Showing posts with label BP Set Mercury. Show all posts

Cara Menggunakan BP Set Mercury

Apakah BP Set Mercury?

BP Set Mercury ialah alat untuk memeriksa tekanan darah.. Sejak deno buat CAPD, BP deno agak tinggi, jadi abah beli BP Set Mercury ni pada tahun 2001 :) Sebenarnya better guna yang ni sebab kita boleh dengar sendiri dan ianya lebih tepat! 

Cara nak guna?

1. Letak stetoskop pada telinga

2. Pasangkan kain pendakap pada lengan *bahagian atas

3. Rasa nadi di tempat lipatan lengan dengan mengunnakan jari telunjuk dan jari hantu .. bila dah rasa nadi, letak hujung stetoskop pada tempat yang kita dah rasa nadi tu..

4. Lihat pada mercury sambil pam bebola angin.. pam sehingga merkuri tu sampai ke 160 atau ke 180

5. Longggarkan skru pemutar yang keluarkan angin dengan perlahan-lahan sambil lihat pada mercury dan dengar bunyi "dup" *dengar melalui stetoskop di terlinga

6. Semasa mercury turun perlahan-lahan tu....
    *perhatian - bunyi "dup" yang pertama ialah tekanan darah yang atas
                     - bunyi "dup" yang terkahir ialah tekanan darah yang bawah..

contoh :~ kalau korang dengar bunyi "dup" pertama pada nombor 120.. kemudian bunyi dup dup dup dan "dup" yang terakhir berbunyi pada nombor 80.. maksudnya blood pressure korang 120/80.. normal la tu :)


p/s: deno guna yang manual sebab ianya lebih tepat :)