Personal

18 Tahun

July 21, 2018,5 Comments

21 Julai 2018

Genap 18 tahun deno bersama rawatan CAPD (Peritoneal Dialysis). Deno dialisis kerana SLE/ Lupus. Followers blog deno tentu dah tahu kisah deno dan Lupus kan^^



Deno dialisis since 2001. Teringat pula dulu sewaktu mula-mula nak pasang tiub tu. Semasa di dalam OT, deno senyum je excited nak kena operate sebab doctor cakap, kalau buat dialisis ni boleh balik rumah (masa tu dah berbulan-bulan di hospital sebab Lupus flare). Tapi bila dah sedar dari bius, nangis sebab sakit! Then, tiba-tiba pula ada wayar kat perut (tiub dialisis). Seingat deno... deno baring je sebab tak mampu nak bergerak, sakit. Semua my mom uruskan. Selepas beberapa hari barulah sakit berkurangan. Deno dah boleh training untuk buat dialisis sendiri.. Masa nak training tu pun hepi je sebab tak sabar nak balik rumah. Tapi bila air ubat masuk... Haaa dia punya sakit tuhan jelah tahu, plus rasa tak selesa. Deno akan genggam tangan tahan rasa sakit, tahan rasa tak selesa. Syukur deno cepat faham dan sekejap sahaja dah lulus dialysis training^^ Ingat lagi, hari-hari deno tanya doctor bila boleh balik. Mujurlah deno dapat balik Terengganu sebelum UPSR bermula.. Masa tu deno hanya mampu pergi sekolah 42 hari, selebihnya di hospital dan di rumah sebab sakit. Syukur juga dapat ambil UPSR di sekolah :)

x x x x x

Hari ni betul-betul genap 18 tahun deno dan dialisis. Peritoneal Dialysis ni dibuat 4 kali setiap hari. Kalau dulu rasa sakit, tak selesa, tapi sekarang dah tak rasa apa. Mungkin sebab dah lama, dah biasa.. Ada orang tak percaya deno dialisis setiap hari, tapi inilah hidup deno. Rawatan dialisis ni ibarat nyawa, ke mana deno pergi deno akan bawa semua peralatan dialisis. Kalau tak dialisis satu hari pun bahaya, boleh sesak nafas, boleh ancam nyawa. Paling jauh deno dialisis di Mekah, sewaktu menunaikan umrah pada tahun 2016 :)

Letih? Honestly letih juga.. tapi deno letak tepi "letih" tu sebab rawatan ni dah jadi sebahagian hidup deno. Kena terima dan biasakan diri.. Pernah juga terlalu letih sampai terlewat buat dialisis, lewat sebab deno tertidur. Kadang-kadang dah macam pengsan bila terlalu letih. Tapi letih2 pun tetap kena dialisis. Tak sihat, tak boleh bangun pun still kena buat dialisis ni (kalau deno tak mampu buat, abah atau mama akan tolong). Pendek kata tak boleh tinggal sehari pun! Macam tulah..

Sekejap sungguh masa berlalu kan.. Syukur alhamdulillah, dengan izinNya rezeki tiub tenchkoff untuk dialisis masih baik dan berfungsi dengan baik :) Jika nak difikirkan tentang apa yang akan terjadi in the future memang takut, risau dengan condition diri ni.  Tapi... deno cuba positive dan taknak over thinking. Just go with the flow...  Buat yang terdaya dan termampu. Moga Allah sentiasa berikan hambaNya yang bernama Dayang Norhidayah ini kesihatan, ketabahan dan kekuatan.. Amin! Doakan deno ya? :)





You Might Also Like

5 comments:

  1. Suka dengan semangat yang deno ada. Dari dulu baca story deno. Keep fighting!

    ReplyDelete
  2. Salam. Terjumpa blog ni masa tengah cari solusi nak 'hilangkan lebam cucuk jarum'. Subhanallah. Semoga dipermudahkan segala urusan Sis. Izinkan saya tanya (Maaf jika pernah share sebab tak sempat nak baca semua post), Sis pernah cuba rawatan alternatif untuk Lupus? Jika pernah, rawatan yang bagaimana? Terima kasih. 🌸

    ReplyDelete
  3. Allahu dah 18 tahun lamanya.
    Kagum dengan semangat DD

    ReplyDelete