Showing posts with label Cara Buat Air Barli Lemon. Show all posts

Barli Lemon Yang Menyegarkan

            Hari nie deno nak share resipi air barli lemon. Resipi nie deno belajar dari kawan deno, biasanya deno minum air barlie je... takde lemon.. tapi bila dicampur dengan perahan lemon rasanya sangat sedap dan menyegarkan! Jom cuba!


Untuk membuat air barli lemon nie sangatlah mudah... bahan dia tak banyak!

Bahan-bahan :

1. setengah mangkuk barli
2. 2 @ 3 biji lemon
3. gula secukup rasa
4. air dalam 800ml (bergantung banyak mana nak buat)

Cara-cara :

Mula-mula, cuci barli sampai bersih. Pastu rebus barli tadi dalam air sampailah barli tu kembang dan lembut... Kemudian, masukkan gula secukup rasa dan kacau dengan perlahan... biarkan dalam 10 minit, then perahkan lemon ke dalam air barli tadi dan kacau sekali lagi... siap!

Boleh diminum suam2 atau boleh diminum sejuk bersama ais.. Deno lebih gemar minum barli lemon ais coz rasanya amat menyegarkan...!! jangan lupa makan barli tu sekali ya.. bagus untuk kidney kita! selamat mencuba! (^_^)


~ Psst2, sedap...