Showing posts with label Blood Test. Show all posts

Pengsan Kot


Baru berpeluang update blog
Hari ni lepas balik hospital "pengsan" kot

Kepenatan yang melampau
Asalnya plan nak rest jap je..
Tak jadi jugak.. "Pengsan" terus
Bangun pun rasa tak larat je..
Tu pun tadi nasib baik terkejut sebab nak buat CAPD
Tadi blood test boleh tahan gak... huhu

Hahah tetiba teringat komen kak Diana tadi
"Kalau kena cucuk duatiga kali sekeh2 dia"
Hahaha komen kak Diana memang taksah kalau tak kelakar
Mesti deno gelak.. kak Diana blogger yg deno kenal since 2010 
Since Maisara belum ada ada adik lagi...^^


Bertahan


Akisahnya semalam deno ke hospital untuk blood test. Macam biasa sebelum jumpa my doctor next week (10 Julai 2014), kena buat blood test dulu. Tak sangka pulak kali ni "dracula" sedut banyak darah.. 8 blood tube!

Gulp. Risau gak kena inject banyak kali sebab urat2 deno halus! Alhamdulillah sekali je, nurse masukkan needle "dalam"sket.. Takpe la asalkan sekali je kena inject. hiihi^^ Darah keluar smooth je... Then balik dari hospital mcam-macam rasa ada.. Rasa loya, macam  nak muntah, sakit perut, badan pun rasa tak best. Jadi berpeluh-peluh.. Rasa tak sihat tapi tahan punya tahan punya tahan dapatlah bertahan sehingga tiba waktu berbuka puasa .. Alhamdulillah ^^


p/s : harap result darah baik-baik je.. to mr. SLE "tidur"lah seperti sleeping beauty ya ^^


Banyak Kali

Fuh.... Penatnya badan ni, hari ni cuaca yang teramat panas!
Nak jalan pun sampai tak larat tadi....


Rasa semacam je...

Tadi deno ke hospital lagi.. Then tadi nurse cakap malam esok puasa untuk blood test lusa, 29 April nanti puasa lagi untuk blood test. Bulan ni sahaja 2 kali blood test, nanti bulan Mei blood test lagi! Adusss nampaknya banyak kali la nak kena "derma darah" kat nurse... Dah la HB (hemoglobin)  deno 7.3 je... Harap2 HB cepat la naik balik, dah terasa kesan HB low. Selalu rasa semput dan penat..


p/s: sampai rumah rasa heaven.... betul la rumah itu syurgaku.....


Repeat Blood Test

Baru sempat ngadap blog ni^^ Semalam deno ke hospital untuk repeat blood test ... Baru-baru ni result tak berapa "cantik", dengan HB low, fosfat tinggi, calcium low.... Jadi doktor nak tengok balik result darah....

- gambar hiasan -

Nurse tahu je deno ni urat-urat halus.. Dia cari kat tempat urat besar sikit, dah la tempat tu sakit... Aduyaiiiii sabor je la... Nasib baik la satu tiub je. Kalau blood test biasa, perlu lebih dari 5 tiub. Pernah 10 tiub, kalau masuk wad lagi banyak, macam-macam test.. Macam mana la HB tak low, asyik bagi darah je kan... Hihi......


p/s: harap2 result makin baik^^

10 Blood Tube For Today

Pheww... baru update, badan letih hari ni..

Pagi tadi ke hospital, ramai betul patient.. Sampai penuh orang kat luar.. Patient je dalam bilik dengan nurse. Deno? deno macam biasa sampai sana terus jumpa nurse. Nurse dah nampak deno, terus beri deno blood tube.. Erk, terkejut deno! Banyaknyaaa! Hwaaaa.....

10 blood tube for me

Mati la deno...! Then nurse cakap 
"takpe, kita amik dulu darah dayang dulu, pastu kita tengok dayang mati ke tak.. hihi.. "

Akak buat lawak pulak, dayang dah nervous gila-gila sebab biasanya kalau banyak, memang kena cucuk banyak kali ni sebab urat deno halus! Susah nak dapat... baru je nurse tengok lengan.. Tiba-tiba.." dayang...!!! mana urat kamu,,?! "

Seperti yang deno agak, 3 kali cucuk baru dapat, itu pun dah guna butterfly needle yang paling halus!

First - lengan kiri : darah tak keluar langsung
Second - lengan kanan : dapat darah hanya untuk satu tube, then terus lebam
Third - lengan kiri kembali : nurse cucuk dalam sikit, yeay! penuh 2 syrinx!

Pheww.. lega sangat-sangat hanya 3 kali :) Balik rumah tiba-tiba je badan rasa letih sangat.. Alhamdulillah sekarang dah okey^^


p/s: sepanjang deno sakit 14 tahun ni, semua nurse baik dan macam kakak-kakak deno dah... alhamdulillah semua faham deno sakit macam mana, siap dapat "special service"! hihi.... ^_^


Macam Mana La Boleh Lupa...


Baru2 ni kan HB deno rendah, jadi perlu jumpa doctor lebih kerap..

Sepatutnya buat blood test 30 September, tapi dah terlepas... Adoiii.... Mujur la boleh buat blood test ahad nanti, dah contact nurse. Katanya sempat lagi sebab appointment doctor 10hb :) Fuh nasib baik^^



p/s: harap2 naik la HB nanti.. :)

Lebam

Baru2 ni dapat satu komen .. bertanya pada deno berkenaan kesan selepas dicucuk jarum, apa kesan tempat tu (tempat yang dicucuk)


Mungkin setiap orang berbeza. SLE patient macam deno, urat memang sangat halus. Nurse mesti guna butterfly needle. Biasanya selepas nurse keluarkan jarum, terus lebam kebiruan walaupun darah diambil sikit.

Kalau darah diambil banyak, biasanya tempat tu akan lebih bengkak dan lebamnya mesti lebih kebiruan.. Bila tekan sikit kita dah rasa sakit tempat tu. Kalau nurse main cucuk keluar masuk, lagi la bengkak, lebam dan sakit. Lebam tu pun luar biasa warnanya. Biasanya selepas kena cucuk, deno tak lipatkan lipatan lengan sebab nak jaga urat.. Deno just tekan dengan kapas.

Biasanya kalau deno kena cucuk 5-6 kali baru dapat, 2-3 minggu jugak tak hilang lebam tu..


p/s: next week blood test again ... =_=


Terima Kasih Selalu....


Siapa yang suka kena cucuk? Confirm takde! Lebih-lebih lagi  kalau kena cucuk limanamtujuhlapan kali! Fuh! Memang menguji kesabaran! Bila dah kena cucuk 4 kali masih tak dapat jugak, muka kelat je..

Hari tu doktor cucuk banyak kali, sampai nampak tension muka dia..Dia cakap.. "sori ya.. sori ya.." Alahai kesian pula deno tengok muka doktor chinese ensem tu.. Agaknya dia rasa bersalah cucuk deno banyak kali.. Last-last dapat juga..Tapi, walau banyak mana kali dia cucuk,  deno tetap berterima kasih pada dia.. Dia dah pun tolong deno.. :)


p/s: perasan tak nurse lebih pandai ambil darah daripada doktor? hihihi.. 


Erk.. 5.8 Je???

HB : hemoglobin (sel darah merah dalam badan)


Nurse baru tepon tadi, beritahu result darah den.. nurse cakap HB deno rendah!! HB deno hanya 5.8! Sebelum ni 8++. Hemogolobin orang normal 12-16...

Ok, sentap jap... Nape rendah sangat nih! Nurse dah tepon doktor deno, deno kena cucuk ubat! Hwaaa... kenapa la jadi rendah sangat ni... dah la lusa ni appointment dengan doktor.. aduyaiiiii



p/s: debbor debbor =_=

Sekali je :)

Ramai rupanya hari ni buat blood test.. lima orang temasuk deno^^


Deno sampai lewat pagi tadi, tapi nurse amik darah deno dulu.. hihi^^^ thanks kaklah :) banyak juga darah diambil tadi, 5 botol..

Yang seronoknya cucuk sekali terus keluar darah.. alhamdulillah.. Selama ni susah nak jadi macam tu, kalau tak 2-3 kali tak sah.. Agaknya sebab nurse dapat biskut raya deno bawa tadi, sekali cucuk terus dapat! hehe^^


p/s: dapat tau result darah bila jumpa doktor minggu depan :)

Esok Pula .. =_=


Hari ni tak jadi blood test ... esok pula.. Haish! Tertangguh lagi, banyak perkara nak buat keluar esok.. Fuu~ Harap2 result darah esok okey la... 




p/s: oarang terengganu kata "debbor debbor" .. ^_^

Berapa Kali ...?

