Showing posts with label Bestfriend. Show all posts

Us

This is us   *deno and ayucandy

Dah lama tak lukis deno dan bff
Rindu sangat2 ayucandy...  
Deno tahu ayu busy dengan kerja

Ayu, saya doakan segalanya dipermudahkan buat awak :)



She's My bestfriend



She is ....
AYU CANDY :')


Kekuatan Persahabatan


Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis susah dicari..
Insyaallah.. kita bersahabat till jannah **awak

Sahabat... 
untuk selamanya.. 
kau dan aku.. sahabat...
untuk selamanya.. 
untuk selamanya.... 


p/s: 10 tahun kami terpisah, tapi terasa dekat sebab kekuatan persahabatan kami :')


Wordless Wednesday : Bestfriends



p/s: dear bestfriend, thanks for coming into my life :')


I Wish You Were Here

Every year family deno buat "open house" pada raya ketiga. Tahun ni yang tak sangka my bestfriend since 2005 di SMKSS ada datang.. Rinduuu!! Happy plus terharu sangat-sangat! Bila diaorang datang mula la teringat BFF sorang lagi ni--->> ayucandy 

Tadi dalam banyak2 gambar deno suka yang candid ni.. Tak ready lagi sebenarnya tapi kak hanna dah snap! Deno tegak je,  dah macam nak nyanyi lagu negaraku pulak! Hihihi :p

madi : dayangdeno : lina 

Bila dengan kawan2 as usual deno paling kecik kat situ.. Untung gak kecik2 macam ni sebab still dapat duit raya dari mak2 sedara.. hehehe...^^ Tiba-tiba deno terbayang BFF sorang lagi, sweet AyuCandy ada kat dalam gambar ni, cukup kami 4 orang macam dulu-dulu .... :')

I wish you were here AyuCandy ~


p/s: hari paling penat sebab tetamu luar biasa ramainya tahun ni.. fuu ~

Alhamdulillah Selamat Bergelar Isteri

Alhamdulillah...
Selamat bergelar isteri dah ..... bff deno sejak sekolah rendah ni... :')

Dayang Deno dan Yuliana

Kami bersahabat sejak sekolah rendah **mula kenal tahun tahun 1997... Namanya Yuliana dan dulunya dia juga seorang blogger tapi blognya dah tak aktif... Yuliana sama macam bff Ayucandy, sahabat yang betul-betul kita boleh panggil sahabat! Makin cantik Yulie sekarang... Auwwww

Walaupun balik dari majlis tengahari tadi deno kena migrain teruk, tapi puas sangat dapat jumpa Yulie selepas setahun lebih tak jumpa .. Sekarang dah ok sikit, harap esok hilang terus^^


p/s: alahai keciknya saya sebelah awak, Yulie.. huhu ~



Hey Bestfriend!

Well..... Macam biasa bila rindu, deno akan lukis dia dan deno bersama :)

she + me

Hey bestfriend! I miss you darling! 

You will always be MY BESTFRIEND for now, tomorrow and forever ... :') 
*hugs*



p/s: doodle ketiga kita, nanti saya bagi kat awak ya ^_^


Akhirnya Kami Bertemu

Selepas AyuCandy, bf deno di SMKSS termasuk juga Lina. Dah lama kami plan nak jumpa tapi asyik tertangguh sebab masing-masing ada hal. 

Tadi deno sms lina, dia pun free.. Apa lagi, dari Damansara terus ke Cheras jam 9malam tadi... OMG! Akhirnya kami bertemu setelah beberapa tahun tak jumpa!!!! ^_^

deno and lina

Banyak yang kami bualkan. Kan best kalau AyuCandy, Leen dan Madie ada sekali dengan kami, barulah lengkap besties zaman sekolah menengah :) Tapi itu la kan, masing-masing dah kerja dan ada komitmen. Ohhhh rindunya kenangan kami dulu di SMK Sultan Sulaiman!!! :')


p/s: oh ayu.. bila agaknya kita dapat jumpa ya awak ... i miss you so much! :')


Bebola Lembu Menyatukan Kami

Ayat Bad la ni ~


Ahaks! Sebenarnya IKEA meatball tuuu... Ini idea si Bad la ni, macam-macam! Hahaha.. Bad ni memang, memang nak kena.. Ayat entah apa-apa, geget baru tahu! Jangan mara ya Bad, nanti jadi "angrybad " kang.. hahaha :p

Ok, al-kisahnya deno hangout dengan bf di UiTM ~ Fatin, Kak azi dan Bad. Meroyan kejap, tak sangka pula dapat jumpa, sebenarnya deno tak expect dapat jumpa sebab kak azi kerja.. Tiba-tiba kak azi call nak jumpa kat IKEA, dia cuti rupanya! Apa lagi, dengan excited bersiap cepat. Sekejap je sampai sebab deno stay kat Damansara :)

fatin, bad and kak azi



Deno banyak gelak daripada makan sebab ketawa dengan diaorang ni. Geram tau suka diaorang suka buat lawak... Apa yang penting?  *bahagia* kan Bad kan :p

Diaorang ni kawan yang banyak support dan menolong dayang di UiTM.. Mereka baik sangat-sangat! Sekarang Bad berkerja sebagai salah seorangproducer di Astro, Kak Azi kerja di Maybank dan Fatin sambung belajar lebih tinggi iaitu ACCA! OMG! Tercapai juga impian fatin nak buat ACCA :)

Semoga persahabatan kita kekal selamanya walaupun kita jarang dapat jumpa.. ^^ 


p/s: till we meet again bestie :)


Dia Cantik



my bestfriend : ayucandy

cantik kan dia? sahabat deno sejak sekolah..
sentiasa di sisi deno saat deno memerlukan.. sentiasa memahami deno
 dia, sahabat dunia akhirat deno :')


p/s: 7tahun tak jumpa.. rindu!! 


Tahniah Awak!

sori, gambar blur sebab tepon cap ayam pencen :p

Dapat kad kahwin daripada bestfrind deno sejak form1..  Dialah Adzian yang di dalam cerpen Kenangan Itu ^^

Adzian ini orang yang pertama tegur deno masa mula-mula deno naik form1. Kami  masih bersahabat seperti dulu... alhamdulillah :)



p/s: tahniah awak! :')



Who Are You? Are We FriendS? ^_^


Just for you my sweet candy girl.... 
sorry... i'm late... heeeeeeee :)



1. Who are you?
A small girl

2. Are we friends?
Yup! Kita kawan sampai mati!

3.When and how did we meet?
Tahun 2006 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman

4. Have you ever had any feeling about me good/bad?
Good! 

5. Describe me in one word
Sweeeeeeeet

6. What was your first impression?
Mula2 jumpa dah suka coz awak suka senyum!!

7. Do you still think that way about me now?
Yup!!

8. Give me a nickname and why you picked it?
Sweet. Saya suka sangat bila lihat awak senyum.... Bila saya sedih dan tengok gambar awak...
sedih saya boleh hilang........:)

9. Whats remind you of me?
Candy and kitty!!

10. If you could give me anything what would it be?
Saya nak bagi jet supaya awak boleh terbang datang terengganu dan kita boleh jumpa... Rindu sangat kat awak!

11. How well do you know me?
>Kita sama2 anak bongsu dalam adik-beradik
>Kita sama2 lahir dalam bulan lima
>Kita sama2 minat art
kan???

12. When's the last time you saw me?
Masa hari terakhir peperiksaan SPM..... 
Sedih tak dapat jumpa awak masa amik result.... :(

13. Ever wanted to tell me something but couldn't?
Yup! Tapi kat sini tak boleh..... Soriii... :)

14. Are you going to post this in your blog and see what i say about you?
Yup!

15. What is my best attribute?
Awak baik hati, peramah dan seorang yang memahami.
Sebab itu saya sayang awak sampai mati.



Hepi Besday

         19 Mei 2011

Selamat Hari Lahir!!

Hari ini ialah hari lahir teman rapat deno! Deno doakan ayu sentiasa sihat, murah rezeki, panjang umur dan berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.. Semoga ayu juga dirahmati Allah swt.. Amin! 

Ayu..
Saya Sayang Awak!


Nama penuh dia Ayu Nurhaslina binti Ayob. Deno panggil ayu.. Orangnnya comel, manis, pandai dan sangat baik hati. Ayu nie orangnya sweeeetttt sangat. Deno tak pernah jumpa kawan yang sebaik ayu dalam hidup deno. Deno mula-mula kenal ayu pada tahun 2005, masa tu form 4. Ayu baru sahaja berpindah ke sekolah deno. Sekolah deno ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman.

Ayu sahabat yang baik dan memahami deno, sampai sekarang ayu tak pernah berhenti beri semangat kat deno.. Walaupun deno terpisah dengan ayu, hubungan kami tak pernah putus. Sudah 5 tahun kami tak berjumpa, deno rindu sangat kat ayu! Deno harap satu hari nanti deno akan bertemu juga dengan ayu... my sweet candy girl!!

~ Psst2, jom ke gulagulaBeracun!



I MISS YOU



Wah....!! Pejam celik pejam celik, sedar tak sedar tinggal satu hari lagi nak masuk tahun baru dan tinggal satu hari lagi ulang tahun persahabatan deno dengan besfren deno yang ke tujuh masa sekolah menengah kat SMK Sultan Sulaiman, K. Terengganu. Tiba-tiba sahaja teringat masa tu.... Teringat kat Ayu Nurhaslina @ Ayu, teringat Mardhiah Hanim @ Madie, teringat Tengku Nurhaslina @ Lyna.......

Macam-macam kenangan manis dan pahit kami lalui bersama.. Ayu si manis dan penyabar, selalu je senyum dan pandai melukis.  Madie pulak tak banyak cakap, tapi kalau bercakap susah jugak nak potong. Lyna  yang  cepat marah tapi baik hati dan selalu kena backing Melanie yang ponteng kelas! Melanie? Ingat tak, si amoi yang pandai dalam kelas 4 Murni... hihihi.... 

Bila teringat kenangan yang macam-macam, tetiba saja rasa rindu kat korang la.. Pernah jugak gaduh-gaduh, tapi sekejap jew mesti baik jugak.. Bak kata oran tua2 air dicincang takkan putus! heee.... Tetiba jugak teringat kat Sir Mohan.. Cikgu yang paling best!

Rindunya kat korang
bila tengok gambar nie
bertambah-tambah lagi rindu!!


comelnyeeeee kawan2 masa nie
muka pun skema jew, al maklum lah form 4 masa nie......
tapi deno paling ketot kat sini... heeeeeee ^_^

Bila tengok sekarang, masing-masing makin dewasa, matang dan lawa sekarang.... Bila tengok pun lain dah... Bak kata muda-mudi zaman sekarang, makin cun la diaorang nie...

ayu

madie

lyna

eh eh...
deno macam mana sekarang?
tak berubah pun, kecik macam dulu jugak!!!!
hehehe....... :p

Deno harap satu hari, deno dapat berkumpul dengan ayu, madie dan lyna macam dulu. Banyak perkara yang deno nak kongsi... Rindu sanagt-sangat, insyaallah satu hari... 

I MISS YOU.......



HEPI BESDAY Lyna!



