Showing posts with label CAPD. Show all posts

Sabar Lebih


Kita kena sabar lebih...

My mom selalu cakap kita kena sabar lebih.. Apa yang tertulis dan ujian kat kita semua untuk kebaikan kita.. Tipu la kalau deno tak rasa sedih, iya la kan deno banyak kekangan nak buat apa2. Tak macam orang lain, boleh masuk kategori free nak buat apa2. I mean pegi jalan2 jauh2 ke, travel sorang2 ke.. Kerja.. Bersukan.. Buat aktiviti lasak.. Deno terhad, act dah masuk 15tahun dengan treatment ni, kekadang bosan plus penat.. Uishh sape cakap tak penat... Bangun tido, buat capd dulu, then tengahari, then petang, then malam.. Daily! Phewww.. Sebab tu jangan pelik kekadang deno ni tak sihat, sebab penat ngan treatment ni.. Kesihatan tak tentu.. Macam sekarang ni, alhamdulillah.. Bleh gedik2 joget main ngan abah ma.. Bleh lukis2 ^^ hehe... 

That's why la kena sabar lebih.. Banyak2 kena sabar, mungkin deno takde rezeki kesihatan macam orang lain, deno ada rezeki 24/7 dapat tengok wajah ma abah.. Tu pun rezeki kan.. Bleh lukis and blogging pun hepi^^ So, apa2 jadi kat kita pun, kita kena sabar lebih or sabar banyak2

In syaa Allah.. Allah kan ada :')


**thanks to all dayangdeno supporters and my customer yang faham ngan deno macam mana.. heee korang pun kena sabar ngan designer korang ni... sayanggg korang!


Oh My Doodle!

Ops! Oh my doodle!!
I'm accidently doodle on my treatment book!


Seminggu dua ni rajin benor duk mendoodle
Nah amik ko ngan treatment book sekali melarat .. hihi
Pantang nampak kosong sket mula la gatal tangan nak conteng\
Heeee.. Sori doktor tak sengaja...  :p


**Alhamdulillah line dah okey .... Tadi baru perasan dah okey :) Tapi deno akan mula mendesign pada Jumaat ni setelah selesai 3 hari majlis tahlil untuk arwah pakcik ~~


Ambil Dialisate CAPD Awal Pagi

Abah! Dah 4am!

Kejut abah awal-awal pagi... Nak ambil air dialisate CAPD yang kakngah "pos" dari Terengganu! Deno dah kira siap-siap sebelum datang KL last week.. Total kotak ubat yang bakal tiba nanti ialah 5 kotak^^

stok dialisate di rumah Terengganu

Macam ni la deno, holiday pun mesti buat CAPD.. Kalau holiday sebulan pun, mesti ada orang di Terengganu yang tolong poskan setiap minggu. Empat hari lepas kakngah dah pos sekotak tru flight. Berat tau satu kotak, deno pun tak boleh angkat. Biasanya abah la yang tolong, sian abah.....


p/s: 5 kotak untuk 7 hari


Stok Dialisate CAPD Untuk Bulan Januari Dan Febuari

Tengahari tadi tiba-tiba dapat call ada orang nak hantar barang.. Rupa-rupanyanya orang nak hantar dialisate CAPD :)


Kali ni lori lain. Besar daripada biasa, deno nampak lebih banyak stok dialisate CAPD dalam lori tu... Hairan juga deno sebab deno rasa macam awal pula stok kali ni sampai.. Agaknya sebab ini dah akhir tahun.....


Walaupun banjir, stok dialisis tetap sampai.. Alhamdulillah... Kalau tidak, habislah deno! Nyawa ketiga deno ni.. Mana boleh tak buat CAPD, sakit la deno nanti.. uhuk uhuk :p

*alhamdulillah semua ni percuma ... kalau tak kerana bantuan kerajaan, mahu ribu-riban setiap bulan bayar, mana la family deno mampu, makan pasir la jawabnya ... haha... alhamdulilllah, bersyukur seadanya :')


p/s: CAPD nyawa ketiga selepas bekalan ubat.. hehe......



