Inshaa Allah - Dayang Deno

15.12.17

Inshaa Allah

It's been a while since I lost my left eye vision...

Alhamdulillah. After two month with lots of pain and tears, now i'm getting better, much better :)


I have SLE/ Lupus, apa-apa pun high risk. After 18 years with SLE.. Imagine  one day, you woke up and your vision is dark! That's happened to me.

Then I got bad eye infection sampaikan both eye luka. Bengkak, sakit, pedih, kabur, nak buka mata pun sakit! Sampai satu tahap bila doktor "cuci' mata.. Allahuakhbar rasa seperti ditoreh pisau di dalam mata ini. Tapi deno tahan sahaja, air mata pun  merah mengalirkan darah.

Deno ngeri melihat mata sendiri, seperti dracula pula. Family sahajalah tahu keadaan deno macam mana. Kesiannya my abah and ma, all my lovely sisters yang menjaga adik yang selalu sakit ni.

Deno lama diam, bukanlah tak mahu berkongsi tapi kerana deno tak sihat dan deno tak nampak. Deno hanya berkongsi pada kawan rapat serba sedikit keadaan deno. Sehinggakan pada satu tahap, deno tak dapat buat apa-apa pun kerana tak nampak. Semunya kabur... sedih, terkejut, takut, semua ada tapi cuba untuk kuat dan sabar.

Pada akhir bulan Oktober yang lalu, deno emergency ke Kuala Lumpur untuk bertemu Ophthalmology specialist. Sebulan lebih juga deno di Kuala Lumpur untuk treatment. Doktor cakap dah lama dia tak jumpa kes seperti deno, teruk sangat. Nasib baik juga cepat.

Alhamdulillah dengan izin Allah deno semakin baik walaupun belum pulih sepenuhnya dan sekarang masih continue dengan ubat daripada doktor. Dapat melihat dengan sebelah mata ini pun rasa nikmat sangat.

Doktor cakap memang akan ambil masa untuk pulih sebab deno ada SLE/ Lupus, sistem imun lemah. Takpelah.. Sabar. Sedih, memang sedih. Allah sahajalah tahu rasa hati ini tapi pada masa yang sama rasa syukur sangat sebab masih mampu melihat. Ingatkan diri, ada orang yang ujiannya lebih sukar. Betapa diri ini bertuah, dikelilingi orang yang sayangkan deno.. Besar sungguh nikmat Allah :')

Ceritanya terlalu panjang dengan apa yang deno lalui sepanjang dua bulan ini, deno rasa cukuplah deno kongsikan setakat ini dan sekarang deno sedang recovering. Deno percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup ada sebab, ada hikmah dia. Allah takkan uji kita di luar kemampuan kita kan?

Syukur alhamdulillah adanya abah, ma, kaklong, kakngah, kak obi, kak ana, all family members, doctors, nurses, tak lupa kawan-kawan semua yang sentiasa support dan mendoakan Dayang Norhidayah a.k.a dayangdeno ini.. Terima kasih semuaaa! **muahh nah tangkap flying kiss sorang satu ♡

x x x x x

Semuanya pasti akan baik-baik sahaja nanti ...

InshaaAllah :')



**UPDATE : I'm home!  :)


33 comments:

  1. Allah kirimkan pejuang-pejuang hebat di sekeliling awak dik. Akak doakan awak terus sihat. terus bersemangat. In sha Allah. Syurga itu mahal harganya

    ReplyDelete
  2. Kuatkan semangat Dayang Deno.
    Aturan Allah tak pernah silap dan ada hikmah di sebaliknya.
    Teruskan senyuman dan berkarya. Saya suka doodle doodle dari Dayang Deno. Bakat yang luar biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaa Allah ... Alhamdulillah terima kasih tuan :)

      Delete
  3. wah, beratnya ujian kak deno..moga terus bersabar dan jangan putus asa, ya? #kakdenokuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujian.. Semua manusia ada ujian. Saya percaya ada orang yang lebih sukar ujiannya, syukur.. :) Terima kasih aliya.

      Delete
  4. Semoga Deno diberikan kesembuhan ..
    Dan cheers ya Deno....
    tabahnya Deno ni....

    ReplyDelete
  5. In shaa Allah. Semoga segera sembuh dan kuatkan semangat yer. Rindu dengan lukisan Deno :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn.. terima kasih Salatul Zarida :) Inshaa Allah lepas ni nak kembali aktif melukis!

      Delete
  6. semoga deno cepat sembuh, inshaAllah

    ReplyDelete
  7. Moga rutian Deno dipermudahkanNYA.

    ReplyDelete
  8. Semoga DD terus tabah menghadapi dugaan ini.

    ReplyDelete
  9. saya sentiasa berdoa agar deno kembali pulih..

    ReplyDelete
  10. Semoga deno kuat dan tabah. Kami doakan yg terbaik utk deno.

    ReplyDelete
  11. Allah benar-benar sayang kak deno bila Dia uji. semoga terus sabar, in Shaa Allah semua baik-baik je.

    ReplyDelete
  12. kuatkan semangatmu dik...semoga dipermudahkan semuanya

    ReplyDelete
  13. Semoga Terus tabah n dipermudah kan segalanya

    ReplyDelete
  14. Kuatkan semangat. Allah bersamamu

    ReplyDelete
  15. Kuatkn smngt dik. Stp org ada bhgian dia. Mungkin ini bhgian buat kita ddunia.. Smg bhgia menanti kita dsana... Aamiin.

    ReplyDelete
  16. may Allah ease everything for u strong deno syg..

    ReplyDelete