Showing posts with label Button Badge. Show all posts

Suprise Awal Tahun From Cikot


1 Januari 2014

Pagi-pagi abang posmen datang dengan motor kapcai, cute abang posmen dengan motor tu.. hihi^^

Posmen datang bukan bersama surat tapi bersama parcel, abah tolong ambilkan. Terdengar posmen cakap...

"Dayang deno...?" posmen tu dah biasa hantar surat kat rumah deno, biasanya "dayang" namanya penuh, kat rumah deno ni ada 4 "dayang", kakak2 pun semua dayang, kaklong sahaja tak ada "dayang" di depan, tapi kali ni hanya  "dayang deno", dia rasa hairan. Abah pun cakap nama tu nama samaran blogger.. Alahai segan dengan abang posmen tu.. T_T

Hairan dan terkejut dapat parcel sebab rasanya takde beli apa-apa.. Rupa-rupanya parcel daripada cik CIKOT! OMG!!! Cantiknyaaaa! Dapat suprise awal tahun, 1 Januari pula tu..... :)


p/s: thanks Cikot! ♥ ♥ 


Tersenyum

Last 2 years, i'm zero. Jeles tengok orang lukis guna software. Yang deno tahu hanya melukis menggunakan pensil di atas kertas, warna pula menggunakan pensil warna LUNA dan water colour BUNCHO.

Siapa sangka, sekarang deno dapat hasilkan seni dengan menggunakan software yang deno belajar dari alam maya ini^^ Hari ni dapat lihat hasil seni sendiri di atas button badge yang dipinkan pada beg :') 


Tersenyum sendiri.. Rasa happy, seronok sangat! Dulu deno tak terfikir pun akan buat semua ni, mula2 dulu selalu fikir mesti susah nak buat semua ni. Tapi sebenarnya tak susah seperti yang disangkakan sebab kita boleh belajar. Dunia sekarang ilmu sangat luas, lagi2 zaman sekarang yang serba moden, semua di hujung jari kan?


p/s: nothing is impossible :)


Doodle Art Button Badge

Limited edition doodle art button badge! Design by dayangdeno :)


10 blogger bertuah akan dapat doodle art button badge! Macam mana nak dapatkan button badge ni? Senang je, korang join 3000 SLE Supporters Giveaway, siapa tahu mungkin korang dapat? :)


p/s: 10 doodle art button badge disponsor oleh dayangdeno ^_^


Versi Warna

Baru2 ni deno plan nak buat button badge kan... Tapi yang tu designnya kosong, takde kaler.. Jadi deno cuba letak warna...


Ok tak? Yang versi takde warna kat SINI :) deno tak pandai sangat kaler2 pastel ni, deno tahu warna2 terang... hehe.. terang tu kan ceria, hehehe....


p/s: 6 hari lagi.... WAP! yeay!^^