Santai-santai bersama rakan2 SLE...




Pasang branula dah biasa sakitnya, tapi kalau kena banyak kali boleh merah juga mata tahan sakit.. pasang branula pada kaki? boleh nangis tuuu... memang sakit! blood test pula, banyak kali tu dah biasa bagi pesakit SLE sebab urat2 kami memang halus, deno paling tak suka cucuk pada kaki dan nadi... bila doktor cucuk namtujuhlapan kali masih tak dapat, "hujan" rintik-rintik mesti nak turun juga.. hehe^^


p/s: korang pula, pernah kena berapa kali paling banyak?


Blood Test *Nadi

Blood test pada nadi, blood test yang paling sakit! T_T

Doktor ambil darah pada bahagian nadi, fungsinya untuk melihat kandungan oksigen dalam darah.. Biasanya doktor buat blood test ni pada deno bila deno sesak nafas dan tak dapat bernafas normal.

Bahagian nadi yang femes


Dua2 deno dah rasa, pergelangan dan lipatan.. Pada deno, pergelangan lebih sakit! Blood test ni, jarumnya masuk lebih dalam, kadang2 lebih separuh jarum masuk untuk dapatkan darah. Paling tak tahan bila doktor main tarik masuk tarik masuk jarum, sampai keluar air mata tahan sakit.. Sabar je la

kedudukan jarum pada lengan

Jarang sekali cucuk dapat terus. Biasanya 3-4 kali cucuk baru dapat. Macam last week tu, doktor cucuk 3 kali baru dapat, itu pun selepas tukar jarum biru.. jarum yang lebih kecil. Bila jarum masuk lebih dalam, kaki deno dah tak boleh duk diam sebab terlampau sakit.. Haaa... kalau result darah menunjukkan oksigen kurang dalam darah, deno akan diberi oksigen melalui wayar oksigen kat hidung tu.. Barulah kita dapat bernafas dengan baik dan selesa :)

Kalau korang nak tahu, warna darah pada nadi ni tak sama tau macam darah biasa. Warna merahnya merah yang cair, macam dicampur air..^^



p/s: bila dengar je nak buat blood test ni, tidak!!! rasa macam nak lari je


Lengan Masih Belum Boleh Lurus

Lengan kanan masih belum boleh lurus sepenuhnya..

Semuanya gara-gara blood test pada nadi.. Doktor rasa nadi pada lipatan tangan then dia akan cucuk lebih dalam pada bahagian nadi untuk ambil darah.. Blood test ini untuk lihat kandungan oksigen dalam darah.. Kadang2 doktor cucuk pada nadi di bahagian pergelangan tangan, yang tu lagi gila2 sakit. Deno pernah kena tahun lepas dan tahun 2011, nangis jugak.. huhu^^

Semasa di emergency baru2 ni, doktor cucuk 3 kali baru dapat. Jarum besar 2 kali, jarum kecil sekali.. Selepas cucuk 2 kali, doktor tukar jarum biru.. Barulah darah keluar.. Dalam banyak2 blood test, deno paling tak suka yang ini, rasanya adalah paling sakit! Cucuk masukkan branula pun tak sakit macam tu..

Paling sakit bila darah tak keluar, doktor tarik sikit, pastu masukkan lagi, tarik sikit masukkan lagi lebih dalam.. Tahan sakit sampai keluar air mata, sakit sangat2! Doktor cakap.. "sori ya sori ya...". Deno senyum je la. Dia buat pun untuk kebaikan deno juga :)

Kesannya lebam biru dan sakit yang belum hilang. Hari ini, lengan masih belum lurus sepenuhnya sebab sakit.. Sabar je la...


p/s: nanti cerita macam mana jarum  tu masuk lengan... ^_^



Memang Nasib Saya Hari Ini

CAPD ROOM

Hari ini patient sangat ramai.

Hari ni butterfly needle yang kecil dah habis 

Jadi nurse terpaksa guna butterfly needle yang besar.. erk.. memang dah nasib deno hari ni nak kena cucuk dengan jarum besar. Seperti yang diduga, darah tak keluar.. nurse main cucuk "keluar masuk keluar masuk". Ketap gigi tahan sakit, last2 cabut jarum tu...

Bersedia untuk kali kedua.. nurse cucuk tempat lain dan lebih dalam, "sedap" betul rasanya! Ok, sabar.. sabar.. akhirnya, lega darah keluar juga.. banyak juga darah diambil hari ni. 5 botol



p/s: memang nasib saya hari ni.. :p



Blood Test Again!


Awal pagi esok ke hospital *HSNZ

esok ada blood test pula.. biasanya macam ni la, dua minggu sebelum jumpa doktor, mesti buat blood test! harapnya mudah la "pontianak2" di hospital ambil darah deno esok... hehe^^


p/s: bermula pukul 12malam ni deno berpuasa... selepas blood test barulah dapat makan... ^^


Butterfly Needle

Deno suka butterfly needle!

bukan suka dicucuk, tapi bila buat blood test mesti guna butterfly needle nih^^





butterfly needle lebih halus berbanding needle yang biasa.. sebab itulah nurse guna butterfly needle ni semasa buat blood test.. lebih2 lagi, deno pula SLE patient, urat semua halus! ish3...

kalau guna needle biasa tu..... peratus darah tak keluar agak tinggi.. mesti deno kena cucuk banyak kali sampai naik  lebam lengan sebab darah tak keluar...

rekod paling banyak kena cucuk ialah 7 kali semasa nak pasang branula.. sakit3!


p/s: butterfly the symbol of SLE.... ^^


Jika Takut

Kena cucuk memang sakit!

siapa suka kan..? deno pun tak suka sebab ianya memang sakit!


lebih lebih lagi semasa doktor nak masukkan branula.. paling sakit!

deno ada satu nasihat jika korang takut apabila nak kena cucuk... better korang jangan tengok semasa doktor atau nurse nak cucuk, tengok tempat lain.. nurse pernah nasihat deno supaya jangan tengok sebab ianya kan membuatkan kita makin takut dan berdebar-debar...

bila dah macam tu, nanti kita stress, urat darah pun tegang.. mula la bila cucuk darah tak keluar.. jadi, jangan tengok ya..? hehe


*deno pula mesti tengok bila kena cucuk sebab deno tak puas kalau tak tengok.. hehe..  ^_^



p/s: senang cerita pejam mata.. hihi^_^


Tak Suka Cucuk Keluar Masuk

Deno paling tak suka

tak suka kena cucuk keluar masuk!

deno rela kena cucuk banyak kali daripada kena macam ni..
tadi kena cucuk keluar masuk! *pandai-pandai je deno letak nama nih! hehe^^

jarum masuk dalam lengan... pastu darah tak keluar.. nurse tarik sikit jarum, gerakkan jarum ke kiri.. darah tak keluar juga, nur tukar position lagi.. dalam sikit dia masukkan jarum, dah tak tahan ni, sakit!

nurse dalamkan sikit jarum, akhirnya keluar juga darah ikut butterfly needle tuh! lega!



p/s: tadi banyak juga nurne ambil darah, 18ml untuk 7 botol.. urat tadi halus


Ujian Darah Paling Menyakitkan


Cerita perihal kena cucuk


dalam banyak-banyak kena cucuk..
deno rasa cucuk untuk blood test biasa dan cucuk untuk pasang branula okeh lagi rasanya

tapi untuk pengetahuan korang.. ada yang paling sakit pernah deno rasa, biasa kalau kena ni memang confirm terus nangis sebab tak tahan! paling sakit ni blood test untuk lihat kandungan oksigen dalam darah

untuk blood test ni, doctor tak cucuk dekat urat macam biasa tapi cucuk dibahagian nadi di pergelangan tangan.. dan jarum akan masuk lebih dalam! deno pernah kena dua kali, first sebelum masuk icu pada tahun 2011 dan second tahun lepas.. 

kalau korang nak tahu.. sekali masuk terus sakit gila-gila, kalau still tak dapat darah, doctor tarik sikit jarum  kemudian masukkan balik jarum.. doctor ubah-ubah position sampai dapat darah.. kalau lama sangat baru doctor keluarkan jarum dan bagi kita rest kejap..

memang kuat jugak deno nangis, haha.. tak peduli dah orang lain.. memang korang tak dapat bayang sakit tuu.. 



p/s: eiiiii... seram pulak bila ingat balik kenangan kena cucuk tu... erk