Baju Baru

July 23, 2017,6 Comments

tukar baju baru blog


Baju Baru..

Lama rasanya dayangdeno tak datang sini.

Hampir tiga bulan juga blog tak terusik, bukan lupa tapi sebab tanggungjawab dan komitmen lain yang perlu diselesaikan. Sejujurnya deno rindu sangat nak aktif blog macam sebelum ni. In shaa Allah, akan diusahakan :) 
By the way.. Perasan tak perubahan yang berlaku di sini? Cantik kan.. Hehe.. Inilah yang deno nak kongsikan! Selepas hari raya aidilfitri baru-baru ini, deno buat keputusan untuk menukar 'baju' blog. Oleh kerana deno sendiri agak sibuk, deno buat keputusan untuk order dengan rakan baik blogger Sheda Ucu untuk design blog dayangdeno :) Seperti mana kita semua sedia maklum, Sheda Ucu antara blogger yang terkenal dengan design-design blog yang cantik dan menarik! Korang pergi ke blog Sheda Ucu iaitu www.shedaucu.com, ada pelbagai design dan pakej tau. Harga pun berpatutan! Pilih sahaja, mudah pulak tu berurusan dengan Sheda Ucu... Service terbaik!^^
Alhamdulillah... Deno suka sangat template responsive ni, cantik dan kemas sama seperti yang deno inginkan.. Terima kasih Sheda Ucu! :)


6 SLE Supporters :):

Personal

Happy Birthday

May 28, 2017,7 Comments


28 May.

Dear Dayang Deno. Syukur alhamdulillah, kamj masih di sini. Dayang, tolong saya.. Tolong terus kuat, tolong terus semangat, tolong terus senyum.. Tak lupa juga semoga awak sentiasa murah rezeki, sentiasa sihat, sentiasa positive and semoga Allah berikan kamu ketabahan dalam menghadapi setiap dugaan dalam hidup kamj. Janji, jadi orang yang kuat ya? In shaa Allah!

Happy birthday dayang :')


7 SLE Supporters :):

Cerpen Kenangan

Kenangan Itu # 14

May 12, 2017,4 Comments



Tahun 2004

SMKSS
Terengganu


xxxx


Hari ni semua cikgu terpaksa menghadiri mesyuarat. Jadi seperti biasa, semua pelajar dalam kelas masing-masing dengan hal sendiri.

Ada yang berbual-bual sesama mereka, ada yang ketawa, ada yang mengulangkaji pelajaran dan ada juga yang membuat hal sendiri.

Aku pula dari tadi mengisi masa aku dengan melukis. Selain membaca, aku juga suka melukis. Aku sudah biasa sendiri, aku tiada kawan rapat untuk menjadi teman berbual. Alin, kawan rapat aku sebelum ini telah berpindah ke kelas yang lain.

Aku dikenali sebagai pelajar yang pendiam di dalam kelas, bukanlah aku tidak mahu bercakap tapi kadang-kadang bila aku bercakap tiada siapa yang sudi mendengar.

Aku juga tiada ramai kawan. Aku faham, kawan-kawan mungkin tak biasa dengan aku yang jarang ke sekolah. Kawan-kawan tahu aku sakit, tapi mereka tak faham tentang penyakit aku. Bila aku sebut sahaja SLE, mereka akan menunjukkan reaksi wajah yang pelik.

Mungkin juga mereka takut dengan aku, takut penyakit SLE ini berjangkit sedangkan penyakit ini tak berjangkit langsung.

Hmm.. Aku rindu sahabat aku, kalau dia ada tentu dia jadi teman aku. Dia sahaja yang faham..

“Ehem ehem” tiba-tiba ada satu suara mematikan lamunan aku

“Jauh termenung? Teringat siapa tu?”

Aku terkejut. Fad rupa-rupanya.. Hmm malas betul aku bercakap dengan budak lelaki yang paling nakal dalam kelas aku ni. Dia seorang sahaja yang nakal.. Mesti ada sahaja kata-kata dia yang menyakitkan hati aku.

“Taklah. Mana ada ingat sesiapa.. “

Cepat-cepat aku simpan alat tulis dan buku lukisan aku di bawah meja. Bimbang pula diambil si Fad.

“Yer la tu... Kau ni aku tengok asyik duduk seorang je.. Dah la jarang datang sekolah"

“Aku ada terdengar cikgu kata kau sakit. Orang sakit kan cengkung.. Tapi muka kau bulat.. doraemon pun kalah! Hahahaha!”

Aku diam, aku tahu Fad memang sengaja nak menyakitkan hati aku. Aku malas nak melayan, nanti semakin menjadi-jadi dia mengejek aku.

“Kenapa diam? Betul la kan, kau bukannya sakit. Buat-buat sakit.. Pastu sengaja tak datang kelas, kan?!” Fad mengetuk kuat meja aku.

Aku cuba sabar walaupun dalam hati aku pedih sangat dengan kata-kata Fad.

Aku tak menjawab, aku diam sahaja. Aku faham perangai budak-budak nakal memang macam ni, makin dilayan makin menjadi-jadi.

“Heyy! Kau bisu?” Fad tiba-tiba memandang aku dengan wajah yang serius.

“Taklah” jawab aku sepatah.

“Tahu pulak bercakap doraemon ni.. Aku ingat bisu!” Fad menyambung gelak.

Tiba-tiba Kamal yang melihat aku dikacau, menegur kelakukan Fad pada aku.

“Hoiii fad kau buat apa tu? Kau jangan cari pasal..”

Fad hanya menjelirkan lidah seperti tak bersalah. Dia makin seronok pula menyakitkan hati aku. Mentang-mentanglah aku diam.

“Jadi memang betul la kau ni tak sakit.. Pura-pura sakit je kan. Aku tahu.. “ Fad memandang sinis.

Aku geram dengan tuduhan Fad, dia ingat aku sengaja tak datang ke sekolah..

Orang mungkin menganggap aku berpura-pura sebab aku dilihat normal, biasa sahaja dan nampak aku sama macam orang lain. Tapi orang tak pernah nampak keadaan aku bila aku sakit.. Tuhan sahaja yang tahu.

Wajah aku pula membulat kesan steroid. Sebenarnya banyak lagi kesan sampingan steroid yang aku tanggung tapi siapalah faham..

“Saya kat hospital, bukan saya sengaja ponteng kelas.. ”

Akhirnya aku bersuara.

“Aku tak percayalah. Kalau betul sakit, aku tengok kau sihat je.. Kau pura-pura je kan…” Fad bercakap dengan tanda mengejek.

“Mengaku jelah!”

Hati aku sakit. Aku berjuang macam nak mati melawan sakit di hospital, tapi aku dikatakan berpura-pura sakit?

Tiba-tiba aku rasa amat geram.

“Awk ni kenapa Fad? Apa yang awk tak puas hati dengan saya? Saya sakit ke, saya nak mati ke apa masalah awak? Saya ada susahkan mak bapak awak ke?!” suaraku menggeletar menahan geram, mataku terasa hangat tapi aku tahankan sahaja.

“Heyy ada orang marah.. Hahahaha!” Fad menjerit mengejek.

Kawan-kawan fad bersorak.

Air mataku mengalir jua.. Mata aku basah, aku sedih dipermainkan. Hati aku dipijak-dipijak, aku diperlakukan seperti aku tak ada perasaan... Aku cuba sabar walau diejek, dituduh, dikatakan bukan-bukan. Aku cuba tabah namun hati aku begitu pedih!

“Awak melampau Fad! Awak jahat!”

“Kenapa awak suka sakitkan hati saya? Awak nak sakit macam saya ke? Percayalah Fad walau satu hari awak berada di tempat saya, awak takkan tahan.. Awak takkan mampu tahan.. Takkan mampu!!” aku menjerit.

Fad tergamam

Satu kelas terdiam, semua mata memandang tepat ke arah aku.

Aku terlalu sedih, hati aku terluka..

Aku mengesat air mata dan terus berlari keluar dari kelas.

Aku ingin lari jauh..



4 SLE Supporters :):

Dayangdenologue

Letih

May 07, 2017,4 Comments


Kadang-kadang aku letih

Letih, terlalu letih

Letih dengan hal-hal dunia
Letih dengan sikap manusia

Ingin rasanya aku berehat panjang
Ingin rasanya aku lari jauh-jauh
Lari dari semua ini...

Tuhan, bantu hamba untuk kuat

#dayangdenologue


4 SLE Supporters :):

Komik Dayang Deno

Pilihan

April 07, 2017,9 Comments


Pernah tak .. Kita stress, sedih sangat.. Tapi kita simpan sahaja..
Kadang-kadang, kita sembunyikan rasa stress, sedih kita.. kerana bukan semua masalah kita boleh dikongsi dengan orang. Kita berkongsi, ya ada juga berkongsi tapi bukan semua... Kita memilih untuk pendam, simpan dan kita berdoa pada-Nya.. Berharap semoga nanti semuanya akan baik-baik sahaja ..
Instagram :
@dayangdeno
@thedayunk

9 SLE Supporters :):

Dayangdenologue

Putih

April 06, 2017,2 Comments


8.45pm

Usai solat Ishaq, aku berbual-bual dengan mama.

"Ma.. cuba ma rasa telekung ni, deno suka kain telekung lembut macam ni, selesa. Sekarang ni.. telekung ada macam-macam warna ma, tapi deno suka putih. Tak suka telekung ada warna, suka putih je"

Aku cium telekung pemberian mama ini, telekung yang paling aku sayang.

Mama memandang aku dengan senyuman.

"Adik... Telekung ni, macam-macam warna pun.. nanti kita meninggal kain warna putih juga, kan?"

Aku mengangguk. 

Tersenyum.

Lalu memeluk mama ... :')







2 SLE Supporters :):

Walk-A-Payung

Walk-a-Payung 2017

April 02, 2017,1 Comments

Walk-a-Payung again!


Okeh, terlebih dahulu jom kita kenal-kenal dengan SLE or Lupus ~

Bercerita mengenai Walk-a-Payung.. Sebenarnya dah banyak negara-negara luar yang mengadakan kempen Lupus Awareness. Contohnya di Amerika Syarikat, mereka ada Run for Lupus... Di New York pula, mereka ada Walk for Lupus... tetapi di MALAYSIA kita ada Walk-a-Payung untuk Lupus Awareness^^

Walk-a-Payung (WAP) telah diadakan di beberapa buah negeri iaitu di KL, Selangor, Johor, Sabah dan pada tahun 2014, WAP secara rasminya juga diadakan negeri Terengganu. **Dayangdeno sendiri pernah menyertai WAP di KL dan Johor :) WAP 2017 Edisi Negeri Terengganu kali ini adalah event kali ketiga diadakan di negeri Terengganu. Bila diimbas kembali event-event yang lalu, alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan. Ramai yang menyokong kempen ini dan penyakit SLE/Lupus ini juga makin dikenali ramai.. Alhamdulillah!:)



Okey.. Apakah Walk-a-Payung?

Walk-A-Payung adalah satu aktiviti outdoor yang boleh disertai oleh semua iaitu pesakit, ahli keluarga, pelajar, kanak-kanak dan juga orang awam. Setiap penyertaan akan diberikan sehelai t-shirt Walk-a-Payung, payung Walk-a-Payung dan juga cenderahati. Setiap peserta akan berjalan sejauh 2.5km - 3km dengan menggunakan payung. Aktiviti ini bertujuan menyedarkan masyarakat bahawa pesakit mesti mengelak daripada terkena cahaya matahari untuk mengelak daripada terkena radang pada kulit. Ia juga untuk mengutip dana untuk aktiviti-aktiviti kebajikan bagi pesakit SLE. Selain itu, program ini juga dapat mewujudkan hubungan erat di antara pesakit, orang awam dan juga pakar-pakar perubatan :)

Objektif Walk-a-Payung 
✿ Mewujudkan kesedaran dan pengetahuan kepada orang ramai tentang SLE
✿ Mengumpul ahli keluarga dan masyarakat bagi memberikan sokongan kepada pesakit SLE
✿ Memberikan pendedahan bahawa betapa perlunya pesakit-pesakit SLE menggunakan payung ketika cuaca panas.
✿ Mengumpul dana bagi membantu pesakit-pesakit SLE yang memerlukan bantuan kebajikan
✿ Mendekatkan pesakit dengan keluarga dan pakar perubatan agar mereka lebih bersedia  dengan ancaman dan risiko yang bakal dihadapi oleh pesakit SLE




xxxxxx

Tarikh : 13 Mei 2017
Masa : 7.00pagi - 12.3000tengahari
Tempat : Taman Shahbandar, Kuala Terengganu, Terengganu

xxxxxx

Aturcara Majlis
7.00am       : Pendaftaran peserta
7.30am       : Senamrobik
8.15am       : Majlis Perasmian
8.45am       : Taklimat Perjalanan
9.00am       : Walk-a-Payung bermula
9.15am       : Pemeriksaan kesihatan percuma
                  : Lawatan pameran
11.30am -
12.30noon  : Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah

xxxxxxx

Setiap penyertaan adalah hanya RM50 dan anda akan mendapat tiket. Tiket membolehkan anda mendapat baju -T Walk-a-Payung, payung Walk-a-Payung dan cenderahati. Walk-a-Payung dilihat akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pesakit dan keluarga, pegawai perubatan, kakitangan kesihatan dan juga orang awam :)


Terbuka kepada semua^^ Jika anda berminat untuk menyertai kami, anda boleh hubungi dayangdeno atau puan rohafiza :)





1 SLE Supporters :):

RIP Johnny

March 23, 2017,6 Comments


Anak kucing deno, kecik lagi. Baru dua bulan kot, jinak sangat, pandai pula tu. Dalam banyak-banyak anak kucing rasa yang ni special. Lain daripada kucing2 yang lain. Tapi umurnya tak panjang... Excident. 

Rest in peace little Johnny ....

6 SLE Supporters :):

Dayangdenologue

Tak Mengapa

March 09, 2017,1 Comments


Perit tak terbayang mata
Tapi tak mengapa
Tuhankan selalu ada
Sentiasa, dan bersama kita


:')




1 SLE Supporters :):

Personal

Untuk Terus Senyum

March 09, 2017,7 Comments


Kadang-kadang... Orang suka membuat andaian, menghukum kita hanya dari mata kasar yang mereka lihat.

Akan tetapi adakah orang tahu apa yang kita lalui setiap hari, apa yang kita buat, apa yang kita hadapi, apa masalah kita, adakah orang tahu? 

Orang tidak akan pernah tahu, kerana bukan semua dapat kita kongsi, bukan semua dapat kita luah. Kita boleh sahaja untuk marah, membentak dengan tekanan yang kita hadapi tetapi.. kita memilih untuk senyum dan diamkan sahaja. Kita boleh memilih yang baik, kan..

Hati ini, hanya Allah sahaja yang tahu macam mana. Apa kita rasa, apa yang kita pendam.. Hanya DIA tahu..

Kita berserah, berdoa, agar Allah berikan kita kekuatan setiap hari. Kita sabar, cuba kuat, cuba apa yang kita mampu.

.... Dan cuba untuk terus senyum 



7 SLE Supporters :):

Ubat

Setiap Hari

February 25, 2017,9 Comments

Setiap hari .....


Bila perhatikan semua ubat yang perlu diambil.. Sejujurnya pernah juga rasa malas, malas nak telan ubat yang banyak tu sebab rasa jemu. Dah 18 tahun dengan ubat.

Tapi mana boleh.. Tak boleh tinggal ubat sebab nanti beri kesan buruk pada kesihatan pula. Deno sendiri kalau tak ambil ubat sehari pun dah macam hantu ju-on gayanya, semua sendi sakit, nak bangun tidur pun satu badan sakit... Jadi, bila rasa malas tu paksa diri. Biasalah kadang-kadang  bila datang stress, mulalah malas, ubat pun malas nak pandang.. Tapi so far, deno okey je, masih bersama 'cekelat' tu setiap hari.. :) Syukur deno baru macam tu, mungkin ada orang lebih banyak lagi ubatnya kan.. 

Hopefully satu hari nanti ubat-ubat akan berkurangan, dan lebih baik lagi tak perlu ubat... Amin :)


9 SLE Supporters :):

Mekah

Semalam

February 25, 2017,1 Comments


Semalam

Aku mimpi lagi

Mimpi aku di sana,

Allah tahu aku rindu

DIA berikan aku mimpi..


:')

1 SLE Supporters :):

positive quotes

I will

February 24, 2017,0 Comments




 In shaa Allah

I will

..........





0 SLE Supporters :):

Personal

She

February 20, 2017,1 Comments



She hurts and she cries

But you can't see the depression in her eyes

Because she just, smiles...




1 SLE Supporters :):

Personal

Do Something

February 20, 2017,1 Comments



Don't do something because you want to be ahead of others.

Don't do something because by doing it, others will compliment you for it.

Don't do something because others aren't, and you simply want to be different.

Don't do something because others told you to.

Do something because you enjoy doing it, you believe it brings value to your life and you just know that it's the right thing to do.



1 SLE Supporters :):

Lapan Tahun

February 19, 2017,4 Comments


Sekejap sahaja masa berlalu..

My baby blog dayangdeno.com sudah berusia 8 tahun!!! Happy bornday dear baby blog! :)

Dayangdeno mula berblog pada Febuari 2010. Mula blog dengan nama dayangdeno.blogspot.com, kemudian upgrade kepada dayangdeno.com. Blog yang menjadi tempat dayangdeno berkongsi tentang SLE/Lupus, art, doodle, cerita, pendapat dan menjadi tempat untuk meluahkan rasa... Bagi deno, kadang-kadang blog juga satu terapi.. Kadang-kadang bila deno tak mampu untuk meluahkan pada sesiapa, my baby bloglah yang setia 'mendengar'.. Banyak kenangan, sejarah Dayang Deno di dalam blog ini. Kawan-kawan yang dah lama folo blog deno tentu dah tahu kisah tahun-tahun yang lalu kan, kisah suka dan duka... :') Terima kasih buat kawan-kawan yang sentiasa support Dayang Deno, yang tak jemu datang ke teratak Dayang Deno ini... Love and hugs! :')

4 SLE Supporters :):

Personal

Setahun Berlalu

February 19, 2017,1 Comments

Setahun sudah berlalu .....


Takkan pernah deno lupa, tarikh ini, waktu ini....

Sebentar tadi, lihat memory di facebook. Facebook memory yang pertama keluar ialah gambar di atas. Sewaktu deno baru sahaja selamat tiba di Jeddah, Saudi Arabia. 

x x x x x x x

Betul kan, semua orang yang pernah ke sana, mereka akan cakap rindu nak pergi sana lagi. Ya betul, rindu. Sana tak perlu susah hati, tak perlu fikir apa-apa masalah, tenang... Lain rasanya bila berada di sana. Sejujurnya, deno tak pernah sangka akan dapat juga mengerjakan umrah. Deno tak terlalu berharap, dengan masalan kesihatan, plus dengan condition yang memerlukan deno melakukan dialysis treatment setiap hari.. Tapi jauh di sudut hati teringin ....

Dulu-dulu, setiap kali tibanya bulan umrah, bulan haji, deno suka menonton tv lihat orang islam dari seluruh dunia di Mekah, buat ibadah, tawaf. Deno tak tidur 2 - 4 pagi untuk lihat orang tawaf, lihat suasana di Mekah bersama abah. Pernah, terdetik, bercakap dalam hati bestnya kalau dapat pergi sana. Setiap kali tengok kat tv, mesti bercakap perkara sama dalam hati. Allah itu Maha Mendengar... Selepas bertahun-tahun impian itu deno simpan dalam hati, Allah berikan hadiah paling bermakna pada deno. Hadiah dapat mengerjakan umrah pada tahun lepas. Rezeki yang yang tak disangka-sangka.. Dialisis pun dapat buat kat sana, semua ubat-ubat harian, berkotak-kotak ubat dialisis dibawa ke sana, surat-surat doctor, rekod kesihatan dan segala urusan juga dipermudahkan. Alhamdulillah :')

Walaupun selepas balik dari Mekah, deno sakit, admitted to hospital, deno gembira, syukur sangat. Di dalam wad pun, masih terkenang waktu di sana. Sehingga hari ini pun, rindu mahu ke sana lagi. Semoga satu hari nanti ada rezeki dapat ke sana lagi, kita semua dapat ke sana... 


Amin Ya rabb..




1 SLE Supporters :):

Ubat

Kenyang

February 17, 2017,6 Comments


Macam biasa..

Bila lihat sahaja slip ubat, dalam hati pasti berbisik

"Nah amik kau dayang, kenyang dengan ubat jelah"

Sebenarnya dari dulu list ubat Dayang Deno penuh satu slip, kadang-kadang tak muat...

Kali ini bertambah sejenis lagi ubat baru dari doctor..

Penuh satu beg ambil dari farmasi hospital semalam

Senyum :)




6 SLE Supporters :):

Hospital

Letih

February 17, 2017,12 Comments

Letih.

Yes letih. Seminggu dua ni yang letih. Letih semacam... Badan lesu, tidur sahaja. Abah mama pun notice Dayang Deno ni nampak letih.. Tidur pun awal sangat.. Makan kurang, letih, badan panas.. 


Result darah last week menunjukkan potassium deno too low. Nurse terus call minta deno ke hospital untuk ambil ubat. Seminggu dua ni ulang alik hospital sahaja.. Blood test pun sama. Bertambah letih rasanya... 'Lepak' kat hospital. Semalam deno jumpa doctor dan doctor beritahu kesannya memang buat badan jadi letih, dan mudah jadi cramp. 

Doctor pun ada tambah ubat. So, makin banyaklah ubat-ubat deno yang sedia banyak tu.. Huhu.. Redha :)

Hmm.. Itu baru letih sebab result darah yang tak berapa 'cantik', belum letih with my daily dialysis treatment tu. Daily dialysis, fuh sabar sahaja lah.. Demam on and off pula dah biasa. Cuma, deno cuba untuk tak layan sangat rasa letih tak sihat tu, coz nanti satu kerja pun tak jadi. Tapi bila dah tak sihat sangat sampai mata pun tak boleh bukak, tak boleh bangun, itu memang kena rest cukup-cukup. Risau juga kena tahan kat hospital kan.. hehe..

Sejujurnya memang setiap hari deno rasa letih dengan sakit ini, tapi cuba yang terbaik, yang termampu untuk jadi normal. Cuba untuk lawan rasa letih tu. Hopefully... Dayang Deno ini akan lebih kuat setiap hari dan juga di masa akan datang..

Inshaa Allah, amin!





12 SLE Supporters :):

Personal

Kawan

February 15, 2017,2 Comments


Kawan.. Jika kamu melihat sahabatmu bergembira dengan kawan baharu, janganlah kamu cemburu dan marah kerna sahabatmu juga punya kehidupan. Mungkin kamu beranggapan dia melupakan kamu sedangkan dia tidak pernah melupakan kamu dan kamu sentiasa ada di dalam doanya.

Kawan.. Jika sahabatmu menegur sikapmu, terimalah dengan terbuka kerna teguran itulah yang ikhlas dari hati seorang sahabat, terguran yang mungkin akan membantumu suatu hari nanti. 

Kawan.. Usahlah kamu berprasangka, kerna sikap itu akan membuat persahabatan kamu tidak akan kekal lama walau dengan sesiapa pun. 

Kawan.. Usahlah cepat marah, usah terlalu mengikut amarah kamu kerna marah itu sebab utama kepada putusnya persahabatan.. 

Kawan... Ingatkah kamu, mengapa kamu bersahabat?



2 SLE Supporters :):

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday : I'll Make It Through

February 14, 2017,2 Comments





..............




2 SLE Supporters :):

Doodle

Emoji Dayang Deno

February 11, 2017,2 Comments

Kes terjebak dengan rakan doodler from Dooldle Malaysia, Kopi Soh^^ Dayang Deno suka sangat lihat emoji Kopi, dan tiba-tiba tangan ni pun laju je buat... Tiba-tiba je siap!


Simple emoji :)





2 SLE Supporters :):

Blog Design

Terkenang Pula

February 11, 2017,1 Comments

Terkenang pula...



Sebelum aktif doodle seperti sekarang, Dayang Deno pernah aktif 'bermain' coding. 3 tahun yang lalu, deno mula belajar sendiri menggunakan coding, banyak search sendiri. Pada masa yang sama, deno melukis coz biasanya client nakkan doodle pada blog masing-masing.

Penat jugalah sebab mengadap coding yang banyak dan kecik tu, penat melukis pun sama. Bila diingat kembali, kadang-kadang rasa rindu juga. Ada juga blog yang masih menggunakan template dari Dayang Deno, terharu sangat rasanya.. Sekarang deno dah tak buat blog design, deno lebih focus kepada doodle art dan design-design yang lain...

Blog design pula hanya tinggal kenangan....






 






















Instagram : @dayangdeno
Art Page : Daynag Deno Art


1 SLE Supporters :):

Art

Tolong

February 10, 2017,2 Comments


Tolong anak saudara... 

Katanya kawan dia nak, dan dia nak jual. Mulanya deno hairan juga macam mana kawan-kawan sekolah tahu makcik dia ni melukis.. Rupa-rupanya kawan dia ada terlihat doodle deno pada handmade pencil case yang deno buatkan pada tahun lepas.. Deno ada doodle gambar dia kat situ.  Boleh tahan ramai kawan dia order, deno tolong doodle sahaja :)


2 SLE Supporters :):

Blogger

Choki

February 10, 2017,2 Comments

After 6 years!! I cannot believe it!


