Dayang Deno: CAPD
Showing posts with label CAPD. Show all posts
Showing posts with label CAPD. Show all posts

13.8.13

Stok Dialisate CAPD Untuk 2 Bulan
August 13, 2013 14 Comments
Alhamdulillah sejak air dialisate dihantar terus ke rumah patient, abah dah tak perlu susah sewa lori dan angkut bekalan ubat CAPD yang berat tu di hospital.. syukur :)

Tadi tiba-tiba ada lori besar sampai, kakhanna pun terkejut.. "eh kita takde order perabot, lori mana ni?" Oh lori CAPD tu rupa-rupanya..

company Baxter

Tiga orang abang lori angkat air ni, berat tau kotak-kotak ubat ni. Deno pun tak larat nak angkat. Berat berat berat! Dulu letak di luar rumah, sekarang dalam rumah pula. 

Stok kali ni dihantar untuk 2 bulan sekaligus. Maksudnya awal bulan 10 pula stok air ubat ni akan dihantar ke rumah deno. Terkejut juga abang lori bila tahu deno dah 13 tahun buat CAPD, boleh tahan lama. hehe.. Alhamdulillah dengan izin Allah, tiub deno berfungsi dengan baik. Alhamdulillah :)


p/s: deno buat CAPD kerana SLE 



Reading Time:

21.7.13

13th Anniversary.. Deno Dan CAPD
July 21, 2013 19 Comments
 21 Julai 2013

Genap 13 tahun deno dan CAPD!

Deno mula melakukan rawatan CAPD pada 21 Julai 2001 sampai la sekarang. Hari ini genap 13 tahun deno buat rawatan CAPD.. 

Dulu sewaktu masih baru dengan rawatan ni, penat juga. Alhamdulillah syukur deno ada family yang supportive :) Bila tak sihat, abah, ma atau kakak akan tolong bergilir-gilir buatkan rawatan dialisis ni untuk deno. Bukan patient je tahu, satu family semua perlu tahu. Mana tahu kan waktu deno sakit memang perlu ada orang yang tolong buatkan dialisis ni untuk deno. 

Jom berkenalan dengan CAPD ^_^

1. Apakah CAPD? :  Sila klik SINI
2. Apakah fungsi air dialisate CAPD? : Sila klik SINI
3. Apakah tenckhoff chaterer? : Sila klik SINI
4. Persoalan dan jawapan daripada deno : Sila klik SINI
4. Apakah Automated Peritoneal Dialysis?Deno pernah guna mesin tu, tapi dah stop dua tahun lepas : Sila klik SINI



Reading Time:

12.7.13

Tersilap Guna Air Dialisate CAPD Expired!
July 12, 2013 16 Comments
Deno tersilap guna air dialisate expired!


Image result for expired


Mungkin air dialisate yang family arwah Hj Ghazali sedekah pada deno hari tu ada yang expired, tak perasan pula ada kat situ!

Al-kisahnya deno dah terlewat nak buat CAPD, jadi tergesa-gesa buat tanpa lihat tarikh luput. Terus je air dialisate tu masuk dalam perut melalui wayar tenchkhoff tu. Tiba-tiba rasa tak sedap hati, terkejut bila tengok air expired! Terus tutup claim dan keluarkan air ubat tu dan minta ma tolong ambilkan dialisate baru.

Cuai betul! Rasa macam tak percaya sebab sepanjang 13 tahun buat CAPD ni, first time jadi macam ni... ish ish ish. :p



Reading Time:

22.5.13

Air Tak Keluar!
May 22, 2013 4 Comments
Air dialisate tak keluar la..

Tadi masa CAPD tiba-tiba air tak keluar. Terus rasa cuak dan berdebar, biasanya kalau air tak keluar akan ada kaitan dengan tiub. Risau ada masalah.. Bila deno check dan tengok rupa-rupanya deno tak twist tiub tu, sebab tulah air tak keluar! Nak cepat punya pasal!

-google- bahagian yang deno tak twist untuk bukak lalulan air dialisate keluar

Lega.... tu la kelam kabut buat sampai lupa! Buat CAPD dah hampir 13 tahun, tapi perkara kecil macam ni pun boleh lupa.. haha ~


p/s: klik SINI untuk kenal tenckhoff chaterer :)


Reading Time:
Takut Dan 3 kali^^
May 22, 2013 4 Comments
Hana  ada bertanya :


Soalan 1
Sewaktu mula-mula nak buat dulu takde rasa takut. Doktor ada cakap kalau dah pandai buat CAPD, boleh balik  rumah. Masa tu deno 12 tahun dan nak ambil UPSR. Deno pula nak balik sangat sebab dah 4 bulan di hospital dan bila dapat tahu boleh balik memang rasa lebih excited. Alhamdulillah sekejap sahaja deno belajar dan training CAPD :)

Soalan 2
Soalan cepu emas ni^^ Shhh pernah juga deno buat 3kali, tapi boleh dikatakan jarang sangat. Deno buat 3 kali tu biasanya bila masa buat CAPD tu dah terlebih had. Macam sewaktu deno ke kl, terperangkap dalam kesesakan. Sepatutnya sampai rumah buat CAPD pukul 2 petang, tapi sampai pukul 6 petang. Jadi  hari tu buat 3 kali je sebab dah lewat.

Tapi esok tu deno buat macam biasa balik, 4 kali dengan air dialisate yang lebih kuat. Air dalam perut pun takkan melimpah keluar. Buat 3 kali bahayanya badan boleh jadi sembab, blood pressure naik tinggi dan boleh sesak nafas.



p/s: nak tahu lebih banyak mengenai CAPD? klik SINI :)


Reading Time: