Walk-a-Payung 2019 - Dayang Deno

11.7.19

Walk-a-Payung 2019

Sebelum bercerita lebih lanjut mengenai Walk-a-Payung, jom kita kenali penyakit SLE (Systemic Lupus Erythematosus) atau Lupus :
Sebenarnya, banyak kempen yang telah diadakan di negara kita dan juga di negara-negara luar untuk menyedarkan orang ramai tentang penyakit Lupus. Contohnya di Amerika Syarikat, mereka ada Run For Lupus.. Di New York pula, mereka ada Walk For Lupus.. dan di MALAYSIA kita ada Walk-a-Payung untuk Lupus Awareness.
Walk-a-Payung (WAP) telah diadakan di beberapa buat negeri iaitu Selangor, Johor, Sabah dan pada tahun 2014, WAP secara rasminya juga diadakan di negeri Terengganu. Jika diimbas kembali kempen pada tahun-tahun yang lalu, sambutan sangat positive! Ramai yang menyokong kempen ini dan penyakit SLE/ Lupus semakin dikenali ramai, alhamdulillah:)
Apakah Walk-a-Payung?
Walk-a-Payung adalah satu aktiviti outdoor yang boleh disertai oleh semua iaitu pesakit, ahli keluarga, pelajar, kanak-kanak dan orang awam. Setiap penyertaan akan diberikan t-shirt Walk-a-Payung, payung Walk-a-Payung dan juga cenderahati. Setiap peserta akan berjalan sejauh 2.5km - 3km dengan menggunakan payung. Aktiviti ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat bahawa pesakit mesti mengelak daripada terkena cahaya matahari untuk mengelak daripada terkena radang kulit. Ia juga untuk mengutip dana untuk aktiviti-aktiviti kebajikan bagi pesakit. Selain itu, program ini juga dapat mewujudkan hubungan erat antara pesakit, orang awam dan pakar-pakar perubatan.
Objektif Walk-a-Payung:
* Mewujudkan kesedaran dan pengetahuan kepada orang ramai tentang SLE
* Mengumpul ahli keluarga dan masyarakat bagi memberikan sokongan kepada pesakit SLE
* Memberikan pendedahan bahawa perlunya pesakit SLE mengenakan payung ketika cuaca panas
* Mengumpul dana bagi pesakit-pesakit SLE yang memerlukan bantuan kebajikan
Tarikh : 20 Julai 2019 (Sabtu)
Masa :7.30am - 11.30am
Tempat : Taman Rekreasi Batu Burok, Terengganu
Penyertaan terbuka untuk semua^^ Setiap penyertaan adalah hanya RM50 dan anda akan mendapat tiket. Tiket membolehkan anda mendapat baju-T Walk-a-Payung, payung Walk-a-Payung dan juga cenderahati. Pelbagai aktiviti sampingan juga diadakan untuk memeriahkan lagi program nanti. Walk-a-Payung dilihat akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pesakit, keluarga, pegawai perubatan, kakitangan kesihatan dan juga orang awam :)
HUBUNGI :
Pn Fiza : 0179207378
Cik Ayu : 0145036072
SN Nik : 0169211319

Anjuran :
Persatuan SLE Malaysia
Kumpulan Sokongan Terengganu


6 comments:

  1. hi dear...lama tak jengah sini. sempga event ni berjalan dgn lancar..in sya Allah.

    ReplyDelete
  2. Selama ni tak tahu pun kewujudan sakit lupus. Lepas baca baru tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih ramai yang tak tahu tentang Lupus.. Sama-sama kita sebarkan kesedaran tentang penyakit Lupus yang boleh mengancam nyawa..

      Delete
  3. Lupus ni sejenis penyakit ye? Time sekolah dulu pernah dengar lupus contohnya perlupusan sampah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupus atau SLE (Systemic Lupus Erythematosus) ini sejenis penyakit kronik dan masih ramai tak tahu.. sama-samalah bantu kami untuk Lupus Awareness.

      Delete