Dayang Deno: APD
Showing posts with label APD. Show all posts
Showing posts with label APD. Show all posts

26.9.15

Rindu
September 26, 20151 Comments

Tadi deno lihat-lihat gambar lama. Terjumpa pula gambar kat atas ni, gambar mesin APD.

Gambar kat atas ni semasa deno admitted dua bulan di hospital. Masa tu heart problem sebab SLE and setiap hari dialisis dengan mesin ni. 

Alahai rindunya my APD machine tu. Sebenarnya guna mesin senang sikit, dalisis ni sekali sehari, tak macam sekarang ni 4 kali setiap hari. Dulu deno pernah pakai mesin ni, mesin ni banyak berjasa pada deno. Pergi mana-mana mesti bawa mesin. Tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, deno terpaksa kembali kepada dialisis CAPD. Huuu penat tau 4 kali setiap hari. Tapi takpelah...

Redha :')


**deno dialisis kerna SLE 

Reading Time:

3.7.12

Bye Bye My Sweetheart
July 03, 2012 13 Comments
Sedih rasanya

dah banyak awak berjasa pada saya
sejak tahun 2006 lagi.... sekarang saya terpaksa lepaskan awak
saya masih lagi sayangkan awak.. tetapi.. 
apakan daya, saya tak mampu lagi..
tak mengapa.....
satu hari saya akan ambil awak kembali..

bye bye my sweetheart
you have done a lot to me
one day we will meet again...

my APD machine
sweetheart deno baru saja diambil 6pm tadi



p/s: deno guna mesin ni sejak 2006 hingga akhir 2011, tapi atas sebab itu.. deno kembali kepada dialisis manual iaitu CAPD.. banyak jasa mesin ni.. terpaksa lepaskan....





Reading Time:

29.1.12

Menyusahkan
January 29, 2012 3 Comments
It's already midnight

tapi deno still tak dapat tidur sebab badan tak selesa
batuk teruk.. ubat dah habis but still macam tu juga
memang selalu macam nie bila sakit, mesti lambat nak sembuh.. but
i'm refuse to hospital

sebenarnya deno juga tak dapat tidur coz risau..
risau dan kesian kat ma abah

its all about mesin dialisis...
sewanya sangat mahal sekarang.. hmm...

ma abah..
sebenarnya deno tak kisah kalau kena buat capd..
its ok tak guna mesin... deno boleh buat capd empat kali sehari...
penat pun takpe.. kesian lagi kat ma abah
ma abah tak tidur fikirkan tentang mesin apd nie..




deno rasa bersalah ~





....p/s : saya meyusahkan
Reading Time:

4.1.12

Wordless Wednesday

11.10.11

Ma Tolong Buat CCPD
October 11, 2011 3 Comments
            Malam nie badan tetiba panas... dah tahu itu tanda nak demam balik... memang ramai orang yang demam... ramai jugak kawan2 yang ada sle macam deno tak sihat... baru je tahu kat mukabuku ada kawan yang masuk hospital coz demam panas... last week deno yang masuk hospital... nasib baik 8 hari je.

Hmm cuaca yang tak menentu di Terengganu betul2 buat badan rasa tak sihat. Kejap panas kejap hujan.. kejap mendung pastu hujan lebat, ribut, pastu panas balik. Yang tak tahan kalo panas rasa nak terbakar kulit kalau tak guna payung..

Deno baru je siap buat CCPD (dialisis).. malam nie ma tolong buatkan Deno tak larat, tetiba badan jadi nak demam... jap lagi nak makan penadol, bimabang pula melarat sampai pagi esok... Esok pagi deno ke hospital coz kena buat blood test, next week ada "date" dengan doctr. Harap2 esok senang la dapat urat nak kena amik darah!


~ Psst2, malas btol la kalau nak kena cucuk nie... :p


Reading Time:

27.8.11

Terlewat
August 27, 2011 8 Comments
Jam menunjukkan 2 pagi. Mata belum mengantuk coz tengah semangat buat kerj. Orang lain sibuk buat persiapan raya deno sibuk buat tugasan dari lecturer. Esok awal pagi da janji dengan Nad nak buat tugasan sama-sama. Tapi agaknya mesti deno terlewat coz baru je buat dialisis ni  Mesti habis lewat esok pagi.


baru dwell 1 of 7.
biasanya masa ni dah dwell 3 of 7 
hari ni lewat pulak buat dialisis, lewat la habis pagi esok ni
semua sekali 7 cycle
pagi esok bila habis je mesti ada tulis :
"end of therapy"

tengok tu.... berserabut wayar...
wayar yang paling panjang bersambung kat tiub deno


Abah biasanya kalau deno belum buat dialisis abah akan tunggu coz takde orang nak angkat air solution yang berat tu... Kalau deno angkat sendiri mesti kena marah huhu.. Thanks abah! 

~ Psst2, terlewat pulak hari ni!  



Reading Time:

10.11.10

AUTOMATED Peritoneal Dialysis Machine
November 10, 2010 25 Comments


Automated Peritoneal Dialysis machine

apa tu???
itu adalah mesin dialisis deno
deno buat dialisis setiap hari
 sekarang deno kenalkan mesin APD

Image result for automated PD
 ni dia mesin yang deno guna kat umah

ini pula beg2 air dialisis yang akan digunakan
deno guna 4 bag air ubat ni setiap hari

ini pula wayar akan dasambung ke mesin dan tiub deno
wayar ni blum digunakan,,,, nak buat nanti baru bukak

biasanya deno macam nie la hari2 sebelum pegi kelas.


APD ni dibuat setiap hari bermula pada waktu malam selama 8 jam.
Awal pagi baru selesai :)




new update : deno dah stop guna mesin, sekarang buat dialisis CAPD



Reading Time: