Dayang Deno: Cerita Lawak
Showing posts with label Cerita Lawak. Show all posts
Showing posts with label Cerita Lawak. Show all posts

22.3.12

Gelak Petang :)
March 22, 20121 Comments
 gambar hiasan

seorang bapa membawa dua anaknya menaiki motor ke kedai
jumlah di atas motor menjadi tiga orang
dalam perjalanan ke kedai
seorang pegawai polis telah menahan mereka
tetapi si bapa tidak memberhentikan motor
dia hanya memperlahankan motor sambil berkata...

"maaf encik, motor kami dah penuh.. tak boleh tumpang.."

dengan selamba dia berlalu meninggalkan encik polis...


Reading Time:

8.12.10

CINDiRELLA
December 08, 20101 Comments
     Cindy tersentak, namanya dipanggil. Cindy memandang ke arah pintu di mana datangnya suara itu. Burung2 yang sedang makan di tepi tingkapnya semua terbang. Chip!Chip!Chip! Seekor burung kelicap terbang di bahu Cindy. Cindy menoleh ke arah burung itu. "Takpe, Cindy okey.. Cindy rela. Chip pergi main dulu ya.. Cindy ada kerja nak buat... "beritahu Cindy.

     
      Kakak tiri Cindy, iaitu Cindu dan Cindai sedang bercekak pinggang menanti Cindy. "Ni! gaun aku, kenapa tak basuh lagi?!" Jerit Cindu. "Mana makanan aku? Lembaplah kau ni!?" Marah Cindai. Cindy cepat-cepat mancapai baju di tangan Cindu dan kemudiannya ke dapur menyiapkan makanan Cindai. Setelah siap hidangan Cindy membawa hidangan ke meja. "Aku pun nak juga!" Cindu menjerit. Cindy ke dapur semula, dia membuka tutup periuk. Kreeekkk! Perutnya berbunyi. Cindy memegang perutnya yang lapar, dia terliur melihat sup di dalam periuk itu. Cindy menceduk sup ke mangkuk untuk Cindu namun dia tinggalkan sedikit untuk dirinya. Cindy ke depan dan memberika hidangan itu kepada Cindu. "Tak aci! Tadi Cindai punya penuh. Kenapa aku punya tak penuh! Mana periuknya." Cindu bangun dan terus ke dapur. "Ooo.. kau tinggal untuk kau la ni..Hah! Ambik ni... Hahaha!" Candu menyiram sup dari periuk ke rambut Cindy.
     
      "Cindy, awak kena melawan kakak tiri awak tu.. " beritahu cik tikus. "Cik Ti, tak apa... Cindy rela" beritahu Cindy. Setiap malam Cindy akan tidur begitu lena kerana badannya yang letih kerana di siang harinya Cindy akan membuat kerja sehingga tiada waktu untuk berehat.
      
        Pagi-pagi lagi Cindy akan bangun untuk mulakan rutin hariannya. Pagi itu ada tetamu yang datang ke rumah mereka. Rupanya utusan dari istana, utusan itu membawa perkhabaran satu majlis akan diadakan untuk semua para gadis.  Putera raja akan memilih  seorang gadis untuk dijadikan isterinya. Cindu dan Cindai tersenyum-senyum bila mendengar undangan itu. Sejak dari saat itu, mereka berdua berlumba-lumba untuk membuat persiapan ke majlis itu. "Aaa... jangan tiru gaya aku. Aku dulu yang nak pakai rantai mutiara tu. Bak sini.." Cindai menarik rantai itu sampai terputus. "Bodoh! Bak sini tu gaun aku kan.." Cindu pula menarik gaun di tangan Cindai sehingga terkoyak dua. Kemudian mereka berdua bermasam muka dan memilih pakaian dan aksesori lain.



          Cik Tikus dan Cik Kelicap mengambil baju dan rantai tadi mengubahnya dan menghadiahkan gaun dan rantai itu kepada Cindy. Cindy sangat gebira dengan gaun dan rantai yang cantik itu. Bila tiba hari itu, Cindy juga bersiap untukmengikut kakak tirinya . Namun ibu tirinya memarahinya dan tidak membenarkannya untuk pergi. "Eh, ini gaun aku. Kau jahit balik ek.. Bak sini balik!" Cindu menarik sehingga gaun itu terkoyak semula. "Rantai aku ni. mana kau dapat ni? Hish! " Cindai juga menarik sehingga putus rantai mutiara di leher Cindy. "Isk! Isk! Isk!" Cindy menangis kerana tidak dapat menghadiri majlis itu. kerana air matanya yang suci itu datanglah pari-pari. Pari-pari itu membantunya , pakaiannya yang koyak bertukar menjadi gaun cantik berwarna perak. Manakala di kakai Cindy tersarung kasut kaca yang sangat cantik.


          Cindy diiringi pergi dengan menaiki kereta kuda yang sebenarnya hanya satu magik dari Cik Tikus dan sebiji labu. Semua terpegun dan tertawan dengan kecatikan Cindy. Begitu juga dengan Putera raja yang sepanjang malam menari dengannya. Keindahan malam itu tiba-tiba menjadi kelam-kabut kerana Cindy telah berjanji dengan pari-pari untuk balik sebelum pukul 12 tengah malam. Jam sudah berbunyi, Cindy berlari menuruni anak tangga dan kasutnya tertanggal. Ting! Tong! Ting! Tong!

          "Cindy! Cindy! Cindy!" Cindy membuka mata. "Eh, bangun.Dah lambat nak pergi sekolah ni.. nanti tertinggal bas kena jalan kaki pula." Kata mak Cindy. "Cindy rela mak. Cindy relalah. Cinderella... " Cindy tersenyum sendirian. Rupanya Cindy tertidur dan bermimipi cerita Cindirella tapi sayang mimpi Cindy belum lagi habis sampai kahwin dengan Putera Raja. Cindy baring semula dan nak tidur semula. Cindy nak mimpinya sambung balik. "Cindy! Laa....  baring balik pulak. Bangun!!!!! " Jerit mak Cindy.


            "Cindirella... akulah tu....... " Senyum Cindy sendirian.

(^_^)
  
Reading Time:

2.12.10

KETAWA itu SIHAT(5)
December 02, 2010 2 Comments


Kencing Masam Lebih Teruk


Pada suatau hari di Hospital Kota Bharu, Kelantan, seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama. Lelaki muda menyapa, "Pok cik ni sakit gapo?"
   "Kecing manih. Lamo doh..." Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya orang muda di sebelahnya. "Tu bakpo pulok?" "Kecemase"
"Ohhhh... kecing mase lebih teruk dari kecing manih.. "

Kantoi

Suatu hari, Salmah ingin ponteng sekolah. Dia menelefon guru kelasnya dan menyamar sebagai ibunya.


Salmah  : Hello, adakah itu cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6 hijau?
Cikgu    : Ya, saya..
Salmah  : Cikgu, hari ini Salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.
Cikgu    : Ok.. Ok...er.. boleh saya tahu siapa yang sedang bercakap?
Salmah  : Emak saya...

(^_^)

Reading Time:

1.12.10

KENAPA Suka Cuti Sekolah?
December 01, 2010 2 Comments
Cuti sekolah datang lagi? Kenapa diaorang nie suka sangat kalau cuti sekolah? Jom ikuti temu bual khas bersama mereka......


MOHD IMAN BIN ALI (murid kelas 2 Laju)
"Memang la best cuti sekolah, tak payah buat kerja sekolah. Takpayah bangun pagi, tak payah basuh kasut, tak kena marah dengan cikgu. Semua yang tak best tu tak payah buat dah."

