Showing posts with label April Fool. Show all posts

April Fool




Bila datang je bulan april mesti ramai orang yang mengenakan kawan-kawan... kadang-kadang melampau-lampau bergurau sampai tak kena tempat... kalau tak mengenakan orang tak sah! 


Deno pun pernah terkena dek kawan! Masa tu deno form2 tak silap.. memang geram! ada ke patut kawan deno bagi makan biskut berkrimkan ubat gigi! mati-mati deno ingat biskut krim betul la... alih2 dia buang krim, dia ganti ubat gigi...

masa ambil biskut tu, takde syak apa-apa pun... memang tak perasan sebab memang elok je biskut tuh..  bila deno gigit je  biskut terasa pedas berangin.. time tu jugak diaorang bersorak! memang hampeh!

lepas tu memang deno tak percaya dah kawan deno tuh kalau dia bagi apa-apa.. korang pernah tak terkena dek kawan-kawan?



p/s: tak perlu la april fool ni.....