Showing posts with label Bermain Doh. Show all posts

Doh

Selamat  petang semua :)

Hari ini bersama adam khaleef lagi! pengasuh biasa adam bercuti, jadi adam tinggal bersama cikcu, nena dan tok abah dia la... hihik.. macam biasa kalau dengan deno mesti nak ajak main.. ye la kan, adam belum ada adik.. jadi deno la jadi teman bermain dia... :)

hari ni adam main doh ngan deno.. apa nama dah lupa.. zaman deno kecik-kecik dan sekolah rendah dulu selalu jugak main doh ni.. yang lagi elok jenama Play-Doh tu, yang ni biasa je.. tapi sangat seronok buat bentuk-betuk! tiba-tiba rindu zaman sekolah pulak... huhu

doh sepuluh warna.. kecik je..

bukan main seronok adam.. suka sangat penyek-penyek doh ni.. yang dia pandai buat bentuk bulat dan buat ulat.. yang bulat katanya buat bumi dan planet...

adam punya

bila adam main, deno punya la excited main jugak! hahaha... macam kanak-kanak pulak! maklum la, dah lama tak jumpa doh ni... fikir punya fikir nak buat apa... then terhasil la kartun ni..

katun dari doh.. hihik



p/s: korang pernah tak main ni?