Showing posts with label Buah-Buahan Itu SIhat. Show all posts

KENAPA Buah Itu Penting?


  Mungkin kamu sering mengabaikan pengambilan buah-buahan dalam diet kamu kerana menganggapnya tidak penting. Kamu pasti mengubah tanggapan kamu selepas mengetahui khasiat buah-biahan seperti di bawah :-

80% dari kandungan buah-buahan berasaskan air!
Tubuh manusia terdiri daripada 80% air maka buah-buahan dilihat sebagai makanan yang membantu mengekalkan keperluan cecair dalam tubuh di samping membekalkan pelbagai keperluan vitamin yang cukup. Makanan kedua yang kaya dengan kandungan air ialah sayur-sayuran.

100% bebas kolestrol!
Meskipun tidak memerlukan sebarang label tetapi buah-buahan memang bebas kolestrol sepenuhnya. Ini berbeza dari kebanyakan produk dari sumber haiwan yang mengandungi banyak kandungan kolestrol yang tidak baik untuk tubuh.


~ Psst2, deno suka buah! (^_^)