Doodle

Meet The Artist 2017

January 23, 2017,7 Comments


Dayang Deno telah ditag oleh rakan pelukis Wan Mars. Dan inilah hasilnya doodle yang simple tentang Dayang Deno, and few things dalam backpack dia.

Barang paling penting bagi deno ialah minyak angin dan ubat-ubatan coz deno mudah sangat diserang sakit kepala, in case kan.. So memang kena ada. Ubat pula memang tak boleh tinggal, sentiasa ada di dalam bag. Ehehe :)




7 SLE Supporters :):

Personal

Wajah Baru

January 20, 2017,7 Comments


Blog Dayang Deno berawajah baru!! 

Enam tahun blog deno sama sahaja, tak pernah bertukar wajah. Kali ini, sempena tahun baru ini juga...deno pakaikan "baju" baru buat my baby blog^^

Nasib baik jugalah deno masih ingat cara nak edit, boleh ingat lagi how nak main coding. Rasanya dah setahun lebih tak usik coding selepas deno active dengan doodle art. Alhamdulillah selepas beberapa jam berenang di lautan coding... inilah wajah baru blog deno!

**Psst2, komen sikit ehehe :)


7 SLE Supporters :):

Doodle Art

Dr. Lim

January 12, 2017,3 Comments


Alhamdulillah

Artwork Dayang Deno sudah selamat bersama Dr. Lim Yan Ngo. Dr. Lim, doktor yang lama menjaga dayang di Wad KK1, Institut Pediatrik sejak dayang didignose Lupus pada tahun 1999. Dayang sayang Dr. Lim.. Dr. Lim akan bersara pada bulan Febuari nanti.. Hanya lukisan yang dapat dayang hadiahkan pada Dr. Lim, tanda kasih sayang dayang pada doctr. Apalah nak dibandingkan lukisan dengan jasa doctr pada dayang.. Pernah satu ketika, waktu dayang tenat di icu, jantung ini sudah berhenti berdegup.. tapi Dr. Lim tak putus asa dengan dayang.. Abah cakap, Dr. Lim tetap cuba dengan defibrillator.. Dengan izin Allah, dayang masih di sini.. Terima kasih Dr. Lim a.k.a Mama Lim.. dayang akan sentiasa merindui Dr. Lim ... :')




3 SLE Supporters :):

Personal

18 Tahun

January 12, 2017,5 Comments


18 tahun

Eh bukan.. Bukan usia deno..Tapi apakah 18 tahun? Kenapa tajuk entri kali ini 18 tahun? Apa yang ada dengan 18 tahun?

Pada Disember 2016 yang lalu, genaplah 18 tahun deno bersama SLE atau Lupus. Pembaca blog Dayang Deno tentu dah tahu kan, sejak tahun 2010 lagi deno selalu kongsikan tentang Lupus dan juga pengalaman deno bersama Lupus. Alhamdulillah, masih bernafas di bumi Allah ini bersama Lupus.. 18 tahun, kadang-kadang deno sendiri tak sangka mampu bertahan sehingga hari ini.. Sewaktu mula-mula didignose Lupus, deno diberitahu ada masa hanya 5 tahun... Kuasa Allah... 18 tahun bersama Lupus, terlalu banyak pengalaman, pengalaman yang bagi deno susah untuk dilupakan. Sakit sejak kecil, tidaklah mudah.. Tetapi cuba sedaya mungkin untuk menjadi seperti orang lain walaupun tidak banyak yang deno mampu lakukan.. Deno bercerita, berkongsi, memberi pemahaman pada orang ramai tentang Lupus hanyalah untuk awareness. Supaya orang alert, lebih faham dan tahu ada penyakit kronik di dunia ini yang dipanggil Lupus. Deno berkongsi agar tiada orang yang boleh sesuka hati "menghukum" pesakit2 Lupus.. Lupus, it's invisible. Susah orang nak percaya pesakit Lupus, pengalaman deno dari kecil memang pedih berhadapan dengan orang ramai yang tak faham. Hati.. hati ini kalau orang boleh nampak.. orang akan nampak banyak kesan luka dan parut sebab mulut2 orang yang tak pernah faham, Nampak normal, biasa.. hakikatnya tuhan sahaja yang tahu sakitnya.. Lupus, penyakit yang setakat hari ini belum ada penawar untuk menyembuhkannya... bertahan dengan ubat dan izin Allah SWT..  Ya, sehingga ke hari ini deno masih mengambil ubat-ubatan setiap hari, masih perlu berjumpa doktor dan deno masih melakukan rawatan dialisis setiap hari. Deno dialisis kerana Lupus, Lupus telah menyebabkan kedua-dua kidney deno rosak. Sepanjang 18 tahun, Lupus pernah "attack" kidney, otak, kulit, sendi, jantung dan darah deno. Deno redha....

Genap 18 tahun Dayang Deno dan Lupus.. Alhamdulillah denomasih di sini. Harapan deno masih sama seperti tahun-tahun yang lalu, semoga diri ini akan terus kuat, tabah dan juga sihat..  Inshaa Allah.. :)


5 SLE Supporters :):

Doodle

Luas

January 10, 2017,4 Comments

Rasanya sudah hampir dua tahun dayang deno tak conteng dinding atau lebih tepat melukis pada dinding. Kali terakhir pada tahun 2015.


Bila deno dapat job untuk mural, jarang deno terima. Deno terpaksa let go.. Ikutkan hati mahu, tapi sedar dengan keadaan kesihatan, dialisis pula setiap hari..

Deno perlu teman, abah takkan biarkan deno dengan keadaan diri ini.. 

Kadang-kadang, terasa juga bila dapat peluang... Tapi tak mengapalah, rezeki Allah kan luas.

Kan :)

4 SLE Supporters :):

2017

January 10, 2017,4 Comments

 

2017

Belum terlambat rasanya untuk Dayang Deno
mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 !!


Love and hugs!

4 SLE Supporters :):

Personal

2016

January 09, 2017,3 Comments

Berlalu sudah tahun 2016....

2016. 

Banyak sungguh kenangan, peristiwa-peristiwa yang tak mungkin deno lupakan. Ada yang pahit, ada yang manis, ada juga yang menyedihkan. Itulah kehidupan, kan.

Tahun 2016, bagi deno.. ia tahun yang paling bermakna di dalam kehidupan Dayang Deno, kerana pada tahun 2016 deno dapat rezeki yang tak pernah deno terfikir pun.. tak pernah deno sangka deno akan dapat. Alhamdulillah pada Febuari 2016 deno selamat mengerjakan umrah di tanah suci Mekah bersama keluarga. Memang deno tak sangka dapat jejak kaki di sana, melihat Kaabah depan mata... Dengan keadaan kesihatan deno dan dialisis setiap hari, deno tak terlalu berharap cuma pernah terdetik dalam hati teringin menunaikan umrah.. Rezeki Allah, bila Allah kata jadi maka jadilah.. Sejujurnya, deno pernah rasa sedih.. banyak yang deno tak dapat buat, lihat kawan-kawan travel tanpa ada halangan, tapi deno tak boleh semua tu sebab masalah dan keadaan kesihatan deno. Tetapi Allah Maha Adil, DIA berikan deno dugaan dan ujian, kemudian DIA berikan hadiah yang paling menggembirakan di dunia untuk deno.... Deno dijemput menjadi tetamuNya di tanah suci. Alhamdulillah.. Tak sangka deno boleh buat dialisis di sana, segala urusan di sana juga dipermudahkan. Deno sihat di sana, dapat masuk dua kali ke Raudhah, dapat solat berdekatan makam Rasululullah SAW.. Juga dapat mengerjakan 4 kali umrah.. Deno gembira waktu di sana... Walaupun bila balik Malaysia deno terpaksa dimasukkkan ke hospital sebab sakit, deno syukur.. Alhamdulillah..

x x x x x x

Tahun 2016, juga mengajar deno agar lebih berhati-hati dalam berkawan. deno sudah penat.. bila deno baik dengan kawan.. deno digunakan, dikata bukan-bukan oleh kawan, deno disangka buruk oleh kawan yang dah deno rasa seperti saudara sendiri. Deno sedih, terluka kerana perbuatan kawan. Ada beberapa peristiwa yang buat deno rasa.. cukuplah. Bukanlah tidak memaafkan.. Deno sudah maafkan. Tapi cukup.. Deno sangat sedih bila dituduh bukan2. Hati kalau dah luka.... Luka boleh sembuh tapi parutnya tetap ada.. Deno tahu deno tak sehebat orang di luar sana, tak berkerjaya pula, hanya melukis jadi pendapatan tapi deno juga perlu dihormati dan bukan jadi tempat untuk dihina. Deno sedih, tapi pada masa yang sama deno bersyukur. Bila berlaku peristiwa itu, barulah deno tahu bagaimana sifat sebenar seseorang kawan.. 

x x x x x x

Tahun 2016, bukan semua tahu my lovely abah mengidap cancer. Alhamdulillah sekarang abah stabil, abah sihat. Hasil rawatan pada tahun 2015, abah sekarang okey.. Cuma abah perlu makan ubat macam anak abah ni juga dan abah perlu check up. Kalau sebelum ni, abahlah yang selalu teman anak abah ni ke hospital, sekarang anak abah teman abah ke hospital. Sama2 pergi hospital, sama-sama makan ubat. Apa yang deno kagum dengan abah, abah positif orangnya. Alhamdulillah... sayanggg abah! 

x x x x x x

Tahun 2016 juga, deno menyertai blogger event buat kali ke dua di Hotel Grand Campbell. Kalau diikutkan agak seganlah untuk majlis blogger, tapi mcam biasalah.. deno "belasah" sahaja. Deno dapat bertemu ramai blogger Malaysia, dan paling seronok deno dapat pengalaman, juga dapat ilmu baru di dalam majlis tersebut. Alhamdulillah.. 

x x x x x x

Tahun 2016, tak pernah deno sangka apabila deno dapat bertemu tuan kepada blog buasirotak, juga founder of Buasir Otak The komik!! Beliau ialah Putra Nubhan, lama sudah deno memasang impian untuk bertemu beliau dan akhirnya pada November 2016, rezeki deno... Sungguh bertuah rasanya dapat bertemu beliau dan sangat rare dapat bertemu blogger Nub! Deno juga dapat bertemu dengan rakan pelukis komik, Lee yang telah deno kenal di dalam dunia blog sejak 4 tahun yang lalu :) Selain daripada itu, deno juga dapat bertemu dengan beberapa orang doodler dari Doodle Malaysia, doodler yang sangat osem! Bila diingat kembali kenangan bertemu kawan-kawan pada tahun 2016, kawan-kawan blogger, kawan-kawan dari art team, doodlers... deno rasa syukur, gembira.. Allah pertemukan deno dengan kawan-kawan sebaik mereka.. 
.
.
.
.
.

2016.. terlalu banyak suka dan duka. Setiap perkara berlaku ada hikmahNya... Sama-sama kita berdoa agar tahun 2017 akan menjadi lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya.... Inshaa Allah....





3 SLE Supporters :):