Showing posts with label Blood Test Pada Nadi. Show all posts

Blood Test *Nadi

Blood test pada nadi, blood test yang paling sakit! T_T

Doktor ambil darah pada bahagian nadi, fungsinya untuk melihat kandungan oksigen dalam darah.. Biasanya doktor buat blood test ni pada deno bila deno sesak nafas dan tak dapat bernafas normal.

Bahagian nadi yang femes


Dua2 deno dah rasa, pergelangan dan lipatan.. Pada deno, pergelangan lebih sakit! Blood test ni, jarumnya masuk lebih dalam, kadang2 lebih separuh jarum masuk untuk dapatkan darah. Paling tak tahan bila doktor main tarik masuk tarik masuk jarum, sampai keluar air mata tahan sakit.. Sabar je la

kedudukan jarum pada lengan

Jarang sekali cucuk dapat terus. Biasanya 3-4 kali cucuk baru dapat. Macam last week tu, doktor cucuk 3 kali baru dapat, itu pun selepas tukar jarum biru.. jarum yang lebih kecil. Bila jarum masuk lebih dalam, kaki deno dah tak boleh duk diam sebab terlampau sakit.. Haaa... kalau result darah menunjukkan oksigen kurang dalam darah, deno akan diberi oksigen melalui wayar oksigen kat hidung tu.. Barulah kita dapat bernafas dengan baik dan selesa :)

Kalau korang nak tahu, warna darah pada nadi ni tak sama tau macam darah biasa. Warna merahnya merah yang cair, macam dicampur air..^^



p/s: bila dengar je nak buat blood test ni, tidak!!! rasa macam nak lari je