Air Dialisate Yang Telah Dimasukkan Ubat

sempat snap sebelum buat CAPD 

Inilah air dialisate CAPD yang nurse dah "cucukkan" ubat antibiotik sebab nak cepat deno tu.. hehe.. nurse tak marah, nurse nefro semua baik-baik! ^^ Sehari je ubat ni, next CAPD tak perlu dah sebab ianya hanya untuk langkah berjaga-jaga

Nampak tak? siap ada tulis petang, malam dan pagi esok.. hehe... Deno dah beritahu CAPD buat 4 kali setiap hari kan.. Yang satu lagi tu, deno dah buat CAPD kat hospital, sebelum tu, nurse dah cucuk kat air dialisate yang tergantung kat stand...

Wayar yang korang nampak tu dah memang bersambung tau.. Dulu masa mula2 deno buat CAPD, wayar lain, dialisate lain, tak bersambung.. Pastu sejak tahun ke berapa entah dah lupa, company Baxter dah upgrade dan lebih menyenangkan patient.. Heeeee... Senang tapi penat juga 4 kali sehari.. huhu

Tahun ni dah 13 buat CAPD :p



p/s: deno buat dialisis sebab SLE.. So? beware of SLE



Kerana Nak Cepat

Kerana nak cepat, buat CAPD laju-laju... Bila buat laju, mula la berlaku kecuaian.. Tangan deno tersentuh hujung tiub bahagian dalam, terpaksa ke hospital untuk tukar transfer set (tiub CAPD) =.=

tunggu nurse siapkan barang

Lama jugak kat hospital.. Dalam 2 jam macam tu.. Lepas tukar transfer set, buat CAPD sekali lagi.. Then nurse masukkan antibiotik dalam air dialisate CAPD.. Ianya sebagai langkah berjaga-jaga..

Macam ni la CAPD, apa2 tak kena atau ada kesilapan terus ke hospital, lebih baik cepat sebelum jadi apa-apa kan? ^^


p/s: next week blood test lagi... habis la darah deno.. huhu :p


13 Tahun

Deno di perpustakaan je tadi...

Al-kisahnya bermula selepas balik dari perpustakaan.. Sebab dah lewat petang, singgah di HSNZ untuk buat CAPD, deno dah biasa tumpang buat CAPD di hospital kalau dah lewat... Dalam CAPD Room ada seorang makcik yang tolong buat CAPD untuk suaminya...

Makcik tu tanya berapa lama dah deno buat CAPD. Deno jawab dah lama.. Makcik tu ingat dah lama tu dalam setahun macam tu.. rupa-rupanya dah 13 tahun. Terkejut betul makcik tu sebab suami dia belum cukup setahun dah rasa penat dan tak larat dah nak buat 4 kali setiap hari ni. Deno pula dah 13 tahun buat CAPD. Deno pun nasihat makcik dan pakcik tu, bagi semangat sikit :)


p/s: kadang2 deno pun ada juga rasa malas tu.. haha... tapi bagi CAPD patient, walau demam, sakit, penat, tak larat dan apa sekali pun, tak boleh tinggal buat CAPD

CAPD Di Mana-Mana

Siapa kata buat CAPD tak boleh bercuti? silap tuuu.....

Boleh, janji ada tempat yang bersih :) Sebelum bercuti jauh, siapkan dulu kelengkapan CAPD, buat checklist berapa hari nak bercuti.. ^^

Air dialisate, minicap dan spray tangan *mask jangan lupa ya ^_^

pastkan tempat bersih.. jangan lupa lap meja dulu^^


p/s: everyday  CAPD..... (pagi, tengahari, petang dan malam) ^^



Stok Dialisate CAPD Untuk 2 Bulan

Alhamdulillah.. sejak air dialisate dihantar terus ke rumah patient, abah tak perlu dah susah2 sewa lori dan angkut air2 CAPD yang berat2 tu di hospital.. syukur :)

Tadi tiba-tiba ada lori besar sampai.. kakhanna pun terkejut.. "eh2, kita takde order perabot.. lori mana ni..?" deno tengok betul2... oh lori air CAPD tu.....

company Baxter

dah penuh dah....

Tiga orang abang lori angkat air ni... berat tau satu kotak.. deno pun tak larat nak angkat. Berat berat berat! Dulu letak luar rumah, sekarang dalam rumah.. Senang sikit nak ambil :)

Stok kali ni dihantar untuk 2 bulan sekaligus. Maksudnya awal bulan 10 pula stok air ubat ni akan dihantar.. Terkejut juga abang lori bila tahu deno dah 13 tahun buat CAPD, boleh tahan lama.. hehe ^^


p/s: deno buat CAPD kerana SLE 



13th Anniversary.. Deno Dan CAPD

 21 Julai 2013

Genap 13 tahun deno dan CAPD!

Deno mula melakukan rawatan CAPD pada 21 Julai 2001 sampai la sekarang.. Hari ini genap 13 tahun deno buat rawatan CAPD.. semuanya sebab SLE, deno redha dengan ketentuanNYA :)

Dulu2 masa mula2 ber"CAPD' ni, malas juga.. ekeke^^ mujurlah ada family yang supportive :) kadang2 abah tolong buatkan, kadang2 ma tolong buatkan, kadang2 kakak pun tolong! Semua pandai buat, bukan patient je sebab family semua perlu tahu. mana tahu kan waktu deno sakit memang perlu ada orang yang tolong buatkan untuk deno.. Pernah deno tak boleh bangun, family gilir2 tolong deno.. :')

Jom berkenalan dengan CAPD ^_^

1. Apakah CAPD? :  Sila klik SINI
2. Apakah fungsi air dialisate CAPD? : Sila klik SINI
3. Apakah tenckhoff chaterer? : Sila klik SINI
4. Persoalan dan jawapan daripada deno : Sila klik SINI
4. Apakah Automated Peritoneal Dialysis?Deno pernah guna mesin tu, tapi dah stop dua tahun lepas : Sila klik SINI



p/s: kadang2 bosan juga.. ekeke :p


Tersilap Guna Air Dialisate CAPD Expired!

Deno tersilap guna air dialisate expired! erk


Mungkin ada air dialisate yang arwah Hj Ghazali beri kat deno hari tu yang expired belum buang ada kat kotak banyak2 tu.. tak perasan pula ada kat situ!

Al-kisahnya deno dah terlewat nak buat CAPD, jadi tergesa-gesa buat tanpa lihat tarikh luput.. Terus je air dialisate tu masuk dalam perut melalui wayar tenchkhoff tu. Tiba-tiba rasa tak sedap hati, tengok2 air expired! Terus tutup claim dan keluarkan balik air.. Minta ma ambilkan air dialisate baru...

Cuai betul! Rasa macam tak percaya sebab sepanjang 13 tahun buat CAPD ni, first time jadi macam ni... ish ish ish..... :p


p/s: nasib baik cepat perasan! bahaya betul!


Air Tak Keluar!

Air dialisate tak keluar la..

Tadi buat CAPD.. tiba-tiba air tak keluar.. dah berdebar ni.. kenapa tak keluar pula ni, biasanya kalau tak keluar tiub deno ada problem ni.. Tengok-tengok rupanya deno tak twist tiub tu.. sebab tu air tak keluar.. nak cepat punya pasal!

-google- bahagian yang deno tak twist untuk bukak lalulan air dialisate keluar

Lega.... tu la kelam kabut buat sampai lupa.. buat CAPD dah hampir 13 tahun, tapi perkara kecil macam ni pun boleh lupa.. haha ~


p/s: klik SINI untuk kenal tenckhoff chaterer :)


Takut Dan 3 kali^^

Hana  ada bertanya :


Soalan 1
Masa mula-mula nak buat dulu, nak belajar buat memang takde rasa takut sebab deno excited nak buat. Doktor ada cakap, kalau dah pandai buat CAPD, boleh balik buat kat rumah.. Masa tu deno 12 tahun kan, nak ambil UPSR. Jadi nak balik sangat, lebih2 lagi dah 4bulan menginap di hospital.. Bila dapat tahu boleh balik tu, excited la nak buat CAPD tu. Sekejap je deno belajar, dalam seminggu dah pandai.. hehe ^_^

Soalan 2
Soalan cepu emas ni^^ Shhh.. pernah juga deno buat 3kali, tapi boleh dikatakan jarang sangat. Deno buat 3 kali tu biasanya bila masa buat CAPD tu dah terlebih had.. macam baru2 ni deno ke kl, terperangkap dalam kesesakan jalan. Sepatutnya sampai rumah buat CAPD pukul 2petang, tapi sampai pukul 6petang, jadi  hari tu buat 3kali je la.. dah terlewat dah..

Tapi esok tu deno buat macam biasa balik, 4kali dengan air dialisate yang lebih kuat. Air dalam perut pun takkan melimpah keluar.. Buat 3 kali bahayanya takut2 nanti badan sembab dan blood pressure naik tinggi.



p/s: wanna know more about CAPD? click HERE :)


CAPD.. Selalu Buat Sendiri?

Soalan dari kak diana :



Ya, selalunya deno buat sendiri CAPD..

Deno mula buat CAPD ketika berumur 12 tahun (yr2001), memang  rutin deno buat CAPD ni setiap hari, 4 kali setiap hari.. fuh kadang2 bosan juga! hihi :p

Tapi ada juga masanya ma atau abah tolong buatkan.. biasanya masa tu deno tak larat, tak sihat, sakit atau pun deno masuk wad, ma atau abah tolong buatkan.. kadang-kadang kakak2 tolong buat CAPD untuk deno.. satu keluarga tahu buat CAPD ni ^_^



p/s: baru je siap buat CAPD :) *CAPD, perkara wajib 

Alhamdulillah.. Berita Gembira!

Alhamdulillah.. alhamdulillah... :')


Dapat surat dari nurse juga tadi...

Mulai bulan depan, abah tak perlu lagi bersusah mengupah orang untuk ambil dialisate CAPD di hospital! Pihak hospital akan menghantar sendiri bekalan dialisate tu ke rumah deno! ^_^

Alhamdulillah.


p/s: terima kasih HSNZ :)

Stok Dialisate CAPD Untuk Bulan 5 Dah Sampai!


Bekalan dialisate CAPD untuk bulan5 dah sampai!

Kesian abang lori dan abah.. Berpeluh-peluh angkat kotak-kotak yang berat nih. 



p/s: setiap bulan abah akan upah orang lori untuk ambil bekalan di hospital... kalau ambil sendiri dengan kereta, banyak kali la ulang alik ... pengsan pula abah nanti.. hihi^^

Jawapan Untuk KAK NORAZAINI RAHMAN

Entry ni untu kak nurzaini..

Deno ke dashbord kak norzaini tapi semuanya private, jadi deno jawab dengan entri ni untuk kaknurzaini :)


Deno pernah kena infection juga.. sebabnya deno kemas bilik, main dengan habuk, pastu terus buat CAPD.. masa tu deno budak lagi tak faham sangat CAPD, tahu buat je.. hehe :p trauma dah lepas tu, sakitnyaaaa... hmmm... memang sakit bila kena infection! 

Buat kaknurzaini, tak perlu takut  untuk buat CAPD, yang penting perlu rajin, berdisiplin dan bersih! Untuk cratinine tu, cratinine deno tinggi.. Dalam 900++ macam tu.. itu pun dah turun sikit, dulu cratinine deno 2000 lebih.. sekarang dah makin kurang, alhamdulillah :)




p/s: klik SINI untuk tahu mengenai CAPD :)


Cyclophosphamide VS CAPD

Lupa... baru-baru ni, Nana ada bertanya...


