Showing posts with label Asid. Show all posts

Tak cukup tak cukup!

            Apa yang tak cukup nie...? Ha... Sebenarnya tadi masa duk belek-belek surat khabar terbaca kisah seorang pemuda yang disimbah asid oleh orang yang tidak dikenali.. Seluruh muka pemuda tersebut cedera parah dan tangan dia pun tercedera... Kesian sangat kat pemuda tu....


Kalau nak tahu cerita lanjut boleh tekan SINI. Deno baca kan.. si pesalah boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda RM1000. Bagi deno, itu tak cukup! Memang tak cukup hukuman tu! Cuba  bayangkan azab dan penderitaan mangsa yang kena asid tu. Macam-macam yang dia terpaksa hadapi.. Sakit akibat asid tu.. Tekanan perasaan.. cuba bayangkan kalau muka kita elok2 sempurna jadi cacat dan kecacatan tu kekal sampai bila2... Tentu memberi impak emosi yang teruk pada mangsa...

Kalau deno la kan.. hukuman yang deno nak bagi ialah kita simbah balik asid tu kat muka dia! Kejam sangat! Geram betul deno! Kalau setakat penjara dan denda, lepas tu si pesalah tu boleh bebas gembira balik. Sedangkan dia buat orang merana sampai mati.....

Deno doakan mangsa, Mohd Rafi Abdul Latiff cepat sembuh dan sabar dalam menjalani dugaan tuhan.. Deno percaya satu hari si pesalah akan dibalas perbuatan jahatnya oleh Allah swt..

~ Psst2, sama2 doakan mangsa...