Showing posts with label Buku Rawatan. Show all posts

Buku Rawatan 1999-2008 :')

http://www.emocutez.com

Selamat malam semua :)

Tadi kan... deno kemas buku-buku last sem.. banyak nak kena guna balik sebab subjek account untuk sem ni semua bercampur dengan sem-sem sebelum ni.. agak struggle jugak sem ni... takot!!!

Then duk asyik kemas tu kan, tetiba deno terjumpa buku yang dah lama deno carik! buku yang sangat deno rindu! buku yang banyak kenangan manis dan kenangan pahit! BUKU RAWATAN deno..... buku ni deno dapat masa mula-mula deno dapat SLE pada tahun 1999.. dah buruk tapi isi masih elok.. sayu je tengok buku ni.... 

rindunya doc2 dan nurse2 kat sana.....http://www.emocutez.com


buku rawatan ketika mula2 deno didignose ada SLE.. dah buruk.. koyak...
ada gambar baby pakai baju doc dan pakai stethoscope... comel kan?

buku ni sebenarnya nipis tapi bila asyik ditambah jadi tebal.. deno ke institut pediatrik sejak tahun 1999 hingga tahun 2008.. setiap bulan jumpa doc.. setiap kali jumpa doc, doc akan catat apa saja berkaitan rawatan, ubat atau plan rawatan untuk deno dalam buku ni... pertengahan tahun 2008 deno dah ditransfer ke terengganu... jadi dah hampir 5 tahun deno tak ke sana... rinduuuu....!!!

deno belek-belek buku ni.. deno tengok kan.. macam-macam jenis tulisan doc ada.. ada besar, kecik, halus, macam ulat pun ada... rindu sangat dengan doc2 kat sana. dr jimmy, dr lim, dr yap, dr selva, dr jazilah... ramai doc sampai deno pun tak ingat.. tapi ramai berjasa pada deno :')

first page.. 10/12/1999.. dignose : SLE Lupus Nepritis class IV

tulisan dr jimmy, ayah angkat deno.. tulisan cacing.. langsung tak boleh baca! hihi

tulisan kecik sangat, tak boleh baca la...

 tulisan dr lim ni.... kenal sangat!

masa ni rawatan chemo (cyclophosphamide) ke 9.... tulisan yg boleh dibaca.. hikhik :p

dalam banyak2 tulisan doc, yang ni paling cantik!!! tahun 2000
nampak jelas dia tulis SLE Lupus Nephritis Class IV
masa ni rawatan chemo  (cyclophosphamide) yang ke enam... boleh baca kan?  :)

masa ni baru stop chemo sebab relapse SLE... T_T
 boleh baca apa doc tulis... sedih betul... SLE lagi kuat dari chemo


macam-macam jenis tulisan dalam buku rawatan ni... tapi tak dapat nak snap semua sebab banyak sangat.. hikhik.. :) hmmm.... rindunyaaaaaa!!!


p/s : cuti sem nanti nak ajak abah ke inst pediatrik! rindu! ^_^