Dayangdenologue

Bila Hati Dah Luka

January 10, 2018,2 Comments


Hidup ini..

Jangan terlalu ikutkan hati dan perasan, ada juga limitnya. Jangan sesuka ikut hati bercakap, jangan sesuka hati sahaja nak buat apa-apa. Jangan terlalu bebas, ada juga perkara yang kita perlu fikir dahulu.. Kadang-kadang sebab kita, ada orang yang terluka, sedih, makan hati, sakit hati. Jangan kita lupa, Allah twentyfourseven dengan kita.. Kadang-kadang Allah tak tunggu lama, Allah "bayar cash" kat dunia ni lagi atas perbuatan tak baik tu pada orang. Kita akan rasa balik perbuatan kita pada orang... Kadang-kadang, perlu juga ambil masa sekejap lihat diri macam mana, menilai diri sendiri,. Muhasabah diri. Tak guna jika hubungan dengan Tuhan sahaja dijaga, tapi hubungan sesama manusia tak jaga. Kena ingat, sesiapa pun kalau hati dah luka... Bukan boleh senang macam tu sahaja, letak ubat terus ok. Hati ni lain, boleh sembuh tapi ianya tetap akan meninggalkan parut.




You Might Also Like

2 comments:

  1. Ya betul tu..hidup ni kena sentiasa berhati2 jgn lukakan perasan org...

    ReplyDelete
  2. Telan walau pahit kerana sayang...

    ReplyDelete