Showing posts with label Buku-Buku. Show all posts

Balut Buku


Anak buah sulung ( Sarah Aina ) dah masuk darjah5 tahun ni, deno tolong balutkan buku sekolah dia tadi...

Bukan buku teks je, dengan semua buku latihan kena balut. Satu satu cikcu tolong balutkan. Rasa rindu juga zaman sekolah, selalu je balut buku. Sarah Aina sama juga macam deno dulu, semua buku kena balut ... Sayanggg... Buku mesti jaga elok-elok kan? ^_^


p/s: semua buku dibalut :)


Buku Lebih Baik!

 http://www.emocutez.com

Selamat malam semua :)

Malam ni deno nak cerita antara buku dan bopren (boyfriend atau kekasih atau kapel atau ehem ehem.. macam-macam gelaran dah deno jumpa). Deno tengok kan zaman sekarang ni, budak sekolah rendah pun dah ada bopren.. kadang2 siap update dalam mukabuku.. " oh dotdotdot.. daku rindu padamu..." "sunyinya tanpa si dia..." " engkaulah cintaku.." okey, tak salah nak bercinta tapi janganlah sampai terabai dan menggangu pelajaran ya...

kadang-kadang.. ada juga yang susah hati sebab takde bopren.. rasa macam tak laku lah, rasa macam tak guna, rasa tak cantik... buangkan semua perasaan tu! jangan risau.. janganlah susah hati.. cuba bandingkan dengan buku, rasanya buku ada lebih banyak kebaikan daripada berbopren..

  

Korang boleh berkongsi buku dengan kawan-kawan tanpa segan silu dan perasaan ragu-ragu atau cemburu over limit.

Nak berposing macam mana pun sambil baca buku.. takde hal la... takde langsung kemungkinan posing korang tu disebarkan di internet.

Korang boleh bertukar-tukar buku dengan kawan-kawan tanpa perlu bimbang dihinggapi penyakit k*****n yang kronik.

Bila dah habis baca buku tu, dah rasa boring.. bolehlah jual buku tu.. dapat jugak duit kan?

Takde sape pun heran sekiranya korang seronok bercanda dengan buku korang tu kat tempat awam... kan kan?




p/s: saya suka buku account :p


Buku-Buku

            Deno duk kemas-kemas buku lama dalam kotak, tetiba jumpa majalah dan komik2 lama... hihi... seronok pulak bila baca balik buku2 nie... 

Deno masa kecik-kecik gemar baca majalah Asuh dan Kawan.. naik remaja sikit suka baca majalah Rapi, I-Sihat dan Cleo!!! kalau novel, deno suka novel terbitan PTS one!! Memang best la novel terbitan PTS one.. tapi bukan novel cinta okey... tak suka novel jiwang-jiwang nie... penulis yang deno paling minat ialah Ain Maisarah! (^_^)

   
zaman budak2 suka baca majalah nie


         
majalah peberet sampai sekarang still baca


        
antara novel terbitan PTS One yang menjadi peberet


Banyak buku yang deno simpan... bila beli mesti sayang kan... novel terbitan PTS One dah dekat 30 bijik deno ada... rasa macam nak bukak libry pulak kat umah, dengan koleksi majalah2 kesihatan lagi, yang lama  pun boleh dibaca lagi kan.. lagipun ada banyak informasi! buku komik kawan edisi kecik tu pun ada lagi, sekarang dah lain bentuknya buku tu...

Membaca memang seronok! Memang tak rugi kalau dijadikan amalan kerana membaca itu jambatan ilmu...! (^_^)


~ Pss2, saya sayang buku saya... :)