December 2017 - Dayang Deno

20.12.17

Tun Mahathir
December 20, 2017 2 Comments

Tun Mahathir.

The one and only Tun Mahathir Mohamad.

Sooo... Sebenarnya, flowers doodle potrait ni dah lama siap, deno siapkan pada bulan Julai (5 bulan yang lalu). Deno baru berkesempatan update kat  sini.. Masa tu hari ulang tahun Tun, tiba-tiba sahaja datang idea untuk flowers doodle potrait!

Deno doodle khas buat Tun Mahathir sempena hari ulang tahun beliau yang ke 92 tahun pada 10 Julai 2017 yang lalu....

Tun Mahathir, my idol.

Sejak kecil deno kagum dengan Tun.

Impian, semoga suatu hari akan ada rezeki untuk bertemu Tun. Deno ingin serahkan sendiri doodle artwork deno pada Tun... Inshaa Allah :)

x x x x x

Instagram doodle : @dayangdeno
Instagram komik  : @thedayunk
ART page : Dayang Deno Art



Reading Time:

17.12.17

Nineteen Years

15.12.17

Inshaa Allah
December 15, 2017 33 Comments
It's been a while since I lost my left eye vision...

Alhamdulillah... After two month with lots of pain and tears, now i'm getting better, much better :)

I have SLE/ Lupus, apa-apa pun high risk. After 18 years with SLE.. Imagine  one day, you woke up and your vision is dark! That's happened to me..

Then I got bad eye infection sampaikan both eye luka. Bengkak, sakit, pedih, kabur, nak buka mata pun sakit! Sampai satu tahap bila doktor "cuci' mata.. Allahuakhbar rasa seperti ditoreh pisau di dalam mata ini. Tapi deno tahan sahaja, air mata pun  merah mengalirkan darah.

Deno ngeri melihat mata sendiri, seperti dracula pula. Family sahajalah tahu keadaan deno macam mana. Kesiannya my abah and ma, all my lovely sisters yang menjaga adik yang selalu sakit ni....

Deno lama diam, bukanlah tak mahu berkongsi tapi kerana deno tak sihat dan deno tak nampak. Deno hanya berkongsi pada kawan rapat serba sedikit keadaan deno. Sehinggakan pada satu tahap, deno tak dapat buat apa-apa pun kerana tak nampak. Semunya kabur... sedih, terkejut, takut, semua ada tapi cuba untuk kuat dan sabar.

Pada akhir bulan Oktober yang lalu, deno emergency ke Kuala Lumpur untuk bertemu Ophthalmology specialist. Sebulan lebih juga deno di Kuala Lumpur untuk treatment. Doktor cakap dah lama dia tak jumpa kes seperti deno, teruk sangat. Nasib baik juga cepat.

Alhamdulillah dengan izin Allah deno semakin baik walaupun belum pulih sepenuhnya dan sekarang masih continue dengan ubat daripada doktor. Dapat melihat dengan sebelah mata ini pun rasa nikmat sangat.

Doktor cakap memang akan ambil masa untuk pulih sebab deno ada SLE/ Lupus, sistem imun lemah. Takpelah.. Sabar. Sedih, memang sedih. Allah sahajalah tahu rasa hati ini tapi pada masa yang sama rasa syukur sangat sebab masih mampu melihat. Ingatkan diri, ada orang yang ujiannya lebih sukar. Betapa diri ini bertuah, dikelilingi orang yang sayangkan deno.. Besar sungguh nikmat Allah :')

Ceritanya terlalu panjang dengan apa yang deno lalui sepanjang dua bulan ini, deno rasa cukuplah deno kongsikan setakat ini dan sekarang deno sedang recovering... Deno percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup ada sebab, ada hikmah dia. Allah takkan uji kita di luar kemampuan kita kan?

Syukur alhamdulillah adanya abah, ma, kaklong, kakngah, kak obi, kak ana, all family members, doctors, nurses, tak lupa kawan-kawan semua yang sentiasa support dan mendoakan Dayang Norhidayah a.k.a dayangdeno ini.. Terima kasih semuaaa! **muahh nah tangkap flying kiss sorang satu ♡

x x x x x

Semuanya pasti akan baik-baik sahaja nanti ...

InshaaAllah :')



**UPDATE : I'm home!  :)


Reading Time: