengan demam panas dan batuk yang teruk. 

Awal pagi ada seorang doktor pelatih datang ke katil saya, katanya nak buat blood test. Saya hairan jugalah sebab seingat sayalah, blood test dah dibuat semasa nak masuk wad. Banyak pula tu.. Saya beritahu doktor lain dah buat blood test saya. Tetapi doktor ni cakap, ini untuk blood test lain. Nak check sekali lagi... Okey, so saya fahamlah. Kadang-kadang ada juga blood test dibuat dua kali untuk test yang lain, kali ni doktor pelatih tu ajak saya ke bilik rawatan sebab special punya blood test taknak kena infection apa2. Okey, saya ikutkan sahaja walaupun sebenarnya badan agak lemah..Macam biasalah redha jelah dengan jarum kan. Saya kena cucuk dua kali tapi darah masih tak dapat, saya sabar sahaja sebab dah biasa.. Plus dengan urat2 saya ni kecik... Sakit pun sakitlah, tahan. Kemudian, doktor tu masuk ke dalam bilik satu lagi, ambil jarum baru agaknya.. Kemudian datang seotang lagi doktor, kawan doktor tadi mungkin.. Saya dengar mereka berdua berbual, perlahan sahaja cakapnya....

Tiba-tiba... Doktor pelatih tadi datang kat saya beritahu.. 

"Maaf dayang. Saya tersilap, blood test awak dah tak perlu, dah buat.. Maaf ya"

Dan kemudian dia berlalu... Aduhhh dalam hati geramnya saya, kan saya dah cakap tak perlu buat blood test sebab dah buat. Tadi doktor ini kata blood test lain. Kan dah tersilap! Saya geram tapi saya sabar sahaja, dengan tak sihat malas nak bising.. Masa tu dapat sakit jelah, cucuk yang sia2, darah pun tak dapat...

Buat doktor di luar sana, hati-hati.. sila check betul2 pesakit mana yang perlukan rawatan yang betul... Kalau tersilap ubat? Kan susah... aduyaiii


5 SLE Supporters :):

Let Go

August 07, 2016,1 Comments


Kadang-kadang, bila kita rasa sedih

Lepaskan sahaja

Nangis puas-puas...

Inshaa Allah, lepas tu kita akan okey. 



1 SLE Supporters :):

Personal

Hari Itu

August 05, 2016,3 Comments

Kisah hari itu...

Sewaktu saya admitted selepas balik dari umrah, saya satu wad dengan seorang makcik, cukuplah sekadar sayang kongsikan nama makcik tersebut sebagai L. Kesian makcik L, sebelah kakinya dipotong dan matanya tak nampak. Hidupnya bergantung pada satu-satunya anak lelaki dia.. Setiap hari jugalah saya buat dialisis, sekali dengan makcik L. Baik orangnya, ramah, saya pun suka berbual dengan dia...

Kisah pada suatu pagi, saya dah siap awal pagi turun ke unit nefro untuk dialisis. Bila naik wad , makcik L belum turun pun. Rupa-rupanya anak lelaki makcik L lewat hari tu... Biasanya kalau ada penjaga, memang pesakit akan turun ke unit nefro sendiri.. Sebab dah lewat, nurse nak bawa turun tapi masalah sikit sebab makcik L berbadan besar. Nurse tak larat nak angkat makcik, kesian makcik.. Kat wad pula takde pula mana2 nurse lelaki, kadang2 ada.. Tiba2 kebetulan ada sorang doktor lelaki datang, tanpa disuruh pun, doktor tolong angkat makcik ke wheelchair. Lelaki kan, mesti kuat... Tiba-tiba pula saya rasa terharu, lihat doktor betapa dia ambil berat pada pesakit... Tanpa diminta tolong dia datang tolong makcik untuk duduk di atas wheelchair. Itulah doktor, memberi khidmat tak kira siapa, orang tua dianggap seperi ibu bapanya, budak2 dianggap seperti anak-anaknya, pesakit-pesakit dianggap seperti saudara sendiri...

Alhamdulillah sepanjang saya sakit sejak kecil, semua doktor baik2, doktor dah macam family.. Alhamdulillah syukur..

3 SLE Supporters :):