Showing posts with label CAPD dan travel. Show all posts

Checklist

"Adik...! Mana checklist???"  Tu dia abah dah bising tanya dah....


Beberapa jam nanti bertolak ke KL..

Tapi sebelum tu kena buat check list.. Ubat,air dialisate CAPD berapa nak bawak, spray, mask, glove, plaster, minicap, file kesihatan dan macam-macam la..

Macam ni la bila nak travel, mesti buat checklist! Kira berapa hari duk sana, then mesti kira betul2 berapa dialisate CAPD nak kena bawa.. Sejak tahun 2001, deno sokmo la macam ni.. hehe .. Sapa kata CAPD patient tak boleh travel? boleh je... (✿◠‿◠)


p/s: walaupun buat 4 kali setiap hari, boleh je jalan2.. hospital, klinik merata tempat.. boleh je tumpang ber"CAPD" tapi mesti ada surat doktor :)