Chemo ( cyclophosphamide )

Mula-mula deno ada SLE, deno pernah melalui rawatan chemo iaitu Cyclophosphamide.. Cyclo ini ialah sejenis rawatan chemo untuk mengurangkan keradangan buah pinggang.. rawatan kimo ini (cyclo) biasanya dilakukan ke atas pesakit SLE LN (masalah buah pinggang kronik).. ramai rakan SLE deno melalui rawatan chemo ni.. deno pernah buat 12 kali .. tapi, SLE tu lebih kuat dan buah pinggang deno rosak juga... 

CAPD

Continuos Ambulatory Peritoneal Dialysis atau CAPD pula ialah rawatan yang perlu deno lakukan 4 kali setiap hari untuk menggantikan fungsi buah pinggang yang telah rosak.... ada juga pesakit SLE yang buat HD (hemodialisis).. semuanya sebab SLE...

haaaa... itulah perbezaannya.. fungsinya berbeza tetapi dua-dua rawatan berkait dengan buah pinggang :)


p/s: boleh baca mengenai CAPD di SINI  ^_^



Buku Baru

Catatan dalam buku rekod CAPD dah penuh

Jadi petang tadi ke hospital ambil buku baru......^^

dah penuh satu buku... setiap kali buat CAPD, mesti rekod!
setiap kali jumpa doktor, doktor akan tengok ^_^

buku baru!!!


p/s: buku ni free je... ^^


Dialisate CAPD dan Fungsinya

Deno nak terangkan lebih detail tentang air dialisate CAPD

apakah CAPD? klik SINI

inilah beg air dialisate CAPD ~

depan

belakang *beg sekali dengan wayar

*seperti mana yang korang tahu, buah pinggang deno rosak disebabkan SLE.. oleh itu, deno terpaksa melakukan rawatan CAPD 4 kali setiap hari dengan menggunakan air dialisate ini bagi menggantikan fungsi buah pinggang yang telah rosak..

apakah fungsi air dilalisate CAPD?
air dialisate berfungsi untuk "menarik" air di dalam badan termasuk urea dan creatinine (toksik dalam badan).. macam korang yang sihat, air dan segala toksik dalam badan dikeluarkan melalui urine (air kencing), bagi deno pula semua tu keluar melalui air dialisate..

di dalam air dialisate terkandung sejenis bahan seperti glukosa yang berperanan "menarik" air dan toksik dalam badan.. apabila deno melakukan rawatan CAPD, semua itu dapat dikeluarkan.. ini penting kerana, jika deno tak lakukan CAPD, deno akan sakit kerana air berlebihan di dalam badan dan segala toksik tidak dikeluarkan..

berapakah jenis air dialisate?
air dialisate ni mempunyai 3 jenis (lihat gambar pertama) :
- air 1.5% ( tulisan hitam ) : 2000ml
- air 2.5% ( tulisan biru ) : 2000ml
- air 4.25%( tulisan merah ) : 2000ml

air dialisate yang dimasukkan dalam perut deno : 1500ml (perut deno kecil, biasanya orang dewasa 2000ml)

bagaimana air dialisate berfungsi?
setiap 3 jenis di atas berbeza

- air 1.5% 
air ini paling rendah kekuatannya.. macam ni, deno buat CAPD pertama,  air dialisate masuk dalam perut  1500ml.. nanti bila deno buat CAPD kedua, air dialisate tadi yang keluar ialah 1700ml.. nampak tak bezanya? air dialisate telah "menarik" 200ml air dalam badan deno ^_^

- air 2.5%
air ini sederhana kekuatannya.. biasanya air ini boleh menarik air dalam badan deno sehingga 500ml.. lebih kuat daripada air 1.5%

- air 4.25%
air ini paling kuat..! perut akan sakit sikit apabila air dialisate ini digunakan.. air ini boleh menarik 700ml-1000ml air di dalam badan.. biasanya deno guna air ini bila deno terlebih minum air, badan sembab atau tekanan darah tinggi.. air ini jarang deno guna^^


haaaa.... macam mana? faham tak? kalau tak faham boleh tanya di ruang komen ya.. ^_^



p/s: SLE menyebabkab buah pinggang deno rosak.. beware of SLE..