Setahun Berlalu - Dayang Deno

19.2.17

Setahun Berlalu

Setahun sudah berlalu .....


Takkan pernah deno lupa, tarikh ini, waktu ini....

Sebentar tadi, lihat memory di facebook. Facebook memory yang pertama keluar ialah gambar di atas. Sewaktu deno baru sahaja selamat tiba di Jeddah, Saudi Arabia. 

x x x x x x x

Betul kan, semua orang yang pernah ke sana, mereka akan cakap rindu nak pergi sana lagi. Ya betul, rindu. Sana tak perlu susah hati, tak perlu fikir apa-apa masalah, tenang... Lain rasanya bila berada di sana. Sejujurnya, deno tak pernah sangka akan dapat juga mengerjakan umrah. Deno tak terlalu berharap, dengan masalan kesihatan, plus dengan condition yang memerlukan deno melakukan dialysis treatment setiap hari.. Tapi jauh di sudut hati teringin ....

Dulu-dulu, setiap kali tibanya bulan umrah, bulan haji, deno suka menonton tv lihat orang islam dari seluruh dunia di Mekah, buat ibadah, tawaf. Deno tak tidur 2 - 4 pagi untuk lihat orang tawaf, lihat suasana di Mekah bersama abah. Pernah, terdetik, bercakap dalam hati bestnya kalau dapat pergi sana. Setiap kali tengok kat tv, mesti bercakap perkara sama dalam hati. Allah itu Maha Mendengar... Selepas bertahun-tahun impian itu deno simpan dalam hati, Allah berikan hadiah paling bermakna pada deno. Hadiah dapat mengerjakan umrah pada tahun lepas. Rezeki yang yang tak disangka-sangka.. Dialisis pun dapat buat kat sana, semua ubat-ubat harian, berkotak-kotak ubat dialisis dibawa ke sana, surat-surat doctor, rekod kesihatan dan segala urusan juga dipermudahkan. Alhamdulillah :')

Walaupun selepas balik dari Mekah, deno sakit, admitted to hospital, deno gembira, syukur sangat. Di dalam wad pun, masih terkenang waktu di sana. Sehingga hari ini pun, rindu mahu ke sana lagi. Semoga satu hari nanti ada rezeki dapat ke sana lagi, kita semua dapat ke sana... 


Amin Ya rabb..




1 comment:

  1. Seronok tengok kawan-kawan pergi umrah. Turn akak inshaallah soon...

    ReplyDelete