Showing posts with label Cara Elak Gigi Kuning. Show all posts

TIP Gigi Sentiasa Bersih Dan Berkualiti

http://www.emocutez.com
Kalau korang nak gigi sentiasa bersih, sihat dan kuat, jom ikut tip2 kat bawah nie..... 


  • Pilih makanan yang berkhasiat dan kurang gula. Ini kerana bakteria dalam plak bertindak balas dengan gula di dalam makanan untuk menghasilkan asid yang menyerang dan melemahkan enamel gigi (lapisan pelindung keras di permukaan atas gigi) seterusnya membuka laluan untuk kaviti terbentuk. Justeru, makanan bergula tidak disarankan  diambil secara berlebihan.
  • Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari menggunakan berus gigi yang lembut.
  • Janagan pilih berus yang terlalu panjang, pilihlah yang sekadar cukup menampung dua gigi dalam satu gosokan.
  • Mulakan memberus gigi pada bahagian luar dan dalam gigi, diikuti dengan atas dan bawah kemudain dilakukan secara kombinasi. Kemudian berus pada bahagian bawah depan lidah, dikuiskan berus sedikit ke bahagian atas.
  • Gunakan ubat gigi yang berflorida kerana ia lebih baik untuk permukaan gigi. Bagaimanapun, hanya letakkan ubat gigi dalam anggaran sebiji kacang pis setiap kali ingin memberus gigi. Ini kerana penggunaan ubat gigi yang berlebihan juga mampu memudaratkan gigi anda.
  • Pastikan anda sentiasa membersihkan celah gigi anda (menggunakan flos) setiap hari.
  • Doktor gigi menyarankan anda menukar berus gigi sekurang-kurangnya sekali setiap tiga bulan atau lebih awal sekirannya berus gigi kelihatan haus. Ini kerana kajian menunjukkan berus gigi baru mampu menanggalkan lebih banyak plak daripada berus gigi berusia lebih dari 3 bulan.
  • Penggunaan cucian kumur (mouthwash) juga sangat efektif dalam menyingkirkan sisa makanan di celah gigi.
  • Kunjungi doktor gigi sekurang-kurangnya sekali setiap enam bulan untuk pembersihan gigi dan pemeriksaan.

~ Psst2, jom jaga gigi! (^_^)