Komik Dayang Deno

Pilihan

April 07, 2017,9 Comments


Pernah tak .. Kita stress, sedih sangat.. Tapi kita simpan sahaja..
Kadang-kadang, kita sembunyikan rasa stress, sedih kita.. kerana bukan semua masalah kita boleh dikongsi dengan orang. Kita berkongsi, ya ada juga berkongsi tapi bukan semua... Kita memilih untuk pendam, simpan dan kita berdoa pada-Nya.. Berharap semoga nanti semuanya akan baik-baik sahaja ..
Instagram :
@dayangdeno
@thedayunk

9 SLE Supporters :):

Dayangdenologue

Putih

April 06, 2017,2 Comments


8.45pm

Usai solat Ishaq, aku berbual-bual dengan mama.

"Ma.. cuba ma rasa telekung ni, deno suka kain telekung lembut macam ni, selesa. Sekarang ni.. telekung ada macam-macam warna ma, tapi deno suka putih. Tak suka telekung ada warna, suka putih je"

Aku cium telekung pemberian mama ini, telekung yang paling aku sayang.

Mama memandang aku dengan senyuman.

"Adik... Telekung ni, macam-macam warna pun.. nanti kita meninggal kain warna putih juga, kan?"

Aku mengangguk. 

Tersenyum.

Lalu memeluk mama ... :')







2 SLE Supporters :):

Walk-A-Payung

Walk-a-Payung 2017

April 02, 2017,1 Comments

Walk-a-Payung again!


Okeh, terlebih dahulu jom kita kenal-kenal dengan SLE or Lupus ~

Bercerita mengenai Walk-a-Payung.. Sebenarnya dah banyak negara-negara luar yang mengadakan kempen Lupus Awareness. Contohnya di Amerika Syarikat, mereka ada Run for Lupus... Di New York pula, mereka ada Walk for Lupus... tetapi di MALAYSIA kita ada Walk-a-Payung untuk Lupus Awareness^^

Walk-a-Payung (WAP) telah diadakan di beberapa buah negeri iaitu di KL, Selangor, Johor, Sabah dan pada tahun 2014, WAP secara rasminya juga diadakan negeri Terengganu. **Dayangdeno sendiri pernah menyertai WAP di KL dan Johor :) WAP 2017 Edisi Negeri Terengganu kali ini adalah event kali ketiga diadakan di negeri Terengganu. Bila diimbas kembali event-event yang lalu, alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan. Ramai yang menyokong kempen ini dan penyakit SLE/Lupus ini juga makin dikenali ramai.. Alhamdulillah!:)



Okey.. Apakah Walk-a-Payung?

Walk-A-Payung adalah satu aktiviti outdoor yang boleh disertai oleh semua iaitu pesakit, ahli keluarga, pelajar, kanak-kanak dan juga orang awam. Setiap penyertaan akan diberikan sehelai t-shirt Walk-a-Payung, payung Walk-a-Payung dan juga cenderahati. Setiap peserta akan berjalan sejauh 2.5km - 3km dengan menggunakan payung. Aktiviti ini bertujuan menyedarkan masyarakat bahawa pesakit mesti mengelak daripada terkena cahaya matahari untuk mengelak daripada terkena radang pada kulit. Ia juga untuk mengutip dana untuk aktiviti-aktiviti kebajikan bagi pesakit SLE. Selain itu, program ini juga dapat mewujudkan hubungan erat di antara pesakit, orang awam dan juga pakar-pakar perubatan :)

Objektif Walk-a-Payung 
✿ Mewujudkan kesedaran dan pengetahuan kepada orang ramai tentang SLE
✿ Mengumpul ahli keluarga dan masyarakat bagi memberikan sokongan kepada pesakit SLE
✿ Memberikan pendedahan bahawa betapa perlunya pesakit-pesakit SLE menggunakan payung ketika cuaca panas.
✿ Mengumpul dana bagi membantu pesakit-pesakit SLE yang memerlukan bantuan kebajikan
✿ Mendekatkan pesakit dengan keluarga dan pakar perubatan agar mereka lebih bersedia  dengan ancaman dan risiko yang bakal dihadapi oleh pesakit SLE




xxxxxx

Tarikh : 13 Mei 2017
Masa : 7.00pagi - 12.3000tengahari
Tempat : Taman Shahbandar, Kuala Terengganu, Terengganu

xxxxxx

Aturcara Majlis
7.00am       : Pendaftaran peserta
7.30am       : Senamrobik
8.15am       : Majlis Perasmian
8.45am       : Taklimat Perjalanan
9.00am       : Walk-a-Payung bermula
9.15am       : Pemeriksaan kesihatan percuma
                  : Lawatan pameran
11.30am -
12.30noon  : Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah

xxxxxxx

Setiap penyertaan adalah hanya RM50 dan anda akan mendapat tiket. Tiket membolehkan anda mendapat baju -T Walk-a-Payung, payung Walk-a-Payung dan cenderahati. Walk-a-Payung dilihat akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pesakit dan keluarga, pegawai perubatan, kakitangan kesihatan dan juga orang awam :)


Terbuka kepada semua^^ Jika anda berminat untuk menyertai kami, anda boleh hubungi dayangdeno atau puan rohafiza :)





1 SLE Supporters :):