Dayang Deno: CAPD
Showing posts with label CAPD. Show all posts
Showing posts with label CAPD. Show all posts

13.6.12

Deno Dan CAPD
June 13, 2012 24 Comments

Apakah CAPD?

Untuk pengetahuan semua, deno mengidap SLE sejak berusia 10 tahun dan didiagnosis dengan SLE Lupus Nephritis class IV. SLE telah menyebabkan kedua-dua buah pinggang deno mengalami keradangan yang teruk dan deno terpaksa melakukan rawatan dialisis CAPD untuk menggantikan fungsi buah pinggang yang telah rosak.

Image result for capd"

CAPD adalah salah satu kaedah dialisis. Kaedah ini memerlukan cecair dialisis dimasukkan ke dalam rongga peritoneal di ruang abdomen melalui tiub khas (Tiub tenckhoff) yang dimasukkan secara kekal melalui prosidur pembedahan kecil. Selaput atau membran yang menyelaputi abdomen (peritoneum) membolehkan bahan kumuh dan cecair yang berlebihan menyerap daripada darah ke dalam cecair dialisis. Cecair ini kemudiannya dibuang dari badan secara berkala.

Contohnya, (bagi orang yang sihat) segala toksik dan air di dalam badan dibuang melalui urine dan semuanya diproses oleh buah pinggang. Tapi apabila buah pinggang telah rosak, pesakit perlu melakukan rawatan dialisis untuk membantu proses pembuangan bahan kumuh.

Image result for capd"

Bagi pesakit yang melakukan rawatan CAPD, sejenis cecair (dialysate) akan dimasukkan ke dalam rongga perut, kemudian akan dikeluarkan balik selepas beberapa jam.

Contoh:
Masukkan cecair dialysate melaui tiub : 1000ml
Selepas 6 jam
Keluarkan cecair dialysate tadi dan ia dah jadi waste fluid : 1500ml

**Sewaktu cecair dialysate di dalam rongga perut, pesakit boleh lakukan apa sahaja aktiviti harian. Tetapi pesakit perlu buat rawatan CAPD mengikut masa yang telah ditetapkan (4 kali setiap hari)

Korang mesti pelik kan kenapa mula-mula dialysate fluid masuk :1000ml. Kemudian keluar waste fluid keluar :1500ml? Fungsi cecair (dialysate fluid) adalah untuk "menarik air" daam badan. Lebihan 500ml tu ialah air dalam badan yang berjaya ditarik oleh cecair tu.. korang yang sihat mudah je, melalui urine.

Setiap kali nak buat rawatan CAPD, deno akan pastikan semua alatan dan kelengkapan tersedia dengan baik. Tempat rawatan juga mestilah bersih. Sebelum rawatan, kita wajib pakai mask, cuci tangan mengikut step selama 5 minit, minicap perlu ditukar setiap sesi dan rawatan CAPD ini perlu dilakukan 4 kali setiap hari (pagi, tengahari, petang dan malam). 


Image result for capd"

Letih juga.. 4 kali setiap hari. Kita perlu rajin dan disiplin. Kadang-kadang ada juga rasa malas tapi mesti pujuk diri sendiri. Kalau malas kita juga yang sakit kan? Deno mula dengan rawatan CAPD ni pada tahun 2001 sehinggalah sekarang. Alhamdulillah syukur rezeki Allah berikan tiub yang berfungsi dengan baik bersama deno. Mula-mula dulu sakit dan tak selesa juga, tapi lama-kelamaan deno biasa.. dah tak sakit. Alhamdulilah :)


p/s: SLE is invisible


Reading Time: