Kawan


Kawan.. Jika kamu melihat sahabatmu bergembira dengan kawan baharu, janganlah kamu cemburu dan marah kerna sahabatmu juga punya kehidupan. Mungkin kamu beranggapan dia melupakan kamu sedangkan dia tidak pernah melupakan kamu dan kamu sentiasa ada di dalam doanya.

Kawan.. Jika sahabatmu menegur sikapmu, terimalah dengan terbuka kerna teguran itulah yang ikhlas dari hati seorang sahabat, terguran yang mungkin akan membantumu suatu hari nanti. 

Kawan.. Usahlah kamu berprasangka, kerna sikap itu akan membuat persahabatan kamu tidak akan kekal lama walau dengan sesiapa pun. 

Kawan.. Usahlah cepat marah, usah terlalu mengikut amarah kamu kerna marah itu sebab utama kepada putusnya persahabatan.. 

Kawan... Ingatkah kamu, mengapa kamu bersahabat?



Previous
Next Post »

2 SLE Supporters :)

Click here for SLE Supporters :)
February 16, 2017 at 10:22 AM ×

Hi Deno.. Lamanya tak blogwalking.. :)

Bila baca entri ni, rasa rindu nak reunion dengan bff masa di usm dlu.. Dah 10 tahun kot habis belajar.. Huhu..

www.erazfadli.com

Balas
avatar
admin
February 17, 2017 at 10:10 AM ×

Deno pun sama eraz.. dah 10 tahun tak bertemu bff zaman belajar dulu.. rindu sangat :')

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment