Dayang Deno: Branula
Showing posts with label Branula. Show all posts
Showing posts with label Branula. Show all posts

14.7.13

Cara Nak Hilangkan Lebam Bekas Cucuk
July 14, 2013 15 Comments
Deno dah biasa kena cucuk untuk blood test dan pasang branula..

Waktu pasang branula tu memang sakit, lebih sakit daripada blood test.. lebih2 lagi branula hijau.. mesti 2-3 kali cucuk baru dapat.. huhu.. Kalau cucuk untuk blood test pula, dah biasa kena cucuk duatigapat kali sebab urat deno halus.. 

Bila dah kena cucuk banyak kali ni, mesti lebam kan? biasanya macam-macam warna ada.. biru, hijau, ungu.. nasib baik tak lebam pink je.. hehe

branula biru

Biasanya deno buat macam ni bila lebam :

1- Letak air panas dalam botol (campur air sejuk sikit), kemudian letak botol tu pada bahagian lebam.. biasanya deno golek2 botol tu kat lengan tempat lebam, buat dalam 10 minit.. buat hari2 sampai hilang lebam

2- Letak ais.. Letak beberapa ketul ais atas sehelai kain, bungkus kain tu buat macam bunjut adabi tu.. tuam sekejap sekejap atas lebam.. 

3- Ambil tuala bersih.. buat macam bunjut, letak pada mulut dan hembuskan ikut mulut pada bunjut tuala tu, kemudian guna bunjut tu tuam pada lebam



p/s: rekod paling banyak kena cucuk 7 kali masa nak pasang branula.. nangis! :p



Reading Time:

15.10.12

Tukar Plaster
October 15, 2012 2 Comments

Selamat tengahari semua :)

Hari ni abah teman deno di wad
ma balik... macam yang ma janji, ma masak kat rumah
petang nanti ma bawa ayam masak merah dan nasi dari rumah..
emm... tak sabar betul! hehe..

hari ni line kat tangan deno jadi gatal
tak tahan gatalnya....
lepas pakai plaster kain jadi gatal

plaster kain

semalam gatal je... deno rasa tangan deno tak sesuai dengan plaster kain tu.. tadi cakap kat nurse pasal  rasa tak selesa tu.. jadi nurse tukar plaster baru... plaster jernih....

plaster jernih

lepas tukar rasa okey pula.. takde dah rasa gatal dan tak selesa tu.. nurse cakap mungkin kulit deno tak sesuai dengan plaster kain tu...

alhamduilillah.. line kali ni elok, tahan lama... tak cepat bengkak... tapi tunggu la, tak lama lagi mesti bengkak sebab ubat yang kuat tu... huhu... :p



p/s: dos steroid naik muka dah jadi macam pau terlebih masak.. huh! :p

Reading Time:

18.4.12

JARUM
April 18, 2012 12 Comments


malam semalam baru pegi hospital.. macam biasa, drakula hisap darah deno... hihi :p

blood test la.. tapi kali ni darah nak kena hantar ke hkl.. so memang awal pegi, pukul 7 dah pegi sebab darah tu kena naik flight kul 8pagi... huhu..

biasa kan, patient sle macam deno, urat darah memang halus, susah nak dapat.. biasanya nurse akan guna jarum butterfly macam ni ha.... semalam pun guna jarum butterfly.. memang nuse dah tahu

 

kalau takde jarum butterfly ni, terpaksa nurse guna jarum biasa untuk cucuk deno.. tapi kalau jarum biasa nurse guna yang warna biru sebab kecil sikit diameter lubang tu... biasanya jarum biasa ada pelbagai warna sebab ia berbeza mengikut diameter lubang.. sakit kalau yg besar! deno pernah kena yang warna hijau.. sakit!!


lagi tak tahan kalau kena cucuk banyak kali untuk ambil darah.. pernah deno kena cucuk 7 kali baru dapat.. semuanya pasal urat halus sangat.. mula la susah nak dapat... 

tu tak cakap pasal line lagi.. line tu... jarum yang doktor cucuk kat tangan untuk masuk ubat tu... macam-macam warna jugak tu.. berbeza ikut size jarum. biasanya doktor akan cucuk deno yang warna biru, pink dan hijau.. kadang-kadang yang warna kuning yang bayi punya.. paling ngeri warna hijau.

ini antara line yang dipasang di tangan deno.. ni sikit je... heeeee :p






 


gambar-gambar ni time deno warded hampir 2 bulan last year.. perasan tak kebanyakan line tu kat lengan deno? sebabnya urat kat lengan je besar... kat lain halus.. kaki? tak nak! sakit sangat!

ni baru sikit.. boleh bayang tak setiap 2 hari selama enam minggu, line kat lengan kena tukar sebab dah bengkak.. dah la nak buat line tu kena cucuk tiga empat kali baru dapat... seksa betul... teringat kenangan ini dan sini.. 

tapi nak buat  macam mana kan, tu je cara nak masukkan ubat... sabar je la...




p/s : harap tahun nie tak masuk hospital macam tahun-tahun lepas.... :)



Reading Time: