Showing posts with label Cara Nak Hilangkan Lebam Bekas Cucuk. Show all posts

Cara Nak Hilangkan Lebam Bekas Cucuk

Deno dah biasa kena cucuk untuk blood test dan pasang branula..

Waktu pasang branula tu memang sakit, lebih sakit daripada blood test.. lebih2 lagi branula hijau.. mesti 2-3 kali cucuk baru dapat.. huhu.. Kalau cucuk untuk blood test pula, dah biasa kena cucuk duatigapat kali sebab urat deno halus.. 

Bila dah kena cucuk banyak kali ni, mesti lebam kan? biasanya macam-macam warna ada.. biru, hijau, ungu.. nasib baik tak lebam pink je.. hehe

branula biru

Biasanya deno buat macam ni bila lebam :

1- Letak air panas dalam botol (campur air sejuk sikit), kemudian letak botol tu pada bahagian lebam.. biasanya deno golek2 botol tu kat lengan tempat lebam, buat dalam 10 minit.. buat hari2 sampai hilang lebam

2- Letak ais.. Letak beberapa ketul ais atas sehelai kain, bungkus kain tu buat macam bunjut adabi tu.. tuam sekejap sekejap atas lebam.. 

3- Ambil tuala bersih.. buat macam bunjut, letak pada mulut dan hembuskan ikut mulut pada bunjut tuala tu, kemudian guna bunjut tu tuam pada lebam



p/s: rekod paling banyak kena cucuk 7 kali masa nak pasang branula.. nangis! :p