CiKGU ROGAYAH HANUM (guru kelas 6 Cerdas)
"Cuti sekolah masa nie lah paling ditunggu-tunggu, kitaorang para cikgu boleh tenangkan fikiran dari masalah murid-murid. Selesai dah buat soalan ujian, tanda kertas ujian.... tak payah buat apa2 tapi gaji tetap ada! "

ENCIK MOHD RAZALI BIN RAZAK (jaga sekolah separuh masa)
"Masa nie lah saya nak relaks, tak payah nak bukak pintu pagar, tak payah nak jaga pintu sekolah, takde nak layan kerenah mak bapak budak sekolah, cikgu kecik, cikgu besar... kira masa cuti sekolah nie saya menjaga diri saya je lah..."

PUAN LETHCUMI (cleaner sambilan sekolah)
"Sudah cuti ka..? Patut la itu toilet sumua bersih, tipi-tipi semua kelas tarak kotor. Sekolah kalu lapan kali jugak cuci itu tandas, sampah itu budak suka buang rata-rata. Apadia ingat saya tarak kerja mau bikin? Chit!"

TOK BAH (mudin profesional)
" Eh, sapa kata saya nie takde kena mengena dengan sekolah? Memang la tak kerja kat sekolah tapi kalau cuti sekolah nie lah khidmat saya diaorang cari. Bolah la nak tambah pendapatan.... Sebab tu saya suka cuti sekolah. DAh namanya tok mudin mesti la potong a**, kalau potong bunga tu tukang kebun!"

(^_^)

Reading Time:
KEMALASAN Yang Wujud Di MUsim Cuti Sekolah @ Cuti Semester
December 01, 2010 7 Comments
  
Musim cuti sekolah muncul kembali. Di cuti sekolah ini, ada beberapa jenis kemalasan yang wujud pada diri seseorang pelajar... Siapa tu...? Korang la... Siapa lagi. Mungkin korang tak perasan, tapi lepas baca nie tentu korang perasan........

MALAS MENGAJI
Korang malas mengaji dengan memberi alasan kepada mak bapak kprang bahawasanya mengaji jugak termasuk dalam cuti sekolah. Jadi, mengaji pun cuti.

MALAS MENDENGAR KATA
Kat sekolah atau kampus pun korang malas nak dengar kata cikgu atau lecturer, musim cuti sekolah atau cuti sem pula korang malas mendengar kata orang tua yang memberi nasihat untuk kebaikan.

MALAS MENOLONG
Bila mak ayah korang mintak tolong buat keje sikit, korang dengan pantas menjawab malas dan minta adik-beradik lain yang tolong buat. 

MALAS BANGUN TIDUR
Bila cuti sekolah jew, masing2 mula la mem'buta' sampai ke petang.. Nasib baik tak bawak ke maghrib. Yang baru mula cuti semester, pandai guna alasan nak 'qada tido yang tak cukup masa study untuk final exam. So. bila stat cuti, malas bangun tido on time. Kalau boleh, nak tido satu hari.

MALAS MANDI
Dari pagi bawak ke petang sampai la kena bebel ngan orang tua... Tu pun masih malas mandi. Badan dah bau macam kambing tak masuk kandang.

MALAS MEMBACA
Buku2 bacaan, majalah atau surat khabar yang dibeli tak berubah tempat langsung.  Macam baru dibeli dikedai, tak terusik pun. Kalau buku pelajaran lagi la malas nak baca, sentuh pun tak, jeling pun tak mahu.. Cuti la katakan..

MALAS DUDUK RUMAH
Rumah punya la besar megalahkan MB.. Macam2 ada, PS berapa nak, PS3... PS4..?semua ada. Internet ada, TV ada.. tapi seminit pun  tak lekat kat rumah. Rumah cuma tempat mandi, makan dan tido... Keluar jew kejenya, malas duduk rumah.

~ Psst2, jangan malas2... (^_^)

Reading Time: