Dayang Deno: Cakap Ganu
Showing posts with label Cakap Ganu. Show all posts
Showing posts with label Cakap Ganu. Show all posts

18.8.11

Belajar Cakap Ganu (part2)
August 18, 2011 3 Comments
            Helo dan assalamualaikum semua! Ehem-ehem.. Hari ini miss deno nak meneruskan pelajaran kita belajar cakap ganu. Baru-baru nie kita belajar cakap ganu perkataan dua2.. hari nie perkataan biasa je.... Jom sebut!

1. kabo ( beritahu )

2. cer ( cuba )

3. salloh ( tersilap atau tersalah )

4. debbor ( berdebar-debar )

5. dok ( tak atau bukan )

6. noppat ( melompat )

7. godang ( pukul )

8. dang ( sempat )

9. dok dang ( tak sempat )

10. dok soh ( jangan )


~ Psst2, boleh sebut tak...? (^_^)

Reading Time:

11.8.11

Belajar Cakap Ganu
August 11, 2011 7 Comments
Assalamualakium dan selamat petang semua... Okey, hari nie miss deno nak ajar cakap ganu sementara menunggu waktu berbuka puasa ya... Jom sebut!

1. manis letting (amat manis)

2. tawar heber (amat tawar)

3. kuning sior (terlalu kuning)

4. merah nyalle (terlalu merah)

5. putih sepuk (terlalu putih)

6  peluh jeruk (terlampau berpeluh)

7. comey lotey (sangat comel)


~ Psst2, sebut betul tak? (^_^)

Reading Time: