Personal

Selamat Tahun Baru 2018

January 05, 2018,15 Comments

Sekejap sahaja masa berlalu..

Kita telah pun masuk ke tahun baru. Tahun 2018... Syukur kita semua diizin Tuhan bernafas sehingga ke hari ini. Seperti tahun-tahun yang lalu, banyak kenangan, suka dan duka.. Deno pasti semua ada kenangan masing-masing kan? Deno pun sama..


Tahun yang lalu banyak mengajar deno untuk menjadi lebih kuat, lebih sabar. Tak pernah deno sangka akan diuji lagi dengan masalah kesihatan yang baru... **Deno pernah update kat sini >> KLIK

Mula-mula sedih juga, then deno dapat terima.. I have to remember that setiap apa yang kita ada adalah milik Allah. Satu badan kita ni pun milik Allah dan Allah boleh ambil kembali setiap apa yang dikehendakiNya.. Alhamdulillah syukur deno masih boleh melihat walaupun sebelah mata. Itu pun dah rasa nikmat sangat2...! Deno diuji macam ni, tapi mungkin orang lain lebih berat ujiannya. Kita tak tahu..

Syukur Alhamdulillah kesihatan abah juga dah makin baik. Tak ramai tahu my lovely abah mengidap cancer.. Selepas treatment di HUKM, dengan izin Allah kesihatan abah makin pulih cuma abah perlu makan ubat. Samalah macam anak abah ni setiap hari dengan ubat. Rajin-rajin makan ubat abah ya, sayanggg abah!

Alhamdulillah these few years banyak impian deno yang Allah makbulkan.. Allah berikan rezeki. Ada rezeki yang deno sendiri tak pernah terfikir pun, tapi deno dapat! Kadang-kadang impian yang bagi kita susah itulah boleh jadi kenyataan kan :) Ada juga rezeki melalui kawan, sahabat-sahabat deno. Subhanallah! Memang tak sangka..

Deno pun rasa syukur sangat bila Allah berikan nikmat rezeki kawan-kawan yang baik, kawan yang sentiasa ada di samping deno. Alhamdulillah.. Deno percaya, setiap orang yang hadir dalam kehidupan kita ni ada sebab kan?

x x x x z

Tahun 2018.

Tahun ini adalah tahun ke 19 anniversary deno dan SLE/ Lupus. 19 tahun jugalah ulang alik hospital.. Tak sihat, demam, keletihan, joint pain, migraine,  dan macam-macam lagi.. Deno mudah jatuh sakit sebab low immune system, effect from Lupus. (Klik >> SINI << untuk baca mengenai Lupus). Selera makan on and off, badan "sekeping" sampaikan abah pun panggil anak abah ni belalang! Adoiii la abah...^^ Condition deno with SLE Lupus Nephritis Class IV pula memerlukan deno melalui dialysis treatment setiap hari (4 times daily). Tahun ini genap 17 tahun deno with dialysis treatment. Memang penat, letih.. tapi alhamdulillah deno okey :) Syukur Ya Allah ...

Terharu bila ingatkan betapa bertuah diri ini masih di sini, alhamdulillah! Sama-sama kita berdoa semoga tahun baru 2018 ini dan tahun-tahun akan datang akan menjadi lebih baik kepada kita semua.. Amin!


**Selamat Tahun Baru 2018 korang!!



You Might Also Like

15 comments:

  1. Selamat tahun baru! semoga happy selalu ^^

    ReplyDelete
  2. Pisyek support sis!

    Pisyek doakan semoga sis sihat-sihat selalu. Ameen.

    ReplyDelete
  3. lamanya tak singgah blog dayang.. salam tahun baru ye <3 smoga tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya. amin..

    ReplyDelete
  4. i really love ur doodles and followed u here #3854. do visit my new blog ya. may this year be a better year for all of us. keep on fighting

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you!! Ok nanti deno singgah di blog raydah ya

      Delete
  5. Selamat tahun baru Dayang.
    Semoga dirahmati Allah...diberi kesihatan...dan kekuatan menghadapi ujian.
    Allah sayang kamu Dayang. Percayalah yg itu sahaja. Kerana yang lain-lain akan mengekori kepercayaan kuat itu, termasuklah keajaiban.

    ReplyDelete
  6. Happy new year deno ....
    Hugs n kissess for you, semoga sentiasa tabah.

    ReplyDelete
  7. selamat tahun baru 2018!
    moga baik2 aje

    ReplyDelete
  8. happy new year deno...semoga deno diberikan kesihatan yang sihat walafiat dan semoga deno panjang umur dan di murahkan rezeki..amin.

    ReplyDelete
  9. Selamat tahun baru! :)

    lakiterok.com

    ReplyDelete