Showing posts with label Cerita Seram Hospital. Show all posts

Hospital Berhantu? #2

Lupa nak sambung cerita deno hari tu...

ini sambungan cerita deno...


macam yang deno cerita kan.. tapak kaki kanak-kanak tu berada di dinding bahagian atas dekat dengan  syiling.. memang la pelik kan, macam mana boleh ada kat atas tu..

kalau korang tengok pun hairan macam mana ada tapak kaki budak tempat tinggi macam tu.... deno pernah tanya nurse, macam mana ada tapak kaki tu.. nurse beritahu dulu tak ada, tiba-tiba je tapak kaki tu muncul...
deno memang rasa seram, lagi-lagi nak tidur malam terpandang tapak kaki budak yang ada kat situ..

masa tu, susah nak tidur sebab selalu fikir yang bukan2.. takut ada hantu budak tidur kat sebelah la.. takut ada hantu budak nak berkawan la.. ya la, masa tu deno budak lagi, umur pun baru 10 tahun.. memang la penakut!

sampai sekarang ni, deno terfikir... tapak kaki kanak-kanak manakah yang berada di situ...? 



p/s: adakah tapak kaki itu, tanda dia nak beritahu kewujudan dia... rasa seram bila ingat balik rupa tapak kaki tu... rasa berdebar pulak tiba-tiba.. erk



Hospital Berhantu? #1


Cerita tentang hantu..

hantu di hospital.. betul ke di hospital ada hantu?


*pengalaman

deno memang selalu di hospital..

sekali admit mesti lama.. paling lama deno admit masa mula-mula dapat SLE.. 4 bulan menginap di hospital..

dulu deno dapat rawatan di Institut Pediatrik, HKL.. memang semua kanak-kanak dapat rawatan.. dan di hospital tu juga deno pernah tengok kawan-kawan yang meninggal.. boleh dikatakan ada sahaja budak-budak yang meninggal..

ada satu yang deno pelik sampai sekarang.. dalam wad deno, WAD KK1.. ada tapak kaki kanak-kanak di dinding di bahagian atas dekat dengan siling.. deno pun pelik macam mana tapak kaki tu boleh ada kat situ... 

eiii... berdiri bulu roma pulak malam ni!



p/s: nantikan cerita dari deno yang akan datang di hospital... pengalaman deno..