Showing posts with label Blogger Mia Liana. Show all posts

Sepetang Bersama Blogger MiaLiana

Minggu lepas, hampir seminggu deno di Johor Bharu. Deno ada menyertai program Walk-A-Payung di Skudai^^ Deno sebenarnya dah lama berhajat, kalau ke JB teringin berjumpa dengan blogger MiaLiana

Deno tinggal di rumah kaklong deno di Setia Tropika, selepas confirm kakmia boleh datang ke Setia Tropika,  akhirnya pada 29 September 2013 deno dapat berjumpa dengan kakmia :) Bestnyaaaa!!! Excited sangat-sangat bila tahu kakmia boleh datang jumpa deno.... *senyum sampai ke telinga

Kami berjumpa di KFC Setia Tropika. Kami pun makan kat situ :) Seronok dan happy dapat jumpa kakmia, kakmia datang bersama suami dan si comel Sofia. Kakmia sangat baik dan peramah, suami kakmia pun sama :) Kami baru berjumpa tapi deno rasa macam dah lama kenal sebab kakmia dan suami sangat-sangat friendly! Sofia pula comel! Geram deno... hihi^^ Walaupun hanya sejam bersama, banyak juga kami berborak.. Heeee^^

dah macam kuih pau terlebih masak pipi deno.. hihik^^ itu la kesan ubat deno, ubat prednisolone (steroid)

masa ni opie tengah makan roti... hihi... 

kakmia dan deno :)

Ikut hati deno nak lebih lama dengan kakmia tapi masa tak mengizinkan.. Macam biasa, deno perlu buat CAPD.. Rawatan yang wajib deno buat 4 kali setiap hari... Deno happy sangat dapat jumpa kakmia, deno harap satu hari kita dapat berjumpa lagi ya kak ^_^


p/s: tercapai hajat nak jumpa kakmia :)


Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #4 Mialiana .com


Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini hanya untuk hari ini sahaja, Ahad 18 Ogos 2013 bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malamMia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #4 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.
tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....

Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Jun 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...