Showing posts with label Biopsi. Show all posts

Renal Biopsy ( Biopsi Buah Pinggang )

Rupa-rupanya ramai yang ingin tahu tentang biopsi.. tengok keyword pun dah berada dalam carta nombor satu! Okey, fokus sekarang! deno nak cerita nih.. hehe ^_^

Pada tahun 1999, sebelum didignose mempunyai penyakit SLE, deno telah menjalani satu prosedur pembedahan kecil iaitu biopsi.. doktor mencadangkan deno melalui prosedur biopsi buah pinggang kerana protein selalu sahaja berlebihan di dalam urin dan penyakit deno tak dapat dikesan walaupun banyak ujian darah dilakukan..

Apakah biopsi?

Biopsi ialah suatu prosuder diagnostik yang digunakan oleh doktor untuk melihat sampel tisu di bawah mikroskop. 


Biopsi buah pinggang pula ialah suatu prosuder di mana melibatkan pengumpulan potongan bahagian kecil buah pinggang, yang kebiasaannya melibatkan penggunaan jarum. Senang nak faham... doktor ambil sikit tisu buah pinggang kita dengan menggunakan jarum khas (bisopsy needle).

Dengan prosedur biopsi buah pinggang ini, dapatlah membantu dalam memberikan rawatan yang terbaik kepada pesakit. Doktor boleh mencadangkan kepada pesakit biopsi sekiranya:
** terdapat darah dalam kandungan urin(hematuria).
** berlebihan kandungan protin di dalam urin, dipanggil protinuria.
** gangguan fungsi buah pinggang yang menyebabkan sisa-sisa yang tidak diperlukan terkumpul di dalam darah.

jarum biopsy
Doktor yang akan mengkaji sampel tisu yang diambil dipanggil sebagai patologi. Ahli patologi akan memeriksa dan membuat kajian pada sampel tadi untuk bekas luka dan juga jangkitan orgasme. Keputusan daripada ujian biopsi akan dapat menunjukkan:
- keadaan buah pinggang samada boleh diubati atau disembuhkan.
- seberapa cepat masalah kegagalan buah pinggang.
- mengapa pemindahan buah pinggang tidak berfungsi dengan sebaiknya.
renal biopsy position
Selama prosuder ini, pesakit mungkin sepenuhnya berada dalam on kebas akibat kesan ubat pelali, atau mungkin tidur. Ada beberapa cara biopsi yang boleh dilakukan dalam proses untuk mendapatkan sampel buah pinggang. Antaranya ialah:
** Suntikan (melalui kulit) biopsi. Doktor menggunakan jarum pencari kedudukan dan x-ray atau ultrasound untuk mencari tempat yang tepat dan kemudian menetapkan arah untuk mendapatkan sampel tisu. Seluruh prosedur biasanya memakan masa sekitar satu jam.
** Biopsi buah pinggang melalui pembedahan terbuka. Jika biopsi suntikan tidak sesuai untuk pesakit kerana ditakuti terjadinya pendarahan, kemungkinan doktor akan mencadangkan untuk melakukan pembedahan terbuka bagi mendapatkan sampel tisu.
** Transjugular biopsi. Melalui prosuder ini, jarum dimasukkan melalui kateter yang masuk ke dalam urat nadi pesakit yang terletak di leher. Jarum akan turun melalui pembuluh darah ke buah pinggang untuk mendapatkan sampel tisu dari dalam tanpa menusuk kulit luar buah pinggang.
Sebelum menjalani prosuder biopsi ini, ada beberapa perkara penting yang mesti kita ingat :

Sebelum Ujian
- Pastikan kita berbincang dengan doktor tentang prosedur biopsi ini untuk memastikan yang kita benar-benar faham akan prosesnya.
- Menandatangani borang persetujuan.
Elakkan dari mengambil makanan dan minuman lapan jam sebelum menjalani ujian biopsi.
Selepas Ujian
Kita perlu memaklumkan kepada doktor dengan segera sekiranya mengalami masalah ini:
- Kencing berdarah selepas 24 jam menjalani ujian biopsi,
- Demam,
- Rasa sakit yang semakin teruk di bahagian biopsi,
- Ketidakmampuan untuk membuang ari kencing,
- Pening atau pengsan.

*deno melalui prosedur biopsi ketika deno berumur 10 tahun, pengalaman yang deno ingat semasa prosedur biopsi ni... doktor minta deno baring meniarap, kemudian doktor bius.. deno tak sedar semasa prosedur biopsi tu sebab doktor bius penuh... ada sesetengah pesakit doktor bius setempat dan pesakit dalam keadaan sedar semasa biopsi^^  kesan selepas prosedur biopsi, deno rasa sengal-sengal di pinggang dalam 3-4 hari macam tu.. lepas tu okey.. hasil biopsi, deno disahkan mengidap SLE Lupus Nephritis Class IV.. deno sempat melakukan rawatan kimo (cyclophosphamide) sebanyak 12 kali.. tapi SLE lebih kuat dan buah pinggang deno tak dapat diselamatkan.. jadi deno terpaksa melakukan rawatan CAPD sejak tahun 2001 sehingga sekarang dan masih mengambil ubat-ubatan


p/s: Lupus is invisible


Ramai Nak Tahu?

Keywords paling tinggi untuk hari ini di blog deno ..



ramai rupanya nak tahu tentang biopsi buah pinggang...
nantikan entri tentang biopsi :)


p/s: deno buat biopsi pada tahun 1999 ^_^