Dayang Deno: CAPD
Showing posts with label CAPD. Show all posts
Showing posts with label CAPD. Show all posts

21.7.18

18 Tahun
July 21, 2018 6 Comments
21 Julai 2018

Genap 18 tahun deno bersama rawatan CAPD (Peritoneal Dialysis). Deno dialisis kerana SLE/ Lupus. Followers blog deno tentu dah tahu kisah deno dan Lupus kan.



Deno dialisis sejak tahun 2001. Teringat pula dulu sewaktu mula-mula nak pasang tiub tu. Semasa di dalam OT, deno senyum je excited sebab doctor cakap kalau buat dialisis ni boleh balik rumah (masa tu dah berbulan-bulan di hospital sebab Lupus flare). Tapi bila dah sedar dari bius, nangis sebab sakit! Then, tiba-tiba pula ada wayar di perut (tiub dialisis). Seingat deno... deno baring je sebab tak mampu nak bergerak, sakit. Semua my mom uruskan. Selepas beberapa hari barulah sakit berkurangan. Deno dah boleh training untuk buat dialisis sendiri.. Masa nak training tu pun happy je sebab tak sabar nak balik rumah. Tapi bila air ubat masuk... Haaa dia punya sakit tuhan jelah tahu, plus rasa tak selesa. Deno akan genggam tangan tahan rasa sakit, tahan rasa tak selesa. Syukur deno cepat faham dan sekejap sahaja dah lulus dialysis training. Ingat lagi, hari-hari deno tanya doctor bila boleh balik. Mujurlah deno dapat balik Terengganu sebelum UPSR bermula.. Masa tu deno hanya mampu pergi sekolah 42 hari, selebihnya di hospital dan di rumah sebab sakit. Syukur juga dapat ambil UPSR di sekolah :)

x x x x x

Hari ni betul-betul genap 18 tahun deno dan dialisis. Peritoneal Dialysis ni dibuat 4 kali setiap hari. Kalau dulu rasa sakit, tak selesa, tapi sekarang dah tak rasa apa. Mungkin sebab dah lama dan dah biasa. Ada orang tak percaya deno dialisis setiap hari, tapi inilah hidup deno. Rawatan dialisis ni ibarat nyawa. Ke mana deno pergi deno akan bawa semua peralatan dialisis. Kalau tak dialisis satu hari pun bahaya, boleh sesak nafas, boleh ancam nyawa. Paling jauh deno dialisis di Mekah, sewaktu menunaikan umrah pada tahun 2016.

Letih? Honestly letih juga.. tapi deno letak tepi "letih" tu sebab rawatan ni dah jadi sebahagian hidup deno. Kena terima dan biasakan diri. Pernah juga terlalu letih sampai terlewat buat dialisis, lewat sebab deno tertidur. Kadang-kadang dah macam pengsan bila terlalu letih. Tapi letih pun tetap kena dialisis. Tak sihat, tak boleh bangun pun still kena buat dialisis ni (kalau deno tak mampu buat, abah atau mama akan tolong). Pendek kata tak boleh tinggal sehari pun!

Sekejap sungguh masa berlalu kan? Syukur alhamdulillah, dengan izinNya rezeki tiub tenchkoff untuk dialisis masih baik dan berfungsi dengan baik :) Jika nak difikirkan tentang apa yang akan berlaku in the future memang takut, risau dengan condition diri ni.  Tapi deno cuba positive dan tak nak over thinking. Just go with the flow...  Buat yang terdaya dan termampu. Moga Allah sentiasa berikan hambaNya yang bernama Dayang Norhidayah ini kesihatan, ketabahan dan kekuatan.. Amin! Doakan deno ya :)





Reading Time:

15.2.15

Sabar Lebih
February 15, 2015 7 Comments

Kita kena sabar lebih...

Apa yang tertulis dan ujian kat kita semua untuk kebaikan kita. Kadang-kadang ada juga terasa, bila nak pergi jauh, travel, bersukan, aktiviti lasak, kerja, semuanya terhad. Teringin tapi tak boleh dengan keadaan diri. Tak apa, sabar dan ingatkan diri mungkin deno tak mampu semua tu tapi Allah berikan deno rezeki bersama abah ma setiap masa yang tak semua orang dapat. Apa-apa pun dalam dunia ni, kita kena sabar lebih kan? :)

**thanks to all dayangdeno supporters and my customer yang faham ngan deno macam mana 

Reading Time:

11.1.14

Ambil Dialisate CAPD Awal Pagi
January 11, 2014 4 Comments
Abah! Dah 4am!

Kejutkan abah awal-awal pagi, nak ambil air dialisate CAPD yang kakngah "pos" dari Terengganu! Deno dah kira siap-siap sebelum datang KL last week. Total kotak ubat yang bakal tiba nanti ialah 5 kotak. Macam ni lah kehidupan deno, waktu holiday pun mesti buat CAPD! Wajib! Tak boleh skip, nanti boleh sakit. 

Bila ubat ibarat "nyawa".. 

stok dialisate di rumah 




Reading Time:

7.12.13

Stok Dialisate CAPD Untuk Bulan Januari Dan Febuari
December 07, 2013 11 Comments
Tengahari tadi tiba-tiba dapat call ada orang nak hantar barang.. Rupa-rupanya orang nak hantar  bekalan dialisate CAPD :)


Kali ni lori lain. Besar daripada biasa, deno nampak lebih banyak stok dialisate CAPD kat dalam lori tu. Hairan juga deno sebab rasa macam awal pula stok kali ni sampai. Agaknya sebab ini dah akhir tahun dan musim hujan kan, jadi pihak hospital hantar lebih bekalan dan awal daripada biasa.


Walaupun musim bajir, stok dialisis tetap sampai. Alhamdulillah... Kalau tidak habislah deno! Nyawa ketiga deno ni. Mana boleh tak buat CAPD, sakit la deno nanti.. uhuk uhuk :p

*alhamdulillah semua ni percuma ... kalau tak kerana bantuan kerajaan, mahu ribu-riban setiap bulan bayar, mana la family deno mampu, makan pasir la jawabnya ... haha... alhamdulilllah, bersyukur seadanya :')


p/s: CAPD nyawa ketiga selepas bekalan ubat.. hehe......



Reading Time:

26.8.13

CAPD Di Mana-Mana
August 26, 2013 17 Comments
Siapa kata buat CAPD tak boleh bercuti? silap tuuu.....

Boleh, janji ada tempat yang bersih :) Sebelum bercuti jauh, siapkan dulu kelengkapan CAPD, buat checklist berapa hari nak bercuti.

Air dialisate, minicap dan spray tangan *mask jangan lupa ya ^_^

pastkan tempat bersih.. jangan lupa lap meja dulu^^


p/s: everyday  CAPD..... (pagi, tengahari, petang dan malam) ^^



Reading Time: