Showing posts with label Cara Menegur Suami Dengan Betul. Show all posts

Cara Betul Menegur Suami

Selamat petang semua :)

Tetiba nak buat entry pasal rumahtangga.. hikhik.. okeh kakak-kakak sekalian yang punya suami, cik abang, mr hubby, mr kacak dan macam-macam lagi panggilan manis kan.. deno ada sikit cara betul nak tegur suami.. hihihi.... kenapa tetiba cerita rumahtangga ni? hehe

 

Menyuruh suami membuang sampah
SALAH : Asyik ngadap tv, baca suratkhabar.. blablabla.. tengok sampah tu dah menimbun! bukan nak tolong ke apa.. ingat saya orang gaji ke apa kat rumah ni?
BETUL : Boleh tolong buangkan sampah?

Mengajak sumai makan di luar
SALAH : Tengok laki orang lain, seronok je bawak anak bini makan kat luar sekali-sekala..Nak harapkan awak ni... habuk puk takde.. kedekut!
BETUL : Hujung minggu ni boleh abang bawa saya dan anak-anak makan di luar?

Mengajak suami pergi bercuti
SALAH : Bila la agaknya dapat pergi bercuti...entah apa la malangnya nasib saya ni... tak macam isteri orang lain..
BETUL : Kita pergi bercuti nak tak bang? bawak anak-anak makan angin?

Menyuruh suami menebas lalang dan rumput sekeliling rumah
SALAH : Saya rasa agaknya rimau pun dah ada dalam semak lalang tu.. ular jangan cakaplah, siap bertelur.. tunggu masa je nak masuk rumah ni.. takkan saya nak kena buat.. prihatin la sikit abang oiii..
BETUL : Kalau abang ada masa lapang, abang tolong tebas rumput lalang sekeliling rumah ni ya bang.. dapat juga keluarkan peluh, sihat bdan..

Minta suami masak
SALAH : Asyik saya je... mana nak layan anak lagi, nak kemas rumah lagi.. penat-penat nak kena masak pulak...
BETUL: : Rindunya saya dengan  sambal udang yang abang masak dulu.. gembiranya kalau dapat makan hari ni..




p/s: deno ke hospital lagi petang nanti