Showing posts with label Angin Kencang. Show all posts

Angin Kencang Laut Bergelora Berterusan Sehingga Isnin

Angin kencang dan laut bergelora tahap kategori ketiga yang melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, kawasan pedalaman Pantai Barat dan Kudat di Sabah, Labuan dan Sarawak dijangka berterusan sehingga Isnin depan. 

-gambar hiasan-

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kilometer sejam (km/jam) dan ombak melebihi 5.5 meter itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk perkhidmatan feri.
Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua yang melanda perairan Sandakan di Sabah juga akan berterusan sehingga Isnin depan dengan keadaan angin kencang yang bertiup antara 50 hingga 60 km/jam serta ombak setinggi 4.5m. 
Keadaan juga juga ]bahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut. Angin kencang dan laut bergelora tahap kategori pertama juga akan berterusan sehingga Isnin di kawasan perairan Tawau, Semporna dan Lahad Datu di Sabah dengan kelajuan angin 40 dan 50 km/jam serta ombak mencapai ketinggian 3.5m.
Sumber

...............................................................................................


#musim-musim hujan sekarang perlu jauhi pantai.. sangat-sangat bahaya lebih-lebih lagi dengan angin kencang.... biasanya deno takkan ke pantai kalau musim hujan, memang abah larang sangat-sangat

p/s : macam mana keadaan ganu  kita ya... dah 2 minggu deno tak balik.. huhu