30 Disember 2010
hari ini ialah besday besfren deno



happy birthday!!

semoga Lyna panjang umur, 
sentiasa sihat, murah rezeki
 dan sentiasa dirahmati Allah swt... Aminn!

special kek for Lyna


miss you so much!! (^_^)

http://www.emocutez.com


Deno N CikYuyuE

http://www.emocutez.com
weeee......
deno hepi sangat2 hari nie
coz dapat jumpe besfren deno sejak darjah 2
namanya Yuliana aka yulie
yulie memang best sangat!
yulie comel, baik dan kelakar orangnya!
dia pun minat pink macam deno jugak

buat yulie, dayang enjoy sangat dengan yulie tadi!
rasa macam nak jumpa lagi.. tak puas rasanya...
macam2 cerita ada nak kongsi sama2

yulie pun ada blog tau, blog yulie ialah CikYuyuE
kalau nak kenal, nie la yulie!


ha..... comel kan......
sebagai kenangan deno n yulie


dayang harap persahabatan dayang dgn yulie akan kekal sampai bila2
dayang sayangggggg sangat yulie!
thankS for coming into my life dear......
LOVE u so much!

(^_^)

Hepi Besday Madie (^_^)


http://www.emocutez.com

30 October 2010
hari nie ialah birthday besfren deno!!

MADIE


happy birthday!!!

semoga madie sentiasa sihat,
panjang umur, dimurahkan rezeki 
dan sentiasa dirahmati Allah swt.... Aminn..

special cake for madie (^_^)



miss you so much, madie! (^_^)

GemBIRAnYa hari nie!! hihi

hye hye hye!!!
seronok betul sy hari nie! 
nak tau kenapa???
sy dpt jumpe n kuar dengan besfren masa sek rendah dulu!!
boleh dikatakan kawan 4eva... cewah gtu!
dia nie seorg yg hepi2, funny n mmg ada ciri2 kawan idaman sy la..
hihihi...

lama betul kitaorg xjumpe!! 
dapat la lepaskan rindu!! 
hai... bile da jumpe tu, mulut nie mcm2 story keluar
story tu story nie
lucu pulak bila teringat td, masing2 ada story
pot pet pot pet pot jew sampai kering tekak
kalo ikutkan ati xnak balik la, nak stay jew kat mcD td.. hahaha :)

eh! lupa pula nak intro besfren lama i nie...
ten ten ten......
ini dia yuliana@yulie@yuyu...


amacam? ayu x cik yuyu nie??
ini gambar kitaorg td, siap bergambar lg... ye la, lama sgt xjumpe.. haha.. 
posing pun baeekkk punya.....


ha...... sweet x?? eceh! terperasan la pulak... jangan mara haa.....
bila ckp pasal yuyu, teringat pulak sy kat besfren sorang nie
rindu sangat2 nak jumpa 
tapi jauh.......... sob sob sob...
orangnya comel,baik hati, penyayang, tegas, kelakar n pintar!!
nie dia
ayu my candy girl........ comel sangat2


ayu nie sy kenal masa form 4, kejap jew kenal terus baik n jd member rapat
kira besfren la! sangat memahami sy!!
comel kan? sapa yg berkenan tu, bleh amik contact no Ayu dgn dayang ya....
jangan marah ya ayu.......

selain 2 org special td
sy ada 2 lagi kawan rapat
memang baik, memahami.....
kalau nak tulis mmg banyak la, meh cni sy kenalkan
ha...... ni adzian n madie


ha..... nie laa...
kalo nak kenal, yg pakai tudung tu madie n sebelah tu adzian...
dua2 pun pandai nie!!
kalah sy dengan diaorang nie...

amacam?????
hebat x teman rapat sy?
merekalah kawan susah dan senang sy, memahami sy...
susah nak dapat kawan yg betul2 kawan...walaupun ada di antara kita jauh antara satu sama lain
persahabatan kita pasti kekal.....
buat yulie, ayu, adzian n madie
thanks a lot for coming into my life!!
I LOVE ALL OF U SO MUCH!!! 

ikhlas:
dayang deno
 





Aku Rindu.......

 
mengapa
tiba-tiba
aku terasa sunyi
bersendirian
terkenang sahabat-sahabat
membuatkan
aku rindu.....

oh.... sahabatku...................