Honestly, Dayang Deno tak pernah terfikir pun akan dapat berjumpa dengan Choki, pemilik blog www.syauqirambles.blogspot.my! Check out his blog okeh :) Sebelum ini kami hanya berhubungan di dunia maya sahaja seperti Blog, Facebok, Twitter dan Instagram. Ya Allah 6 tahun! Selepas 6 tahun dapat bertemu Choki. Plan sekejap sahaja, kebetulan pula deno pun berada di KL.. Mulanya segan juga coz this is my very first time jumpa Encik Choki, tapi bila dah berjumpa lain jadinya coz Choki yang super friendly^^

Kami lunch bersama, banyak juga topic kami bualkan, like our life, interests, friends, family... Dah macam kawan yang lama terpisah kemudian bertemu kembali. Macam tulah gayanya haha!! .. Dan macam biasalah bila dah berjumpa we cannot stop talking, laughing and sharing!



Emm sekejap sahaja masa berlalu kan, tak sangka persahabatan selama 6 tahun di dunia maya dan Allah beri rezeki untuk berjumpa. It was a pleasure to meet you Choki, you really made my day! I'm so happy!  Thank you so much for always supporting me and Lupus Awareness.. Hopefully, panjang umur ada rezeki dapat jumpa lagi ya... Inshaa Allah :)

*Oh ya, good luck on your final year Choki! Ganbate Choki san!! 



2 SLE Supporters :):

Doodle Malaysia

Bertemu Bos Doodle Malaysia

February 10, 2017,0 Comments

Alkisahnya sewaktu Dayang Deno di KL pada bulan Januari baru-baru ini..

Oh ya untuk pengetahuan semua, lama juga Dayang Deno di KL.. Tak silap dalam sebulan macam tulah.. So, dapatlah deno ambil peluang untuk berjumpa rakan-rakan kat sana sebelum pulang ke Terenganu^^

Dayang Deno berjumpa dengan big bos Doodle Malaysia iaitu bos Faz! So, awal-awal dah plan jumpa @ Starbucks, Th Curve. Rare ni... Bukan senang nak jumpa dengan big bos ni tau :)


Haaa bila dah jumpa apa lagi kan, bos kenalah doodle dalam sketch book Dayang Deno! Haha! Sorry bos, bukan selalu jumpa kan... Sebenarnya ini ialah kali kedua kami berjumpa, kali pertama jumpa pada tahun 2015 di Muzium Telekom sewaktu event Doodict.

Segan juga bos lihat artwork Dayang Deno.. Kebetulan waktu bos sampai, deno baru sahaja siap melukis. Selain daripada bos, deno juga bertemu kawan doodler iaitu Zatul dan Suffian! Banyak juga kami bualkan ^^




Macam biasalah, Dayang Deno paling kecik d situ. Hehe.. Alhamdulillah so happy dapat jumpa bersantai bersama kawan-kawan doodler including big bos.. and kepada bos Faz, thank you so much for da button badge! Love it!... And thank you DM family for always supporting me and Lupus Awareness :') 

Hopefully, ada rezeki panjang umur dapat kita semua berjumpa lagi ya.. Inshaa Allah.. Majulah doodle untuk negara! 

Eh  :p



0 SLE Supporters :):

potrait

Potrait Daripada Alifwawya Art

February 10, 2017,0 Comments

Yeay dapat hadiah potrait! :)


Pada bulan lepas Dayang Deno dapat hadiah potrait daripada seorang kawan, juga kawan pelukis. Kawan pelukis otai tau, memang hebat! 

Abang Awi namanya, dia seorang pelukis potrait. Cantik Abang Awi lukis.. Dah banyak lukisan abang Awi buat, biasanya deno akan lihat update daripada abang Awi di facebook. Seronok 'cuci mata' lihat lukisan Abang Awi.. Lukisan nampak "hidup". Hebat sungguh! :) 






Hebat kan? Cantik pula tuu.... Boleh pengsan melihatkan lukisan abang Awi ni, deno pun geram! Abang Awi memang berbakat besar.

Oh ya, Abang Awi ada ambil tempahan lukisan potrait tau. So, kalau korang berminat boleh PM terus kat sini : ALIFWAWYA ART :)



0 SLE Supporters :):