Showing posts with label Abu Dhabi. Show all posts

Umrah Bersama Keluarga Part1

Alhamdulillah.. Ahamdulillah.. Tiada kata yang dapat diucapkan selain syukur pada Allah bila abah bagitau nak bawa anak bongsu abah ni menunaikan umrah... dan bila confirm deno dapat pergi, doktor pun beri greenlight, lega sangat... Allah, happy sangat! Syukur, Alhamdulillah :)

Dugaan juga sebelum bertolak ke sana.. Sebagai seorang pesakit SLE/ Lupus dan deno juga melakukan dialisis setiap hari, surat doktor sangatlah diperlukan.. Tak silap banyak juga surat yang diperlukan.. Bukan sahaja surat pengesahan sakit, surat2 untuk pelepasan air ubat dialisis yang berkotak-kotak tu, then air ubat dialisis yang perlu dibawa dalam cabin lagi.. Biasanya flight tak boleh bawa cecair lebih 500ml kan, macam deno perlu bawa 4000ml cecair ubat dialisis, dan 50ml cecair anti kuman... Sebabnya deno perlu buat dialisis di Abu Dhabi Airport waktu transit. Semua tu perlu surat, memang rumitlah sikit. Seingat deno banyak kali jugalah surat terpaksa diedit, kesian doktor.. dan berkali-kali jugalah abah pos surat ke  Kuala Lumpur.. Kes deno melibatkan semua abanglong, kaklong, doktor2, my mom, abah..... Terima kasih semua susah payah untuk dayangdeno...

Perkara ni tak boleh dibuat main-main, coz kalau surat tak complete.. deno takkan dibenarkan naik flight bersama family nanti. Tapi alhamdulillah last minute sehari sebelum bertolak, semuanya selesai :) Deno menunaikan umrah bersama abah, mama, kaklong, abanglong serta dua anak buah deno, Sarah dan Amir Amsyar. Total kami 7 sekeluarga... Dua hari sebelum bertolak, ma, abah dan deno KL dulu.. Bawa air ubat dialisis dari Terengganu. Memang betul-betul checklist supaya ubat-ubatan deno, barang-barang dialisis tak tertinggal.. Bekalan panadol ubat2 lain pun bawa, in case kan.. Passport visa semua dah settle awal2.. Excited, terharu pun ada, coz tak pernah deno sangka akan dapat menunaikan umrah dalam masa terdekat ni.. Alhamdulillah..... Siblings pun semua ada waktu nak bertolak ke Abu Dhabi^^ Sedih juga nak bye2 kat kakak2 yang tak pergi.. Inshaa Allah, satu hari nanti rezeki kakngah, kak obi dan kakna pula :')

semua 8 kotak air ubat dialisis kena wrap .. total berat kotak ubat sahaja 103.5kg

ETIHAD Airlines

Deno dan family bertolak ke Abu Dhabi pada 18hb Febuari 2016, 7.20 pm :') Family deno naik ETIHAD Airlines... Hanya deno dan keluarga, kami sekeluarga tak ambil pakej sebab keadaan dayangdeno ni la... Sakit tak tentu masa, bersama air ubat dialisis yang banyak,  perlu dialisis empat kali setiap hari pula...

Sebenarnya sebelum bertolak ke sana, seminggu deno demam panas.. tapi kuasa Allah bila tiba hari nak bertolak, terus pulih demam.. Alhamdulillah :)



budak-budak ni sepatutnya duk depan.. nak jugak ngan cikcu dia hihii



Services from ETIHAD Airlines memang terbaik! Staf yang super friendly, tak lupa stewardess Sis Maria.. Dia selalu jenguk2 deno. Dia memang ditugaskan tengok-tengokkan deno dalam flight... Awal-awal dia dah dimaklumkan deno passenger yang sakit.. Kejap2 dia datang bertanya khabar deno.. Thank you sis Maria^^ Makanan dalam ETIHAD juga boleh tahan... :) Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Abu Dhabi mengambil masa 6 jam 30 minit, hampir 7jam macam tulah.. Alhamdulillah deno okey sepanjang perjalanan, family pun sama. Kami selamat tiba di Abu Dhabi Airport awal pagi waktu sana.

Setibanya di Abu Dhabi Airport, cepat2 deno dan kaklong bersama beg yang dah sekali dengan air ubat.. cari airport clinic coz deno nak buat dialisis. Maklum sahajalah dialysis treatment deno kan setiap hari heeee^^ Pusing2 juga... Akhirnya jumpa, alhamdulillah. Cepat-cepat buat dialisis, paramedic pun hairan apa la dialysis deno ni.. May be kat sana tak ramai yang buat dialysis jenis ni kan, anyway thanks kat paramedic yang berikan dayangdeno tempat untuk dialisis^^ Dah settle dialysis, barulah boleh rest. Kami transit di Abu Dhabi selama 4 jam.. Apa yang deno suka kat Abu Dhabi Airport ni kan, masuk je dalam airport dapat wifi free, laju pula tu.. Dapatlah contact family kat KL ^_^

Selfie wefie sementara tunggu flight ke Jeddah :)

mengantuk tapi masih boleh senyum lebar

budak kecik dah jetlag.. cian tido je dia kat airport


Bersambung .......